DAULAT TUANKU!!!!

Assalamualaikum..

Selamat pulang ke negeri Terengganu Darul Iman Tuanku Sultan Zainal Abidin... Tuanku manyak syok woo.. Selamat gak kepada Tuanku Sultan Abdul Halim... Tuanku pun manyak syok.. Hahaha

p/s aku bangga jadi rakyat ganu ngan kedah.. Daulat Tuanku!!!



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Assalamualaikum..

Semalam aku tengok cita ' Penunggu Istana '.. Sebenarnye aku dah lama nak tengok cita ni tapi tak dak masa. Time filem ni keluaq wayang, aku tak dan nak pi tengok. Semalam baru aku dapat tengok cita ni. Hahaha.. Ketinggalan zaman aku ni.. Tapi aku bukan nak cita pasal cita tu sangat cuma ada beberapa perkara yang aku teringin nak share..

Filem penunggu istana ni adalah cita real yang mana beberapa orang student buat kajian pasal aktiviti paranormal.. Sebelum filem ni main, dia ada tulis yang filem ni di hasilkan berdasarkan rakaman sebenar time kajian student2 ni di jalankan. Tapi ape yang aku nak cita kat entry ni adalah attitude student2 yang buat kajian ni.. Aku bukan orang yang pandai ngan benda2 ghaib ni tapi berdasarkan apa yang aku study, pengalaman aku sendiri main ngan  benda2 ni, aku agak tak setuju ngan perangai2 student yang buat kajian makhluk2 ghaib ni.. Aku tak komen student2 yang dalam filem tu ja tapi aku komen secara umum.. Zaman lani khususnya budak2 remaja, ramai yang tak percaya ngan benda2 ghaib. Sebab tu depa boleh buat main2, boleh melawak ngan benda2 camni.

Dalam Al Quran sendiri Allah dah cita benda ni yang mana dalam surah al Baqarah ayat dua Allah telah menerangkan yang mana Al Quran adalah kitab yang tak dak keraguan dan menjadi petunjuk bagi orang2 bertaqwa. Orang bertaqwa ni plak adalah orang yang percaya ngan perkara ghaib dan mendirikan solat.. Perkara ghaib yang di maksudkan kat sini ialah percaya ngan hari kiamat, syurga neraka, malaikat, jin, arasy Allah, titian sirat dan banyak lagi. Sebagai sorang muslim kita wajib percaya ngan kekuasaan Allah dan jangan ada keraguan dalam hati kita ngan apa yang Allah jadikan di dunia ni.

Kembali kepada point yang aku nak tulis ni, jika kita tak bersedia dari segi fizikal mental, jangan sekali2 cuba untuk bermain ngan benda2 ghaib ni sebab jika tersalah langkah boleh mengakibatkan syirik atau musibah terhadap diri sendiri. Aku tak suruh ampa takut ngan makhluk2 yang kita tak nampak ni tapi apa yang aku nak tekankan kat sini ialah kekuatan iman kita kepada Allah. Sebagai hamba yang lemah, hina dina,kita kena sentiasa tingkatkan keimanan kita walaupun iman kita ni pasang surut. Sentiasa yakin, percaya ngan Allah. Paling penting buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang. Camna kita nak upgrade iman kalau solat pun tak, posa pun culas. Apa lagi nak bertafakur berzikir ingat Allah betul tak??

Time aku sekolah menengah dulu, aku dok asrama. Satu malam tu dan ada 4orang budak form 2 ni dok main spirit. Tiba2 nak jadi cita depa ni macam kena rasuk. Ada yang panjat loker, ada yang terbalikkan katil sampai suasana kecoh ar. Bila ustaz datang tolong pulihkan depa baru depa ok. Aku time tu boleh di katakan budak nakal atau taiko ar kat asrama terus pi luku pala depa tu. Aku tanya depa pasaipa dok buat kerja bodo ni?? Depa cakap depa nak tengok hantu, nak rasa suasana macam mana kena rasuk syok ka tak syok.. Aku cuma cakap jangan dok buat benda bodo ni dah sebab nyusahkan orang ja bila jadi camni. Satu lagi kes kat asrama aku ni yang mana student2 bodo yang ngaku kononnya depa ni pengikut black metal yang hardcore buat satu spiritual worship. Alasan depa buat camtu sebab depa nak rasa sendiri semangat black metal yang kononnya boleh buat depa jadi hebat.. Suma tu bodo!! Depa tak sedar bila depa dok puja setan tu setan tu jadi syok.. Aku pun dulu sorang musician and aku layan suma muzik keras tapi tak dak la sampai taksub camtu. Music is music and jangan campurkan muzik ngan kepercayaan sebab boleh jatuh syirik.

Ni la realiti remaja yang yang tak percaya ngan benda2 ghaib ni sampai depa buat macam2 tuk buktikan kewujudan benda2 ni.. Tak salah kita nak mengkaji tapi macam aku cakap tadi persediaan dari segi fizikal mental kena kuat. Nak mengkaji biarla ngan cara yang betul, jangan guna cara salah. Satu lagi kalau nak mengkaji sangat benda2 ni, jaga adab dan jangan melampaui batas.. Aku cita suma ni berdasarkan pengalaman aku. Banyak lagi pengalaman2 aku yang lagi thrill tapi aku cita sket2 dah ar.. Hahaha.. Nak tulis panjang2 baik aku buat tesis pasal benda ni tak gitu!! Hahaha...

Lani jadi trend geng2 filem buat filem pasal hantu. Aku cukup nyampah ngan filem2 yang berunsur camni. Memang motif depa buat filem ni untuk ingatkan masyarakat bahawa benda2 ghaib ni wujud, amalan atau adat orang2 melayu yang berkaitan ngan benda2 ghaib ni tapi tak payahla nak berlumba2 sangat buat filem camni. Berapa orang yang ambik iktibar ngan filem2 camni? Menakutkan orang lagi ada ar terutama ibu2 yang menakutkan anak2 dia. Contoh sorang mak ni tak bagi anak dia main time senja pastu boleh plak buat ayat " ali masuk rumah cepat hari dah nak malam ni. Nanti hantu mak limah datang ambik ali baru tau ".. Secara saikologinya budak kecik cam Ali ni dah di ajar jangan main luar rumah time senja nanti hantu mak limah datang.. Hahahahaha.. Kesian kat Ali.. Apa salahnya geng2 filem ni berlumba2 buat filem yang meningkatkan keimanan kepada Allah. Sekurang2nya nanti mak Ali akan aja Ali camni.. " Ali masuk rumah cepat hari dah nak malam. Pi mandi2 ready tuk solat jemaah ngan ayah. Nanti kalau tak solat Allah marah. Ayah ngan mak pun marah ".. So boleh nampak tak perbezaan ajaran agama kepada Ali??

Pergh.. Penat dah aku tulis. Aku mintak maaf kalau aku ada salah tulis. Aku tolong betulkan aku kalau aku ada salah tulis.. Aku tak kondem sapa2 cuma aku nak meluahkan pendapat aku ni. Aku cuma tulis apa aku rasa nak tulis.. Sekali lagi aku mintak tolong bagi aku tunjuk ajar lagi dan tegur aku kalau aku silap.. Semoga kita terus jadi manusia terbaik tuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat.. Cheers!!!!



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

BLURRRRR.........

Assalamualaikum...

Setiap kejadian yang berlaku dalam hidup ni merupakan nikmat ataupun ujian.. Jangan sekali-kali menyalahkan Tuhan jika di timpa ujian dan jangan sekali-kali berasa bangga, takabbur jika memperolehi nikmat Tuhan.. Semua kurniaan Tuhan di dunia ni adalah bersifat sementara dan tidak akan kekal selama lamanya..

Argh... Aku tak de modal nak tulis entry. Ni la ujian yang aku tengah hadapi sekarang.. Tulis yang ni jela dulu, nanti aku ade idea baru aku tulis panjang2.. Tu la ang, cuti ni asyik tido ja.. Padan muka aku.. Jumpak lagi kawan.. Wassalam



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Sori Sangat2...

Assalamualaikum semua...

Fuh lama aku tak usha aku punya blog ni... Harini baru aku dapat buka and tulis something.. First sekali aku nak ucap tima kasih banyak2 kat korang yang mendoakan exam aku haritu.. Hahaha.. Lucu pun ada.. Pas exam haritu aku terus balik rumah dedi aku kat Terengganu. Kat situ berokben aku tak dapat nak guna sebab line tak de. Nak p cc on9 aku malas sebab aku tak minat masuk cc.. Tak tau nape tapi aku jadi serabut pala bila masuk cc.. Hehehe

Kebetulan harini aku balik kampung tok belah mami aku kat pahang, so baru aku boleh on9.. Ni pun aku menumpang laptop sepupu sebab aku tak bawa balik laptop.. Sori ar sebab aku tak de modal nak tulis and aku pun tak tau ape aku merapu ni.. Kalau korang tak paham ape aku tulis, diam2 jela ek.. Hehehe.. Aku rasa tak terlambat lagi kot aku nak ucap salam maal hijrah kat korang semua.. Semoga taun baru hijrah kali ni akan jadi satu buku baru untuk kita semua terus jadi insan yang baik dan terbaik... Wassalam



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Maaf Semua...

Assalamualaikum...

Selamat malam aku ucapkan kepada semua kawan2 yang baca blog aku walaupun korang baca time siang, aku tetap tulis selamat malam.. Hahaha.. Syukur Alhamdulillah kerana kita masih di panjangkan umur untuk kita terus menikmati nikmat iman yang Allah bagi kat kita. Syukur gak kerana kita masih di beri peluang untuk memperbaiki diri kita dari keburukan kepada kebaikan. Syukur sekali lagi kerana kita masih berpeluang meningkatkan amalan kita untuk kita jadikan modal dan bekal untuk kita lepak kat dunia hakiki nanti.. Hahaha.. Macam ceramah plak aku intro..

Sebenarnye malam ni aku nak mintak maaf sangat2 kepada pembaca blog aku ni sekiranya kehadiran aku membaca dan mengomen blog korang menyebabkan korang rasa tak selesa ataupun terganggu ataupun tak suka.. Dan sekiranya apa yang aku tulis dalam blog aku ni menyebabkan korang rasa tak puas hati ngan aku, aku mintak maaf sangat2..

Korang tak payah nak rasa pelik nape aku mintak maaf. Aku saja nak mintak maaf takkan tak boleh?? Hahaha.. Tak la, sebenarnya isnin ni aku akan turun ke battle field selepas 5 bulan aku struggle kat training field. Aku tak nak rasa ketidakpuasan hati korang kat aku menyebabkan Allah menutup pintu hati aku time aku fight nanti. Aku nak hati aku tenang, suci murni sebab aku punye matlamat amat tinggi kali ni. Sekiranya tak mencapai target, aku takla fail lagi tapi aku akan frust sket ar.. Huhu.. Aku dah rasa berdebar giler2 sekarang ni padahal aku bukan tak besa pi perang..

Dah cukup, tak payah merapu.. Aku akan round the world korang punye kawasan pas aku merdeka nanti. Dengan penuh rasa rendah diri aku susun 10 jari aku ni sekali lagi aku mintak maaf sangat2 dari hujung rambut sampai hujung jari kaki aku ni kat korang semua.. Kalau korang rajin, doakan kejayaan aku.. Hah, sebelum aku lupa SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kat korang.. Waa.. Aku tak puas hati aku raya dalam exam.. Huk2.. Keep the faith guys, cheers!!!!!!

p/s Nak share doa tenang hati sket " ILAHI ANTA MAQSUDI WA RIDHAKA MATLUBI A'TINI MAHABBATAKA WA MA'RIFATAKA"



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Fighting Tokkk....

Assalamualaikum...

PANTANG PENDEKAR MENYERAH KALAH,
SEKALI MELANGKAH PASTI DI AKHIRI,
ALANG-ALANG MENYELUK PEKASAM,
BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN...


Tension study, aku merapu kat sini.. Chill doe, chill... 6 paper ja pastu ang merdeka.. Pedulikan setan2 yang menjatuhkan semangat.. Cakap nak dapat dean list, so ang kena semangat.. Cheers!!!



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Malang Tak Berbau..

Assalamualaikum..

Maha suci Allah yang sentiasa memberi ujian kepada hambaNya untuk di nilai samada hambaNya itu sabar atau tak dalam menghadapi ujian.. Aku tuju kat diri aku ayat ni sebenarnya.. Malam ni kerana sekor ular, aku excident masuk dalam kolam kat rumah pak cik aku.. Aku sedih sangat sebab dua awek aku tengah sakit sekarang akibat excident tadi.. Aku sedih campur serabut sekarang ni sebab aku terpaksa mengeluarkan kos rawatan diorang... Tapi aku kena sabar dan bertenang. Aku kena cool sebab aku tau Allah nak uji iman aku..

Cita ni camni.. Pas maghrib tadi aku nak pi rumah pakcik aku. Sekeliling rumah pakcik aku tu ada bendang. Depan rumah pakcik aku tu ada kolam yang boleh tahan luas dan dalam dia.. Nak di jadikan cita time aku nak sampai dekat pintu pagar rumah pakcik aku tu, tiba2 ada sekor ular badan dia belang2 kuning hitam melintas jalan. Aku terus terang ar aku ni penakut ngan ular. Time ular tu melintas, aku stop bagi laluan kat dia. Sebenarnya aku tak berani nak langgar dia takut dia patuk aku.. Bila aku tengok dia dah selamat cross the road, aku pun pecutla sebab aku takut dia patah balik kejar aku. Elok2 aku lalu sebelah kolam tu tiba2 tayar motor aku tergelincir sebab tanah licin petang tadi hujan lebat. Aku pun apa lagi alang2 dah tak leh control, aku terjun dalam kolam tu..

Serius aku cita beb, aku memang betul2 takut plus trauma ngan ular ni. Time aku tenggelam dalam kolam tu aku terbayang2 ada ular dalam kolam tu. Aku pun cepat2 berenang pi tebing and lari naik atas. Time lari tu baru aku teringat dalam seluar aku ada henset yang aku sayang giler.. Cepat2 aku keluarkan dia dari poket sambil cek takut dia rosak. Nasib baik dia hidup lagi tapi aku tau dia dah masuk air sebab aku memang jatuh kat tempat paling dalam kat kolam tu. Lepas aku mintak tolong pakcik dan sepupu aku selamatkan motor aku, baru aku perasan motor aku cedera parah.. Pas mandi, aku terus buka motor aku untuk selamatkan dia dari terus jem. Nasib baik semuanya selamat termasuk henset kesayangan aku tu..

Rupa2nye dalam aku dok kalut ambik berat kat dua awek aku tu, aku lupa yang aku ni pun cedera parah.. Nampak sangat aku ni sayang harta dari diri sendiri. Camna aku boleh tak perasan plus sakit betis aku luka agak dalam sampai kain pelekat yang aku pakai tu dah penuh ngan kaler merah.. Pergh.. Memang aku tak caye aku tak sakit.. Tak kisahla yang penting Alhamdulillah aku selamat dan awek2 aku tu pun selamat..

Ni adalah kali kedua aku excident sebab ular.. Kawan2 aku selalu cakap kalau ular lintas tengah jalan, langgar je jangan peduli tapi aku tak boleh beb. Dalam pala aku mesti terbayang bila aku langgar dia, dia akan patuk kaki aku.. Aku pun tak paham nape aku rasa takut ngan ular. Bukan setakat ular je tapi kalau aku nak pegang ayam pastu ayam tu cam menggelupur mesti aku lepas sebab takut dia patuk. Boleh kata aku ni tak berani nak pegang binatang termasuk kucing yang lembik tu.. Mungkin ni adalah satu nikmat yang Allah tarik dari aku sebab aku tak sayang binatang. Aku tak tau camne nak cari penawar supaya aku dah tak takut ngan binatang2 ni..

Ujian yang aku terima malam ni mungkin untuk menguji kesabaran aku. Aku ni hot temper, pantang kalau benda yang aku sayang rosak sket mesti aku marah2.. Malam ni aku boleh gelak sebab dapat buat rekod baru. Hahaha.. Walaupun esok aku terpaksa keluarkan kos yang agak besar untuk repair motor aku tu tapi aku tak marah pun. Mungkin ni la hikmah dia bila aku selalu pikir ape yang berlaku adalah pemberian dari Allah. Baik atau buruk mesti ada hikmah di sebalik kejadian yang Dia bagi kat kita.. Terima kasih ya Allah sebab bagi aku ketenangan setiap kali aku kena uji.. Terima kasih gak kat korang yang banyak tolong aku bagi kesedaran dan semangat untuk jadi yang terbaik.. Ilmu baru yang aku dapat malam ni, selalu senyum time senang atau susah sebab senyuman adalah satu terapi menenangkan diri.. Semoga Allah ampunkan dosa2 aku dan korang semua.. Amin..



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Air Mata..

Assalamualaikum..

Aku mulakan intro ngan salam dan berharap semoga apa yang aku tulis ni menjadi satu yang bermanfaat untuk diri aku dan juga orang lain.. Pergh,aku dah pandai bersastera sekarang ni.. Hahaha.. Sekarang ni aku agak sibuk sebab aku nak exam hujung bulan ni. Tak sabar nak exam sebab pas exam boleh cuti..Haha.. Dah cukup aku merapu.. Satgi panjang cita plak..


" Menangislah Bila Harus Menangis Kerna Kita Semua Manusia.. Manusia Bisa Terluka Manusia Pasti Menangis Dan Manusia Pun Bisa Mengambil Hikmah ". Ni adalah salah satu rangkap lirik dari lagu Air Mata kumpulan Dewa. Sapa yang pernah dengar full lagu ni mesti akan jadikan lagu ni sebagai lagu tido sebab terlampau slow. Hahaha.. Aku bukan nak cita pasal lagu malam ni tapi nak cita pasal air mata. Aku ada sorang kawan. Muka agak ganas la sebab dulu kami sama2 memperjuangkan lagu dan muzik kami yang agak keras. Dah nama main muzik keras, takkan muka nak jiwang plak kan?? Jatuhla standard. Tapi rupa2nya dalam diam kawan aku ni minat kat sorang awek. Awek ni plak salah sorang peminat kami yang hardcore sebab setiap kali kami main kat gigs, mesti muka awek ni ada kat depan2 stage. Nak di jadikan cita satu hari time kami training untuk satu gigs, kawan aku ni tak fokus, selalu silap. Dia drummer band aku. Pastu aku tanyala dia apa masalah dia ni sebab gigs dah dekat  pastu nak main lagu baru plak. Jangan ada mistake time show sebab nanti malu la. Dahla crowd tengah ramai.. Tiba2 kawan aku ni nangis depan kami semua..

Kami yang dok situ terkejut ar sebab dia ni antara manusia yang keras hati tiba2 boleh nangis plak. Korang tau apa jawapan dia?? Dia kena reject ngan awek yang selalu ada time kami gigs tu. Pergh..dasyat giler kuasa cinta sampai boleh menangiskan orang yang rock. Haha.. Ni salah satu kenangan aku dulu2.. Sekarang ni pun ramai yang perangai cam kawan aku ni kan?? Tambah2 orang perempuan. Memang kuat nangis kalau berkaitan ngan cinta. Apala yang hebat sangat dengan lelaki ni sampai perempuan suka menangis bila ada masalah ngan pakwe diorang. Sampai sekarang aku tak paham.. Lelaki pun sama gak. Ada gak yang menangis bila putus ngan awek. Aku jarang dengar orang nangis sebab rindu ngan mak ayah. Ada tu ada tapi sangat sikit kalau nak compare ngan orang nangis sebab cinta manusia. Macam lirik lagu dewa tadi " Manusia Bisa Terluka Manusia Pasti Menangis "..

Tapi apa yang aku nak tulis kat sini, berapa ramai orang yang menangis bila ingat kat Allah, bila ingat dosa2 yang pernah kita buat sampai kita rasa takut  nak menghadapi mati?? Aku tak cakap kosong derr.. Aku ngaku aku takut mati sebab aku tau aku banyak dosa, aku tak banyak amalan untuk aku jumpa ngan Allah. Aku takut bila aku mati, aku jumpa Allah dalam keadaan kosong pastu aku kena seksa.. Waa.. Serius aku takut beb.. Aku tak cakap aku dah baik sekarang cuma aku nak korang sama2 pikir dan rasa apa yang aku rasa. Aku bila dengar ada berita kematian, automatik hati aku jadi tak sedap. Aku cakap ngan diri aku, masa orang tu dah sampai, aku bila?? Aku dah ready ke? Ni adalah satu perasaan yang aku rasa bila aku dengar ada orang mati..

Jadi apa kata kita gunakan air mata kita ni sebagai satu medium untuk kita menghayati kehidupan duniawi yang sementara ni dan kita guna gak air mata ni untuk kita hayati adakah kita bahagia di akhirat nanti ataupun sengsara yang akan kita rasai.. Aku tiba2 teringin nak berpantun cam kak yatie awang.. Akak, saya jual pantun ni.. Kalau berani beli la.. Hahaha

Goreng gitar sampai tak cukup jari,
Ketuk dram sampai pala pusing sana sini,
Tak payahla nak menangis sebab dunia yang sementara ni,
Kan baguih kalau menangis sebab takut Ilahi

Aku akhiri kalam ngan selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.. Mudah-mudahan kita jadi hamba yang soleh dan solehah dalam mencari kebahgiaan yang hakiki.. Amin



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Bangun!!!!!

Assalamualaikum..

Aku pernah rasa kehilangan hidup aku sebab aku pernah hidup dalam kegelapan. Walaupun dulu kehidupan gelap tu aku rasa paling best tapi sekarang hidup yang gelap tu adalah neraka bagi aku. Sekarang time aku baru nak merasa kemanisan hidup, aku nak belajar tentang hidup di landasan yang lurus, kenapa ada pembimbing yang cepat give up bila di landa ujian yang cokia?? Aku memang belajar dari banyak sumber dan tak kisah kalau setakat 3, 4 orang ni tak der tapi aku dah terbiasa ngan cara penyampaian diorang yang mudah aku paham..

Come on la kawan, jangan mudah putus asa. Setakat kena kutuk, kena kondem ngan orang lain, tu perkara biasa derr.. Selagi kita buat benda baik, persetankan manusia2 yang bertopengkan setan tu sebab diorang tu tak pandai. Aku sedih bila ada kawan2 aku yang nampak kuat tapi lemah emosi dan moral. Kita kalau nak bercakap bab perjuangan tapi kalau kita lemah, baik jangan cakap sebab nanti orang akan drop kita sebab orang nampak kita lemah. Kita memang tak sempurna dan ada banyak kelemahan. Hakikat ni memang aku tak nafikan tapi kita boleh cover kelemahan kita tu dengan kelebihan yang kita ada tul tak??

Aku tak nak cakap benda ni guna dalil2 Quran dan hadis sebab aku tak pandai semua tu. Korang yang lebih pandai dari aku mesti lagi tau dan paham ape yang aku nak sampaikan ni. Dedi aku selalu cakap kat aku sebagai motivasi untuk aku. Orang yang cerdik pandai bukanla orang yang bijak ilmu je tapi dia mestila seorang yang bijak emosi gak. Kalau setakat bijak ilmu tapi tak bijak emosi, dia takkan dapat gunakan ilmu dia tu untuk kebaikan dia dan orang lain. Kalau bijak emosi tapi tak der ilmu lagi la tak guna sebab camne dia nak jadi contoh, bagi manfaat kat orang lain kalau dia sendiri tak pandai, tak berkepimpinan.. Seorang yang hebat adalah orang yang bijak ilmu dan bijak emosi kerana dengan ilmu dia boleh menjadi contoh dan menjadikan diri dia dan orang lain terbaik. Bila bijak emosi, dia takkan mudah melatah, jatuh, tersasul bila ujian melanda.

Kawan, kalau ko baca entry ni aku harap ko boleh gunakan akal fikiran ko yang hebat tu untuk ko bangun semula. Aku suka dengan ilmu yang ko sampaikan kepada umum tapi aku tak suka kalau ko cepat surrender sebab ko hebat kawan. Jangan sia2kan kehebatan ko tu sebab ada orang lemah yang nak jadi hebat macam ko termasuk aku. Cukupla aku dah hilang sorang kawan yang hebat, jangan ko plak menghilang. Kawan2 lain, korang pun hebat gak dan aku pun nak jadi hebat cam korang.. Tolong terus sebarkan ilmu sebab masih ramai yang dahagakan ilmu macam aku...

Entry ni macam aku tujukan untuk seseorang dan yes memang aku tujukan untuk DIA.. Tapi aku tujukan kat yang lain2 gak sebab aku tak nak korang merasa ' Kehidupan Gelap ' yang pernah aku rasa.. Aku harap korang bersemangat dan kuat dalam membuat kebaikan. Pedulikan kata2 bodo dari orang2 yang bodo sebab kita tak buat benda bodo.. Keep the faith guys.. Cheers!!



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Anak Buah aku Best..Hahaha

Assalamualaikum...

Malam ni ringkas2 je. Aku ni sebenarnye cepat teruja ngan sesuatu yang aku jarang tengok, dengar. Biasala aku ni kan baru nak tengok dunia yang cerah, terang benderang ni. Sebelum ni aku hidup dalam dunia gelap je.. Hahaha.. Camni sebenar dia. Aku ada ramai anak buah kat kampung ni. Semuanya kecik2 lagi.. Budak2 kecik ni panggil aku paklong. Bila aku balik hujung minggu camni ( kat kedah hujung minggu jumaat sabtu,bukan sabtu ahad ) aku excited bila budak2 ni menjerit " Yeye..paklong balik, paklong balik ". Hahaha.. Aku rasa cam dah tua sangat plak bila budak2 ni panggil aku camtu. Tapi korang jangan tak caye aku ni dah ade cucu woo.. Cucu tu kena panggil aku tok wan. Lagi la aku rasa aku tua. Hahaha.. Dok kat kampung, ni la antara pangkat yang aku dapat..

Tapi bukan pangkat yang aku teruja sangat sampai aku nak cite kat sini. Tadi tu intro je. Aku nak cite pasal 2 orang anak buah aku ni. Diorang ni adik beradik, yang sulung laki, kedua perempuan. Diorang ni nakal nak mampuih sampai kadang2 aku rasa cam nak bagi penyepak je. Orang kedah cakap ketegaq. Dahla ketegaq, kahaq plak pastu loklaq pun ada gak. Memang dasyat ar diorang ni. Aku ni memang garang ngan anak2 buah aku ni tapi garang sebab nak mendidik la. Sebenarnye aku sayang ngan diorang sebab buas2 diorang ni pun, diorang dengar cakap aku.. Huhu.. Sambung balik pasal 2 orang anak buah aku tadi ni. Diorang ni tak de mak dah sebab abang sepupu aku dah bercerai ngan mak diorang. Aku pun tak tau sebab ape. Sekarang ni diorang tinggal ngan ayah diorang dan ayah diorang ni la yang jaga diorang betul2, bagi pendidikan yang sempurna. Dulu diorang tinggal ngan mak diorang tapi mak diorang ni tak jaga diorang sangat. Budak2 ni cite masa diorang tinggal ngan mak diorang tu, diorang asyik kena marah, kena pukul je. Kesian diorang. Aku rasa sebab ni kot abang sepupu aku ambik budak2 ni tinggal ngan dia.

Abang sepupu aku ni pun bukanla sorang yang baik sangat pun time muda2 dulu. Dia ni kira legend ar time zaman rempit dia dulu. Moto dia memang tip top habis. Penang, kedah, perlis memang moto dia ada nama ar. Tapi tu dulu zaman sebelum kawin. Bila dah kawin, dia dah slow sket. Tapi dia betul2 berubah lepas dia bercerai ngan bini dia. Dari situ la dia dah start solat 5 waktu, reti bertanggungjawab, kira jadi baik ar. Satu benda yang aku nampak kat dia walaupun dia ni takla reti sangat pasal agama tapi dia bersungguh2 aja agama kat anak dia yang 2 orang tadi ni sebab dia tak nak anak2 dia terbiar walaupun budak2 tu tak de mak. Paling penting dia tak nak anak2 dia jadi cam dia time muda2 dulu. Aku tengok dia memang sayang gile ar kat anak2 dia tu walaupun dia garang.

Satu benda yang aku betul2 rasa insaf, kadang2 nak keluar gak airmata ni time budak 2 orang ni nak tido. Sebelum diorang tido, diorang akan baca doa tido, mengucap, baca ayat kursi, ayat seribu dinar dan 3 Qul. Serius beb aku tacing gila bila dengar budak2 ni baca semua tu. Yang sulung tu umo 4taun, yang 2nd umo 3taun. Walaupun baca pun pelat tapi ok ar budak2 lagi tu. Ni la namanya melentur buluh biar dari rebung. Jarangla aku tengok budak2 yang seangkatan ngan diorang ni boleh baca semua tu dengan lancar walaupun pelat. Lainla yang jenis memang masuk sekolah khas yang bayar bulan2 beratus2.. Abang sepupu aku ni kerja kampung je, tak de duit nak hantar anak2 belaja kat sekolah mahal camtu. Dia cuma hantar kat tadika kampung je..

Bila aku bandingkan diri aku ngan budak2 ni, aku dulu lagi teruk woo.. Tak payah tengok dulu, sekarang pun lebih kurang je. Aku tau ayat seribu dinar tapi serius aku tak ingat ayat tu beb. Ayat kursi aku ingatla.. Aku tak salahkan parent aku sebab diorang dah aja aku macam2 cuma aku je lalai sekejap. Sekarang ni ramai kawan2 yang seangkatan umo ngan aku yang dah kawin dan bakal berkawin. Bila korang dah dapat anak atau dah ada anak, aja anak2 korang betul2. Kalau cikgu tibai sket2 sebab nak aja anak kita, tak payahla kita nak marah2. Dah kita yang bagi cikgu tu aja anak kita pastu bila cikgu tu nak aja, kita plak marah2.. Ape kes?? Cuba kita bandingkan zaman dulu ngan zaman sekarang, golongan zaman mana yang ramai jadi orang?? Aku cakap zaman dulu. Zaman sekarang ramai yang jadi binatang tul tak? Realiti depan mata so buka mata luas2.. Sendiri mau ingat la kan.. Hehehe.. Sama2 kita muhasabah diri supaya kita jadi yang terbaik.. Peace



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Siapa Rabiatul Adawiyah??

Assalamualaikum....

Aku jarang nak tulis entry time petang2 camni.. Tiba2 rasa rajin harini. Hehehe.. Sebenarnya aku nak cite pasal sorang perempuan yang aku respect gile ni.. Dia antara perempuan yang aku paling teruja lepas aku baca kisah2 dia.. Nama dia Rabiatul Adawiyah. Sorang yang paling dasyat cinta dia kat Allah.. Zaman sekarang ni tobat lahum tak de dah perempuan camni. Aku tak nak cite pasal kehidupan dia sebab aku tau ramai antara korang ni tau sejarah hidup dia. Aku cuma nak cite nape aku suka kat dia? Ape kelebihan yang ade kat dia sampai aku boleh taip entry ni?

Meh aku start ngan nape aku suka kat dia?? Antara kisah kehebatan dia ni adalah time dia budak2 lagi dia tak macam budak2 yang sebaya ngan dia. Kalau budak2 lain cuma tau nak main je tapi dia tak. Dia cuma reti belaja agama pastu dah tunjukkan yang diri dia tu bakal menjadi sorang yang tinggi darjat dia di sisi Allah. Dalam usia yang masih muda ni, dia dah tunjukkan kematangan dia dalam memahami hakikat kehidupan dunia dan akhirat. Aku time budak2 dulu cuma reti main basikal ngan bola je weh... Dedi aku suruh pi ngaji aku pi tapi tak sampai pun rumah ustaz tu. Aku lepak ngan kawan2 aku sambil tunggu nak main bola.. Hahaha..Pergh, jauh beza ngan Rabiatul Adawiyah.

Setiap orang takkan terlepas dari ujian hidup kat dunia ni.. Hebat camne pun kita, kita mesti di uji oleh Allah. Nabi2, Rasul2 kita pun kena uji, ni plak kita sebagai hamba biasa. Tak terkecuali gak Rabiatul Adawiyah ni my greatest woman. Hehehe..Ujian pertama yang dia lalui adalah kematian ayah dia yang tercinta yang banyak ajar dia ilmu agama, yang banyak support dia dalam segala hal. Tak lama pas ayah dia meninggal, mak dia plak meninggal. Kakak2 dia semua sedih bagai nak rak tapi Rabiatul Adawiyah tak.. Dia maintain steady and slumber sampai kakak2 dia agak bengang ngan dia sampai akak2 dia cakap dia ni tak sayang mak ayah dia, tak kenang jasa orang tua. Tapi nak tau ape ayat Rabiatul Adawiyah bila kakak2 dia marah dia?? Ayat dia lebih kurang camni " Kakak2 ku yang tercinta, aku sebenarnya sangat sayang kat mak ayah kita cuma sayang aku kat Allah melebihi segala2nya. Aku yakin bila cinta aku hanya untuk Allah, kita dan orang sekeliling kita akan terselamat dari api neraka  akhirat nanti ". Korang nampak tak power tak powernye ayat dia sedangkan dia time tu kecik lagi. Sendiri pikir la kan!! Aku tak pernah lagi rasa kehilangan orang tua tapi aku harap kalau aku rasa benda ni nanti aku boleh kuat jiwa. Zaman sekarang ni ramai orang yang cuma putus cinta tapi sedih mengalahkan sedih orang mati. Siap buat benda2 bodo lagi.. Dasyat sungguh manusia2 sekarang ni. Jauh beza ngan Rabiatul Adawiyah.. Huhuhu.. Sedeyyy...

Banyak lagi yang aku suka pasal dia ni tapi cukupla sket2. Nak cite semua baik aku buat buku kan? Haha.. Jom kita tengok kelebihan dia plak. Banyak kelebihan dia yang aku suka. Semestinya dia cantik, ayu, lawa, cun dan aku sebagai lelaki mesti tengok kriteria ni. Tapi bukan kelebihan ni yang aku nak cite. Yang ni sebagai iklan je. Hehehe.. Kelebihan dia yang aku betul2 tabik adalah ketinggian ilmu yang dia ada. Korang bayangla zaman dia ni ada berapa ramai alim ulama, ahli sufi ( korang boleh terangkan tak ape ni ahli sufi??aku betul2 tak paham ) dikalangan lelaki dan di antara diorang tu adalah tuk guru dia tapi ape yang berlaku adalah ulama2 dan ahli sufi tu menuntut ilmu ngan dia balik. Hebat gile kan perempuan nama Rabiatul Adawiyah ni?? Sape kata perempuan tak hebat? Dia ni dah menjadi contoh bahawa perempuan boleh bersaing ngan lelaki dan sepatutnye perempuan2 zaman sekarang jadikan sejarah dia ni sebagai role model. Tapi role model perempuan zaman sekarang adalah penyanyi, model fesyen, macam2la. Malas nak tulis banyak2. Satgi kena marah plak. Huhu..

Paling utama adalah Rabiatul Adawiyah ni tegas dengan pendirian dan falsafah hidup dia. Hinggakan orang yang nak berdebat ngan dia boleh checkmate ngan satu ayat dia je. Ada plak kisah yang mana ramai orang nak melamar dia, nak jadikan dia sebagai isteri tapi kena reject. Yang melamar tu plak bukan orang cokia tokkk tapi orang hebat2, kaya termasukla sorang tu wali Allah. Rabiatul Adawiyah dengan slumber je reject lamaran diorang tu ngan alasan cinta manusia hebat camne pun tetap tak leh lawan cinta dia kat Allah..Pergh, dasyat weh.. Memang dia ni antara perempuan2 agung yang wujud kat dunia ni. Jadi perempuan2 zaman sekarang kena jadi cam dia ni. Yang teguh pendirian, tegas dalam keputusan. Ni tak, kena ayat sket dah cair. Kena jek sket dah bagi segala2 kat lelaki.. Hehehe

Dah cukup. Aku dah rasa malas nak menulis ni.. Bagi aku kisah Rabiatul Adwiyah ni patut di baca oleh setiap lapisan manusia tak kira lelaki perempuan sebagai panduan dan motivasi diri. Sebenarnye banyak lagi kisah2 perempuan hebat yang aku baca cam Aisyah isteri nabi, Fatimah anak nabi, Ainul Mardhiah bidadari syurga dan banyak lagi. Bagi aku dalam zaman yang banyak sesat ni lagi baik kita kembali baca sejarah sebab dengan sejarah la kita boleh membina kehidupan yang hebat. Sejarah hidup aku kalau dulu aku rasa hebat tapi sekarang aku rasa haram tak hebat. Memalukan.. Jadi ape kata kalau kita mula cipta satu sejarah yang hebat untuk diri kita. Sekurang2nye nanti anak cucu kita akan cite pasal kehebatan kita dan diorang akan jadikan kita sebagai mentor. Tak payah berangan nak masuk dalam buku sejarah sekolah sebab amat2 mustahil tapi sebagai  ingatan mulut generasi kita akan datang insyaAllah tak mustahil..Peace



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Anak Istimewa...

Assalamualaikum..

Aku rasa rajin nak menulis malam ni sebab aku dah rasa lega, merdeka.. Aku dah habis test, esemen dah setel semua.. Hahaha.. Barula aku rasa lega pala otak, boleh skip kelas minggu ni.. Yes, ang memang best student..huhu.. Malam ni aku ada cita lagi tapi cita ni agak tragik ar bagi aku.. Meh nak cita sket..

Lebih kurang kul1230 am tadi aku ngan kawan aku pi lepak kat kedai beger kat depan rumah aku ni sebab perut mintak isi. Besala tengah malam memang lapar je. Disebabkan aku dah merdeka malam ni boleh la enjoy sket.. Nak jadi cita, time syok2 makan beger sambil layan movie kat kedai tu tiba2 aku nampak sorang budak kecik ni. Aku bajet umo dia lebih kurang 3,4taun camtula. Aku tengok dia jalan sorang2 pi kat bro yang jual beger tu sambil order beger. Pastu dia dok atas kerusi sambil tunggu beger dia. Aku cakap sorang2 dalam hati berani gile budak ni keluar sorang2. Dahla tengah malam plak tu. Tapi yang aku rasa lagi pelik sebab budak tu sindrom.. Aku pikir dalam hati takkan parent budak ni bagi budak ni keluar malam sorang2 pi beli beger dalam keadaan dia yang sindrom tu?? Aku biarkan persoalan ni tanpa pikirkan jawapan dia..

Tiba2 kawan aku ni cakap kat aku yang dia kesian tengok budak tu.. Aku ingatkan dia tak perasan rupa2nya kawan aku ni pun perasan gak. Kami cuma boleh kesian je kat budak tu. Tak lama pastu beger budak tu siap. Bro yang jual beger tu bagi beger kat budak tu pastu budak ni bagi duit RM2 je.. Harga beger besa RM2.50 bermakna duit budak tu tak cukup. Nasib baik bro beger ni pun bagus kira sedekah je kat budak tu.  Aku ngan kawan aku terus usha budak tu jalan balik. Tiba2 aku nampak budak tu masuk dalam kereta yang parking kat tempat gelap agak jauh sket ngan kedai beger tu. Aku nampak dalam kereta tu ada mak, bapak, abang, akak budak tu. Serta merta darah aku menyirap.. Weh.. Aku ingatkan dalam drama je ada babak ni tapi rupanya dalam real live ada sungguh babak ni. Sampainye hati parent budak tu suruh budak tu beli beger sorang2. Dahla budak tu sindrom beb. Kalau ye pun ape salahnye mak bapak budak tu suruh abang dia ke, akak dia ke yang beli beger tu.. Kalau malas sangat, bapak budak tu parking la kereta dekat ngan kedai beger tu. Ni suruh budak sindrom tu jalan sorang2.. Adoi yai.. Akal aku tak dapat mencerna perangai manusia camni..

Aku ngan kawan aku siap maki2 lagi family budak tu.. Adakah sebab budak tu sindrom pastu dia di buli oleh family sendiri? Takkan tak de perasaan kesian kat anak yang lapar beger pastu suruh dia pi beli sorang2?? Kalau mak atau bapak dia temankan ke ok gak. Tak pun abang atau akak budak tu ke yang temankan budak tu beli beger? Aku ni anak sulung beb. Kalau adik2 aku lapar tengah malam, aku sanggup keluar pi beli makanan walaupun sebelum aku keluar aku marah2 dulu adik2 aku tu. Alasan aku ialah sebab aku sayang adik2 aku and aku takkan bagi adik2 aku terdedah ngan bahaya. Jahat2 aku, aku tetap ada perasaan kasih sayang. Tapi ape yang jadi kat parent budak sindrom tu? Aku yang tengok ni pun rasa kesian tengok muka suci budak tu..

Kesimpulan yang aku boleh buat ialah sindrom budak tu adalah punca budak tu di perlakukan camtu. Aku cuba bersangka baik tapi realiti depan mata aku menafikan sangkaan baik aku tu.. Budak tu tak mintak pun di lahirkan camtu. Nape tak leh terima ketentuan Allah? Nape tak leh bagi kasih sayang yang lebih kat budak sindrom tu? Paling penting nape tak bersyukur ngan ape yang Allah bagi? Budak tu memang sindrom tapi setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing2. Mana tau budak tu kelemahan dia sindrom tapi kelebihan dia lagi power dari kelemahan dia tu.. Manusia zaman sekarang macam2 perangai.. Satu pengajaran yang berguna untuk aku yang sempurna sifat ni.. Andai kata aku dah kawin nanti pastu Allah bagi aku anak istimewa camni, InsyaAllah aku akan jaga, didik anak istimewa aku ni betul2. Aku akan sokong dia sampai dia berjaya. Ni azam aku sebab aku tak nak anak istimewa aku hilang moral, hilang pedoman.. Kalau korang ada adik beradik ke, sedara mara camni, sayangla diorang elok2.. Bagi sokongan moral kaw2 kat diorang ni.. Ada sorang blogger yang aku jadi reader dia hari2, dia ada adik yang istimewa camni dan dia jadi contoh yang baik sebab jaga adik dia ni betul2. Aku salute dia sangat2. Hehehe... Korang pun aku salute gak, jangan risaula sebab aku ni fair and square.. Hahaha.. Harapan aku semoga kita selalu jadi yang terbaik.. Peace!!



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Stop Smoking!!!!!!!!

Assalamualaikum...

Sebelum aku nak sembang pasal tajuk kat atas, aku nak cita sket. Tadi time syok2 dok baca blog orang, aku terbaca satu blog ni yang cita pasal dia dapat nota dari lecturer dalam tulisan jawi.. Aku gelak gila2 sebab blogger tu siap buh gambar nota tu lagi. Tapi aku stop gelak bila aku kantoi tak leh baca nota jawi tu.. Malu gila weh tak leh baca jawi..huhu.. Banyak benda lagi aku kena belaja ni..

Ok sambung ngan tajuk kat atas.. Sebenarnya aku dah pasang niat nak stop smoking. Alhamdulillah 3hari  ni aku dah tak hisap rokok lagi. Aku harap aku dapat bertahan sampai aku dah hilang gian.. Mesti korang cakap ape ke biul budak ni nak berenti merokok pun nak kecoh!! Mestila aku kecoh wei sebab aku ni perokok yang hardcore. Hidup tanpa rokok adalah tak bermakna dan gila berbanding hidup tak de awek.. Hahaha.. Ni falsafah kawan2 aku, aku copy je..

Tak de la, cite dia camni. Dalam 2 minggu ni aku terlampau sibuk ngan kerja2 sekolah aku sampai makan pun tak jaga, tidur pun tak menentu sebab nak dapat markah power. Korang taula student laki punye perangai memang camni suka buat kerja last minit. Tapi aku walaupun buat kerja last minit, aku amat mementingkan kesempurnaan kerja demi markah yang sempurna.. Hahaha.. Akibat tak jaga makan tido dengan baik maka aku dapat 'faedah' dari habit ni.. Korang pernah rasa sakit pala yang bila korang tunduk pala, pala korang berdenyut kaw2 dan mata korang cam nak terkeluar tak?? Ni la faedah yang aku dapat.. Seksa gile woo.. Nak buat ape pun tak leh. Time solat plak rasa terseksa bila rukuk dan sujud..

Bila aku dok relax layan sakit ni tiba2 aku perasan satu benda.. Time aku dok sibuk buat kerja2 aku tu baru aku perasan  aku jarang hisap rokok. Patutla aku pelik je sebab rokok aku tak habis2 dalam masa 2minggu ni.. Time sakit ni langsung aku tak hisap sebab tekak aku perit campur batuk2.. Tapi yang paling aku bangga, aku tak rasa gian sangat nak hisap. Ada gak ar sket2 rasa nak hisap tapi aku tak mau hisap.. Bila aku hisap walaupun sket bermakna aku dah memulakan 1st step aku ke arah hisap rokok balik. Jadi lebih baik aku tak payah hisap kan!! hahahaha...

Aku rasa tak salah kalau dulu aku berhijrah dari hampir2 kekufuran kepada keimanan pastu kejahilan kepada keilmuwan walaupun merangkak2. Sekarang aku nak berhijrah dari kerugian kepada keuntungan dan kesakitan kepada kesihatan..hehehe.. Aku harap aku kuat tuk berenti merokok.. Tindakan aku selanjutnye ialah aku dah warning housemate aku kalau dia nak hisap rokok, pi hisap kat luar rumah sebab aku tak nak bau rokok dalam rumah. Kalau hisap time aku tak de tak pe tapi time aku ada dia hisap gak, aku suruh dia hisap satu kotak tu depan aku time tu gak..hahaha..Aku kan kapten rumah, aku boleh guna kuasa yang aku ada..

Akhir kata saya benci rokok dan nak hidup bebas tanpa rokok.. Saya sayang diri saya.. Hehehe.. ( macam budak skema je ayat aku.. Nyampah.. )



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Sambung Entry 1st...

Assalamualaikum...

Aku nak sambung cita dari entry lepas sebab cita tu tak habis lagi walaupun aku ngan ex aku tu dah putus.. Aku direct terus malas nak intro2.. Time cuti sem bulan 5 haritu, aku balik pantai timur sebab parent aku dok kerja kat sana.. Aku balik naik bas malam tu.. Nak dijadikan cita malam tu ada orang sms aku suruh cabut paku kat belakang rumah aku. Aku ingat orang salah sent jadi aku buat bodo jela. Lagipun aku tak minat nak layan orang yang aku tak kenal.. Tak lama pastu dia hantar sms lagi suruh aku cabut paku kat belakang rumah tu ngan segera. Aku yang rasa terganggu terus kol nombor yang sms aku tu tapi orang tu tak angkat kol aku.. Aku sms dia kata dia ni salah nombor kot. Pastu dia reply siap sebut nama aku cakap dia kenal aku, tau aku tinggal katna, belajar katna.. Dia suruh aku buat ape yang dia bagitau tadi tu time tu gak. Aku cakap kat dia aku atas bas, mana ada paku nak cabut atas bas ni.. Pastu aku cakap lagi rumah aku ada banyak, rumah mana satu yang nak kena cabut paku.. Aku saja cakap camtu sebab nak saiko orang tu. Orang tu cakap rumah yang aku nak pi tu. Dia cakap bila aku sampai ja rumah, terus pi cabut paku tu sebab kalau tak cabut aku akan kena musibah teruk..

Aku cuak gak bila dengar benda ni.. Dalam pala aku, aku rasa macam ada orang nak pedajal aku ja.. Aku terus halo2 sorang kawan aku yang reti merawat orang ni. Aku mintak dia cross line, detect sapa orang yang dok suruh aku cabut paku ni. Kawan aku tu kata tengah malam nanti dia gitau. Aku pun ok ja sambil layan orang misteri tu. Dalam perbualan sms kami tu, aku tanya dia sapa, camna dia tau suma pasal aku, ada orang nak dajal aku ke??? Dia cakap nama dia tak penting, camna dia tau pasal aku pun tak penting dan tak de sape pun nak pedajal aku. Dia cakap aku kena cabut paku tu untuk selamatkan seseorang sebab aku sorang je yang boleh tolong budak yang sakit tu.. Aku dah start pening pala, serabut sebab aku benci ngan benda2 pelik ni. Aku tanye dia balik aku kenal ke budak tu dan nape aku kena tolong plak.. Pastu aku cakap kalau dia kesian sangat kat budak tu, dia tolongla sendiri buat ape sibuk kacau aku. Dia cakap aku kenal budak tu pastu dia cakap dia tak mampu tapi aku sorang je yang mampu.. Lagi tambah sakit pala aku baca ayat dia. Dah macam dalam drama plak aku rasa time tu.

Lebih kurang pukul 1 pagi camtu kawan yang aku mintak tolong tadi tu kol aku bagitau aku tak de sape pun nak dajal aku. Cuma dia cakap aku kena tolong selamatkan orang yang tengah sakit. Dia tanye aku ade berlaku benda pelik ke? Aku cakap nanti aku kol cita suma ni. Sekarang ni aku nak bagi setel dulu benda ni. Dia pun tak kata ape..

Pagi tu bila aku sampai rumah, aku tak leh tido. Aku tunggu subuh, bila dah masuk waktu aku solat.. Aku doa supaya Allah tak uji aku ngan benda yang aku tak mampu nak buat. Aku mintak gak supaya Allah lindungi aku dari kejahatan manusia, kejahatan makhluk2 yang tak nampak ni.. Bila dah cerah sket suasana kat luar rumah tu, aku terus keluar pi belakang rumah nak cari paku. Time tu mami aku baru nak sidai baju, dia tanye aku cari ape, nape tak tido? Aku cakap aku tak leh tido, saja nak ambik angin belakang rumah. Mami aku usha aku tak caye tapi aku buat bodo je. Aku sms balik orang misteri tu tanye paku yang mana satu?? Rumah aku ni banyak paku. Dia reply kata nak cari paku tu kena guna mata hati yang paling dalam baru jumpa paku tu.. Pergh.. Aku bila baca sms dia tu terus angin. Aku cakap kat dia aku dah pening pala, aku malas nak cari paku ni..Aku suruh dia cari sendiri. Dia tanye aku betul ke aku tak nak tolong budak tu? aku bagitau aku tak nak, ape nak jadi, jadi la..

Bila aku cakap camtu orang tu kata aku ni lemah, tak kuat, cepat ngaku kalah. Aku cakap memang aku tak kuat pun. Pastu dia tanye ape pegangan hidup aku? Tak takut ke sesuatu buruk jadi kat diri aku sebab aku dah terlibat ngan masalah ni.. Aku jawab aku tak takut pun sebab aku cuma bergantung kat Allah. Dengan penuh konfiden plus yakin aku cakap hidup mati aku kerana Allah.. Dia reply kata kalau tu pegangan aku, dia suruh aku jangan berubah.. Bersedia tuk terima ujian yang akan datang.. Aku cuma reply pic senyum kat dia..

Sebenarnye cita ni ada kaitan ngan ex awek aku tu. Budak yang orang tu maksudkan adalah ex aku. Aku malas nak pikir banyak dah sebab aku penat ngan suma benda2 pelik yang berlaku dalam hidup aku.. Aku tertanya2 nape benda ni jadi kat aku?? Aku ni tak warak pun, ngaji quran pun tak lancar lagi tapi dah merasa pengalaman yang memerlukan kekuatan iman, jiwa. Aku ni ibarat budak tadika yang memerlukan bimbingan cikgu untuk mengenal ABC,123.. Tapi aku tau suma ni ada hikmah supaya aku jadi manusia yang lebih baik.. Hahahaha... Hanya Allah yang tau percaturan hidup aku ni..



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Jin Dan Aku............

Assalamualaikum...

Tadi aku baca blog member ni, dia cita pasai pocong.. Hahaha.. Lucu kot gambaq pocong yang dia tunjuk tu..  Pastu aku baca plak blog sorang ustaz ni.. Ada satu entry ni dia cita camna dia rawat sorang pesakit yang kena kacau ngan jin pastu halangan2 yang dia terpaksa terima time nak rawat pesakit ni.. Salah satunya jin tu sms ustaz tu guna henpon pesakit yang dia rawat tu.. Jin tu bagitau dia supaya jangan nak pandai2 rawat pesakit tu.. Lebih kurang camtu la kot cita dia tapi yang aku nak cita kat sini adalah pengalaman aku yang lebih kurang cam ustaz tu..

Cita dia camni, dulu aku ada sorang awek. Awek ni ada masalah gangguan jin. Jin ni sebenarnya suka kat awek tu jadi jin ni akan kacau bila awek aku ni ada hubungan ngan laki lain.. Aku rasa jin ni jeles kot.. Hahaha.. Mengikut cita ayah awek aku ni, dah macam2 usaha yang dia dah buat tuk rawat anak dia ni. Kebanyakan ustaz2 yang dia jumpe mesti akan cakap tingkatkan amalan harian. Nak buang jin ni bukan senang sebab dia dah macam sebati atau dah lama sangat berkenan kat awek aku ni.. Satu lagi masalah jin ni bukan setakat kacau awek ni ja tapi dia akan kacau laki yang suka kat awek tu..

Ex awek aku ni dulu sebenarnye dah bertunang sebelum kapel ngan aku. Tapi putus tunang tanpa penjelasan dari pihak laki.. Tapi ikut cakap ustaz yang rawat awek ni, dia putus tunang mungkin sebab jin ni yang buat. Wallahu A'lam aku pun tak taula bab tu..

Bila awek ni kapel ngan aku, jin tu makin kerap plak kacau awek tu sampai aku pun jadi pening pala tak tau nak buat ape.. Besa ar sayang awek punya pasal, aku pun serabut otak pikir nak tolong dia supaya dia sihat cam besa. Aku kesian kat dia sebab dia student lagi. Kalau asyik kena kacau je, camne awek tu nak study tul tak?? Di sebabkan aku ni tak tau benda2 ghaib ni, aku mintak tolong kat ustaz2 yang aku kenal.. Yang syoknya ada satu malam ni awek aku ni kol aku. Aku pun angkat, jawab cam besa.. Tapi aku perasan cara awek ni bercakap tak lembut cam besa.. Cam marah kat aku je.. Aku dah perasan ni bukan habit dia jadi aku try baca fatihah slow2 tak bagi dia dengar.. Tiba2 awek aku tu ngamuk sakan kat aku siap bagi bonus maki2 aku lagi..

Aku bila dah dengar dia marah2, maki2 camtu, aku tak marah balik sebab aku tau tu bukan awek aku.. Maknanya jin tu dah control awek aku, guna body awek tu sebagai perantaraan tuk berhubung ngan aku.. Aku tanya dia " Ang nak apa dari aku?? Pasaipa ang dok kacau dia ni?? ". Jin tu jawab " Aku nak ang blah, jangan dok kapel ngan dia ni sebab dia aku punya.. Aku dah lama tunggu dia and aku nak bawa dia pi tempat aku ".. Aku malas nak tulis dialog yang kami sembang sebab aku banyak sembang ngarut bagi jin tu panas.. Satu benda yang aku kompius camna jin tu boleh tau aku mintak tolong kat ustaz2 yang aku kenal tu?? Aku tak dapat merungkai benda ni.. Tapi jin tu ada ugut aku kalau aku tak putus ngan awek ni, dia nak kacau aku, nak takut2kan aku, macam2 la dia nak buat kat aku.. Paling tak leh blah bila jin tu kata dia hebat, dia tak takut Allah.. Aku tak heran pun ngan statement jin tu sebab aku tau dia tu laknat sebab tu berlagak cakap besar..

Lepas jin tu dok ugut2 aku, aku cabar jin tu kalau dia hebat sangat, aku suruh dia datang tempat aku pastu kita setel cara jantan..Hahaha.. Aku boleh jadi berani woo tak tau nape.. Jin tu cuma cakap kat aku supaya aku hati2 sebab dia boleh kacau aku bila2 je.. Bila habis sesi bergayut tu, aku malas nak pikir banyak terus aku baring atas tilam aku nak tido.. Tapi jin tu memang laknat, dia kacau aku betul2. Aku ingatkan dia melawak je ngan aku..hoho.. Dahla aku sorang je yang tido dalam bilik time tu.. Korang bayangla sekejap dia main ketuk2 tingkap bilik aku, pastu syiling bilik aku tu macam nak roboh sebab macam ada orang main lari2 kat atas tu. Paling aku tak leh tahan bila kain selimut aku macam ada orang tarik pastu main pegang2 kaki aku. Aku tak takut kena kacau camtu tapi aku marah.. Aku siap sound kuat2 lagi kat jin tu " Kalau setakat nak mengusik, aku tak takut.. Kalau betul2 nak main, tunjuk bentuk ang, bersemuka ngan aku betul2 ". Pastu aku on laptop aku buka ngaji quran.. Aku bacala ape2 yang patut pastu tido..

Pagi esok pas bangun tido aku kol awek aku tu tanya semalam ingat ape2 tak?? Dia cakap tak ingat ape2 sebab pas isyak dia tertido. Sedar2 orang dah azan subuh.. Aku terkejut ar sebab sebelum aku bergayut ngan jin laknat tu, aku main sms ngan awek aku tu.. Kalau betul awek aku ni tido pas isyak maknanya sebelum jin tu kol aku, aku dah berjiwang ngan jin tu la dalam sms.. Pergh, banyak tul aku dapat bonus malam tu..

Sekarang aku dah putus ngan awek tu sebab aku kesian kat dia.. Semenjak kejadian tu dia makin teruk, makin sakit kena ngan jin tu. Bukan bermaksud aku ngaku kalah ngan jin tu tapi jin tu main jahat.. Kalau dia kacau aku sorang tak pe tapi yang teruk tanggung sakit awek aku tu.. Atas nasihat ustaz2 yang aku mintak tolong tu, aku lepaskan dia. Aku kol ayah dia mintak maaf sebab terpaksa lepaskan dia dan ayah dia paham. Tapi awek ni yang tak paham2. Aku mintak putus cara baik, dia taknak. Pastu aku terpaksa jadi kejam, aku buat benda yang dia tak suka, aku marah2 dia supaya dia benci aku.. Bila dah agak lama kami putus, aku kol ayah dia tanye keadaan dia. Ayah dia cakap Alhamdulillah dia dah makin sihat..

Ape yang aku cita ni adalah benda sebenar yang pernah berlaku dalam kehidupan aku. Sikit pun aku tak reka cipta dan terserah kepada ampa suma samada percaya atau tak.. Hahaha..Dari pengalaman ni aku belajar banyak benda terutama sekali benda2 yang kita tak nampak ni.. Paling penting kita kena sedar dalam dunia ni bukan kita manusia je yang menumpang tapi banyak lagi makhluk yang kita tak tau kewujudan diorang.. Aku tak tau ayat ni dari ulama ataupun orang2 tua " Sebaik2 jin adalah sejahat2 manusia " tapi ayat ni aku rasa boleh kita jadikan ingatan supaya sedar dan berpijak pada bumi yang nyata yang dunia ni bukan milik kita.. Mintakla perlindungan dari Yang Maha Pencipta supaya kita dilindungi dari kejahatan yang kita tak nampak.. Amin...



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Dilema Palaestin????


Assalamalaikum...

Kepada Naim, ni lagu yang aku buat.. Ang tak payah peduli ngan kesumbangan nyanyian aku.. Hahaha.. Aku cuma nak sampaikan mesej yang ada dalam lagu ni.. Lagu ni aku bukan setakat nak tuju kat sedara kita kat Palestin ja tapi kat suma sedara kita kat atas bumi ni yang hidup dalam tekanan, seksaan  hari2.. Kita hidup kat negara yang tak dak perang, boleh kata makan kenyang setiap hari, hidup bebas nak buatpa pun tapi kita tak ambik peduli pun ngan susah payah sedara2 kita kat luar sana.. Aku boleh bet berapa orang ja kat negara kita ni yang bersyukur ngan keamanan yang ada dalam negara kita ni.. Aku pun berani bet berapa orang ja yang muhasabah diri setiap hari, pikir dosa pahala yang kita buat sepanjang hari.. Aku tak kata kat sapa2, aku pun dua kali lima ja.. Hehehe..


Jadi aku nak ajak ampa suma pikir cam aku pikir.. Adakah nikmat yang kita ada lani akan kekal?? Adakah kita nak negara kita yang kita sayang ni jadi haru biru cam negara sedara2 kita kat luaq sana tu?? Jawapan ada dalam diri masing2.. Semoga Allah tak turunkan bala camtu kat kita.. Amin...



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Demonstrasi : Jangan Halang Kami Sexy

Assalamualaikum...

Petang tadi aku baca surat khabar metro tarikh 19/9/2011 kat umah kawan aku..Syok2 aku baca, tiba2 aku terbaca satu tajuk berita lebih kurang cam tajuk entry aku kat atas..Aku pun baca la isi tajuk tu..Fuh...sentap jiwa aku baca berita tu..Meh aku nak cita sket pasal berita yang aku baca petang tadi tu.

Demonstrasi ni berlaku kat Jakarta Indonesia.Ramai awek2 berhimpun sambil pakai skirt pendek.Diorang bawa macam2 sepanduk sambil melaungkan jangan halang kami nak pakai skirt pendek, biarkan kami nak sexy..Lebih kurang camnila ayat2 maut diorang tu.Diorang buat demonstrasi ni sebab sorang pegawai ke menteri tah yang keluarkan statement bahawa punca berlakunya kes rogol kat indon tu sebab ramai awek2 indon pakai sexy.Antara skrip awek2 yang berdemo tu lebih kurang camni " jangan ingatkan kami pasal pakaian tapi ingatkan mereka (perogol) jangan ambik kesempatan kat kami ".." tubuh badan kami bukan untuk porno tapi pala otak mereka yang kuning "..Camnila antara skrip awek2 yang bagus tu..

Kalau orang tanya aku, ok ke awek2 ni berdemo untuk perjuangkan kesexyan diorang, aku jawab ok la tu..Diorang memang berani.Kat Malaysia ni ada minah2 sexy nak demo2??Tak da maaa..Hahaha...Memang lahanat sungguh golongan2 ini..Aku tak dapat nak berlawan ngan tangan, ngan lidah pun tak sampai kalau nak berdebat ngan diorang yang jauh kat Indon tu tapi sekurang2nya aku ada hati..Sedeyyyy aku bila baca benda ni tadi..Camnila awek2 sekalian, lelaki ni alim camne pun kalau main ngan aura perempuan, iman boleh tergugat wooo sebab laki ada nafsu maa..Kita manusia ni memang dah dijadikan Allah lengkap ngan segala2 termasuk nafsu..Tak kisahla nafsu tu kategori mana pun tapi nafsu syahwat atau keinginan sexual mesti ada kan!! Meh malam ni aku try jadi ustaz tengok..Kalau aku salah tolong betulkan aku sebab aku tak suka benda salah dibiarkan..Nanti sesat abih orang yang baca entry ni kalau iman lemah cam aku..

Dalam Quran ada sebut pasal aurat perempuan..Ala...fail jadi ustaz sebab tak tau surah ape, ayat mana..Tapi memang ada kan ayat dia.Aku pernah dengar ceramah ustaz kat masjid cite pasal ni..Korang lagi tau dari aku mesti korang tau punya ayat mana.Nabi kita pun pernah tegaskan pasal hukum aurat perempuan ni.Tapi point kat sini ialah aurat perempuan seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.Kalau pakai tutup suma tapi still nampak bentuk tubuh kira fail lagi.Laki plak aurat dia dari pusat sampai lutut..Korang laki jangan dok nak sengih2, sedap2 nak mengata pasal aurat perempuan kalau ko sendiri fail..

Ok sekarang dah jelas lagi bersuluh bila manusia dah mula ingkar suruhan Allah dan rasul, musibah akan menimpa kepada manusia tersebut..Sama gak cam kes perempuan sexy2 ni,dahla korang pi tayang body korang pastu korang kena rogol, kena kacau, kena usha, korang nak marah2 plak..tak ke bangang nama dia kalau piza hut free depan mata korang tengok je tak makan2..Camtula gak ngan lelaki2 yang ada nafsu ni tengok korang tayang body korang tu.Aku time dalam zaman kegelapan dulu memang tak usha je..Ape barang usha2 tapi dalam hati bergelora..Aku tackle bila dah dapat aku sapu maa..Mana boleh marah2 sebab ko sendiri yang bagi kan??Jadi sekarang ape motif korang mempertahankan kesexyan korang tu kalau kesexyan korang tu yang jadi punca utama menaikkan nafsu2 lelaki ni??Aku tak nampak pun kebenaran yang minah2 tadi berdemo tuk pertahankan sexy diorang tu..Satu perkara yang sia2..Tapi paling sedih ape yang pemimpin2 islam kat Indon tu boleh buat??Majlis ulama2 diorang boleh buat ape??Tak tau la plak kalau ada tindakan dari mana2 pihak kat sana sebab berita tu pun pendek je.Tapi kalau tak de tindakan memang layakla Allah bagi gempa bumi, tsunami, gunung berapi tu suma..

Kita yang dok kat Malaysia ni tak payahla nak berasa lega sangat sebab dua kali lima je kita ni..Hari2 macam2 benda berlaku kat dalam negara kita ni..Dengan masalah remaja, masalah masyarakat, masalah politik, macam2 la masalah..Bila agama diasingkan dalam urusan kehidupan manusia, camnila jadinya..Islam hanya pada yang solat, puasa, pi haji, bayar zakat je dah tu lupa plak pada rukun islam yang pertama.Bila dah ngucap dua kalimah syahadah, automatik yang lain ko wajib buat maa..Mengucap je pandai tapi tuntutan lain tak pandai..Jadi aku sebagai lelaki yang pernah tersilap langkah nak ingatkan sket khas untuk perempuan2 seagama aku.Tolongla jaga maruah korang.Jangan bagi laki2 jahanam ni menghancurkan kesucian korang..Sekarang ni boleh dikatakan ramai dah awek2 seagama aku yang hilang maruah.Aku tak fokus kat dara korang je tapi seluruh anggota tubuh korang.Maksud aku kalau pun korang tak pernah terlanjur tapi kalau korang pegang2 tangan, peluk sket2 tu pun dah kira menjatuhkan maruah korang, ape lagi kiss sket2 kan!!Jangan kelentong aku sebab aku tau suma tu.Aku tak kisah pun korang ada pakwe ke, skandal ke, kawan2 ke tapi jangan biarkan kulit korang bersentuh ngan laki yang bukan muhrim korang..Korang jangan tak caye satu sentuhan antara laki dan perempuan bukan muhrim akan menerbitkan satu perasaan halus dalam hati tambah2 kalau korang tengah loving2.Aku bercakap atas dasar pengalaman..Aku tau yang rajin baca, komen kat blog aku ni kebanyakan muda dari aku.Yang tua dari aku pun aku rasa tak sampai dua orang pun..hahaha

Jadi kawan2 sekalian yang terbaik, kalau sekarang kita dok kat atas track yang betul lagi lurus, pastikan kita maintain atas landasan tu walau camne pun dugaan dia.Kalau kita dalam track yang banyak lap pastu tak rata lagi, setting balik jiwa hati iman kita supaya last lap tu kita berjumpe ngan jalan yang lurus.Walaupun dulu kita adalah secelaka manusia tapi disisi Allah kalau ada cahaya keinsafan dan taubat, kita adalah semulia manusia..Mintak maaf kalau ada yang kurang senang ngan entry ni.Aku tulis tuk diri aku sendiri..Peace!!



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Story Pembesar & Sultan.....

Assalamualaikum.....

Sebelum tu aku nak say sori sebab aku takde mud lagi nak tulis sejarah hidup aku dulu.. Tunggu ar pala aku tak serabut ngan esemen and test baru aku story sejarah aku. Kali ni aku nak citer 1 kisah zaman dulu.. Cam besa ar, aku bab sejarah memang fail nak ingat nama, tempat, pape la yang sewaktu dengannya.. Aku cuma ingat jalan citer je. Kalau sape2 yang tau citer ni and citer aku ni salah, tolong tegur aku.. Jom start citer...

Pada zaman pemerintahan sorang sultan ni dulu, sorang pembesar raja ni pernah tanye kat sultan ni 1 soalan.. " Tuanku, aku ni confuse 1 benda. Dah lama aku pikir benda ni tapi tak dapat jawapan dia. Di sebabkan tuanku sorang yang alim antara kami, aku nak tanya benda ni kat tuanku.. Setan diciptakan dari api tapi balasan yang dia dapat pada hari kiamat nanti, dia kena bakar dalam api neraka gak.. Aku rasa cam tak logik ar sebab dia tu dicipta dari api pastu kena bakar ngan api plak.. Mesti setan tu tak rasa sakit tul tak tuanku?"

Sultan yang dengar soalan pembesar dia tadi tu pun cakap dep" Ishk, betul gak na apa ang cakap ni.. Aku pun terpikir gak bila ang tanya aku tadi. Camnila, aku ada jawapan dah. Ang tolong ambik pasu perhiasan kat depan tu sat.." Pembesar sultan yang tanya soalan tadi tu pun pi ambik pasu tu sambil cakap dalam hati " Apa kaitan pasu perhiasan ni ngan soalan aku tadi ni?? " Lepas dia bagi pasu perhiasan tu kat sultan, sultan tu terus hempuk pasu tu atas pala dia sampai pecah..

Pembesar sultan tu terkejut campur sakit terus berkata " Tuanku, aku cume tanya soalan je. Kalau tuanku tak tau janganla main hempuk2 camni. Sakit tau tak " Sultan tu pun berkata " Aku bukan saja2 nak hempuk tapi tu la jawapan dari soalan yang ang tanya aku tadi. Kita dijadikan dari tanah, pasu tadi pun dari tanah gak. Ang rasa sakit kan kena hempuk ngan pasu yang dibuat dari tanah camtula gak setan yang diciptakan dari api.." Pastu barula pembesar tu paham maksud sultan dia tu..

Aku suka giler baca kisah ni sebab tu aku tulis kat sini.. Tersangat abstrak maksud dia & makan dalam wooo.. Aku tak tau la korang yang baca entry ni dapat rasa ke tak ape yang aku rasa.. Harap2 dapatla ek..hehe.. Peace!!



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Al Kisah......

Assalamualaikum...

Peringatan tuk korang. Entry ni panjang jadi sapa yang tak suka baca entry panjang, bek jangan baca. Nanti nyesal plak baca entry ni.. Aku nak tulis 1 cita pasal ikan. Maybe ada yang dah tau cita ni tapi aku baru tau je cita ni. Nak share cita ni buat renungan diri aku yang hina ni..

Pada 1 hari, sekor ibu ikan telah memanggil anak2 dia sebab ibu ikan ni nak sampaikan 1 wasiat penting tuk anak2 dia.. Dialog antara ibu ikan and anak2 dia lebih kurang camni..Ibu ikan " Wahai anak2 ku, arini mama nak story 1 benda kat korang. Mama harap anak2 mama yang mama sayang ni ingat betul2 apa yang mama nak cita ni". Anak2 ikan tu berkata " Ape dia mama? Cam suspen je mama ni?". Ibu ikan " Ape yang mama nak cita ni benda serius so listen carefully. Kita sebagai ikan yang hidup dalam dunia  ".. Sambil tarik nafas kejap..

Ibu ikan sambung balik " Bila kamu suma keluar cari makanan, mama nak kamu suma berhati2. Bila kamu ternampak cacing yang berbentuk U, jangan kamu makan cacing tu sebab dalam badan cacing tu, ada 1 besi yang di namakan mata kail. Mata kail ni tajam tau tak. Mata kail ni di ikat ngan tali yang kita tak nampak kewujudan dia. Tali ni plak di ikat ngan 1 kayu yang di namakan batang kail dan batang kail ni di kawal oleh sekor makhluk nama dia manusia. Kalau kamu makan cacing U tadi, kamu akan di sentap kuat2 oleh makhluk manusia tadi sehingga mata kail yang tajam tu menembusi mulut kamu. Sakit dia hanya Allah yang tau. Pastu kamu akan di tarik keluar dari dunia air ni. Bila kamu keluar dari dunia ni, kamu akan berjumpa ngan dunia lain ".

"Di dunia baru ni, kamu akan ternampak kehidupan lain yang tak sama ngan dunia kita wahai anak2 ku. Bila manusia tadi dah dapat tangkap kamu, dia akan cabut mata kail ni ngan ganas dan kamu akan di campakkan ke dalam 1 bekas yang di namakan baldi. Pastu kamu akan di bawa balik ke rumah manusia tu dan penderitaan kamu akan bertambah power, kaw2 lagi. Manusia tu akan siang kamu ngan 1 alat yang di namakan pisau. Pisau ni tajam sangat2 anak2 ku. Dengan pisau ni la perut kamu akan di belah dan suma isi perut kamu akan di buang.. Pastu badan kamu akan di hiris2, di kelar2. Ya Allah, azabnya teramatla pedih dan sakit ".

Dengan linangan airmata ibu ikan tu sambung cita " Penderitaan kamu tak habis setakat tu je wahai anak2 ku. Dengan kesakitan akibat penangan pisau tadi, sakit kamu akan bertambah power bila manusia tadi letak garam kunyit atas seluruh badan kamu yang telah di kelar2 tadi tu. Pastu kamu akan berjumpa ngan alat seksaan lain yang di namakan kuali dan minyak masak. Minyak masak ni akan di panaskan dengan menggunakan api. Selepas itu, kamu akan di masukkan ke dalam kuali tersebut dan seluruh tubuh kamu akan di goreng.. Bila isi daging kamu dah masak, seluruh tubuh kamu akan di jadikan makanan untuk manusia yang menangkap kamu tadi tu. Tamatla kisah kamu sebagai sekor ikan.. Wahai anak2 ku yang tercinta, cita ni adala cita turun temurun dari zaman tok moyang kita lagi. Oleh itu ambikla iktibar dari cita ni.."

Fuh.. Penat gile nak tulis cita ni.. Agak2 korang, anak2 ikan ni caye tak ngan cita ibu ikan ni?? Mungkin ada yang caye and ada yang tak caye. Tapi aku yakin kalau anak2 ikan ni ada 10 ekor, yang caye cita ibu dia ni cuma 2 ekor je. Yang 8 lagi akan cakap ibu diorang ni buat cita dongeng cam cita cinderella tu.. Hahahaha.. Memang bangsat punya anak.. Dahla bangsat pastu sial plak tu sebab menganjing2 ngan nasihat mak dia..

Tapi korang tau tak yang kita sebagai manusia lagi bangsat plus lahanat.. Kasar kan bahasa aku?? Aku tengah semangat ni, bek baca dulu bagi habis.. Nape aku cakap kita ni manusia yang bangsat lagi lahanat?? Jawapan dia sebab kita sama cam anak2 ikan yang tak caye and menganjing nasihat ibu ikan tadi tu. Ikan mana ada akal tapi kita ada akal. Nabi Muhammad SAW dulu dah ajar kita camne nak jadi manusia bek. Allah dah bagi Al Quran seketul kat kita untuk kita guna sebagai panduan hidup dan taat ngan suma perintah Dia. Dia dah gitau dalam Quran suma nikmat, kebaikan, pahala, ganjaran yang Dia nak bagi kat kita bila kita jadi hamba yang taat,bek. Dalam Quran gak Dia dah larang kita jangan buat benda yang Dia tak suka. Kalau kita buat gak, Dia dah janji ngan azab, seksa, sakit yang tak dapat kita bayangkan. Nabi Muhammad SAW gak dah banyak bagi ingatan kat kita dalam hadis2 dia tapi apasal kita tak ikut?? Kadang2 benda yang Allah and Nabi Muhammad SAW larang, yang tu gak kita nak buat. Jenis ni bodo sket tapi jenis yang ni lagi bodo banyak. Dahla buat benda yang di larang pastu siap boleh main2 lagi ngan benda2 camni.. Pergh.. Tak paham aku.. Nak sembang banyak2 pasal agama ni pun aku bodo lagi. Korang gunalah akal yang ada tu tuk kaitkan cita ikan ni ngan kehidupan KITA MANUSIA sekarang ni..

Sori banyak2 sebab aku tengah marah ngan diri aku ni.. Sedih woo bila ingat balik kebodohan serta kebangangan jahiliah aku dulu. Korang yang pernah ada zaman jahiliah cam aku, ambik iktibar dari cita ikan ni.. InsyaAllah kalau aku ada mud, aku nak cita sket pasal kebangangan aku dulu untuk iktibar suma. Aku tak janji la.. Fuh, lega aku dapat meluah kat sini.. Semoga kita suma selalu mendapat hidayat dan rahmat Allah.. Aminn... Biar nakal, jangan jadi sial...



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

3 Nasihat Hamba...

Assalamualaikum......

Dalam mood raya lagi ka?? Aku raya cam besa ja, tak enjoy mana pun.. Malam tadi aku kena ceramah sket ngan dedi aku.. Tapi syok gak sekali sekala kena brain wash ni.. Baru syok, baru ada fight.. Hahaha.. Malas nak merapu. Aku nak share sket benda ni sebab aku tacing woo kena ceramah tadi..

Dedi aku tadi buka cita sejarah jadi nama, tempat, serta apa2 yang berkaitan aku tak ingat sangat sebab aku ni jahil benda2 agama ni. Cita dia camni lebih kurang. Zaman dulu di satu negeri ada sorang raja yang kaya raya. Kiranya pakej lengkap ar ngan harta banyak pastu pangkat raja lagi pastu alim gak dalam agama. Raja ni ada banyak khadam tapi ada sorang khadam dia ni walaupun dia sorang khadam tapi dia ni sorang yang sangat taat ngan perintah Allah.(nama raja and khadam tu aku tak ingat,sori banyak2).. 1 lagi kehebatan khadam ni, setiap saat dalam kesibukan kerja dia tu, 1saat pun hati dia tak pernah stop berzikir,ingat kat Allah. Time malam plak dia habiskan masa ngan sujud,bertafakur kepada Allah..

1 hari raja ni panggil khadam ni sebab raja ni hairan plus takjub ngan kehebatan khadam dia ni.. Raja ni tanya " Wahai khadam, aku nak tanya sket. Camna ang boleh selalu berzikir,ingat kat Allah time ang dok busy buat kerja?? Time malam plak time orang lain berehat, ang masih boleh bertafakur kat Allah walaupun ang penat kerja 1 hari?? Apa rahsia ang?" Jawab khadam tadi " Wahai raja ku, aku ni tak dak rahsia apa pun. Cuma aku berpegang ngan 3 benda ni.. Pertama, kita sebagai hamba jangan terlampau tamak haloba dengan kesenangan dunia sebab nabi Adam dulu dikeluarkan dari syurga kerana sifat ni. Kedua, sebagai hamba kita jangan ada sifat riak, takabbur kerana Iblis dulu dilaknat Allah sebab sifat ni. Ketiga, sebagai hamba jugak kita jangan ada sifat dengki khianat sebab dengan sifat ni la terjadinya pembunuhan pertama dalam tamadun manusia"..

Ok stop pasai cita ni sebab panjang lagi kisah hamba ngan raja ni. Aku cuma nak ambik 3 point yang si hamba tu dok cita kat raja dia.. Bila aku fikir balik cita ni sambil flashback balik kisah nabi Adam ni, aku tabik monoshock ngan nasihat si hamba ni.. Nasihat pertama, dalam syurga suma benda yang kita nak, suma ada. Benda yang tak tercapai dek akal kita kat dunia ni pun ada kat syurga. Tapi pasaipa larangan Allah kat nabi Adam supaya jangan makan buah khuldi tu jugak yang nabi Adam buat?? Ini menunjukkan bahawa kita manusia memang ada sifat tamak haloba tambah2 kita yang iman turun naik ni..

Nasihat kedua, Iblis ni dulu sebelum nabi Adam diciptakan, dia ni pangkat lagi tinggi dari malaikat sebab kehebatan dia taat kepada Allah. Tapi bila dia riak and takabbur, dia sanggup ingkar arahan Allah untuk sujud kat nabi Adam yang dia anggap makhluk yang lagi hina dari dia sebab dia dari api, nabi Adam dari tanah.. Nasihat ketiga, Qabil dan Habil ni adik beradik. Bila sifat dengki khianat dah mula merasuk dalam jiwa Qabil, adik dia Habil pun sanggup dia bunuh.(ampa suma pun tau cita ni,malas nak tulis panjang2)

3 nasihat si hamba yang diceramahkan oleh dedi aku kat aku tadi ni buat aku terfikir sat.. Adatla,manusia kena banyak fikir baru boleh jadi insan cemerlang dan terbilang.. Hahaha.. Nasihat2 ni betul2 menusuk jiwa aku.. Aku harap aku boleh praktikkan apa yang aku dapat ni. Betul cakap orang berfalsafah, ILMU PELITA HIDUP.. Kalau aku tak kena ceramah tadi, tobat lahum aku tak ingat ngan benda2 yang boleh merosakkan jiwa ni. Ilmu agama yang aku baru nak merangkak balik ni pun takkan upgrade2..Toce2 dedi sebab ceramah aku tadi.. Dedi aku memang syok woo..Ampa yang baca apa yang aku tulis ni harap2 boleh join aku jadi insan cemerlang terbilang.. Peace!!



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Pengalaman Malam Raya..Nyaris Mati Wooo...

Assalamualaikum......

Ni la malam raya yang paling soi sekali dalam hidup aku.. Cita dia lagu ni.. Malam tu aku and kazen2 aku keluaq p pekan Aloq setaq cari baju raya sambil cuci mata.. Pas dah setel suma keja tu, kami balik.. Time balik tu hujan agak mencemburui kami.. Malam tu kami keluaq nek 3biji motor sebab konon tak nak sangkut tengah jem.. Hahaha.. Besala malam raya..

Nak jadi cita malam tu, kazen aku sorang ni pala dia masuk antu.. Setiap kali jumpa traffic light, asyik nak men wili ja. Aku ni pun terbakar ar gak.. Kiranya kami dua ni dah mula jadi gila nak kasi panas line.. Sampai kat satu traffic light tu memang kami dah starting baek punya sebab pas traffic light tu jalan lurus, memang cun la kalau nak tunjuk sapa hebat kan. Time aku dah syok leading sambil layan speed, tiba2 sekali imbas aku perasan ada 1team lembu jalan2 makan angin nak lintas jalan.. Aku yang tengah top speed ni pa lagi pijak brek belakang sambil men brek depan (motor pakai disc break kat depan kalau ang cekak brek kuat2 kompom ampa yang tak reti wikang jadi reti wikang..haha)

Time aku dok men brek tu, motor aku memang dah lari tayar belakang dia. Melelong2 dah motor aku tu. Aku yang tengah try meneutralkan keadaan dah menjerit " Mati aku, Mati aku".. Nasib baik dalam rombongan lembu tu, 3ekoq yang jalan paling last tu stop berjalan. Aku rasa depa terkejut kot.. hahaha.. Bila depa stop bermakna ada space sket kat tengah2 rombongan lembu tu. Aku ni sebab terlampau alert ngan ruangan yang di beri terus mencelah tengah2 lembu tu sambil doa aku tak langgar lembu2 yang bagi space tu..

Alhamdulillah aku selamat.. Kazen aku yang dok follow belakang aku tu pun selamat sebab alert cam aku (menggunakan space yang lembu2 tu bagi).. Bila keadaan dah selamat,suma urat sendi aku jadi goyang sebab ketaq woo.. Kazen aku yang dok follow aku tadi tu menjerit kat aku "nyaris mati bai" .. Aku cuma boleh gelak ja sambil dalam hati aku ucap syukur banyak2 sebab selamat..

Sampai kat rumah, kazen aku yang ke3 (dia tak join kami jadi gila sebab penakut) cita balik kes tadi sebab dia dok belakang so dia nampak live ar apa yang jadi kat aku and kazen aku yang gila tadi.. Memang benda ni tak sangka boleh jadi sebab semua orang tak nampak lembu2 tu lintas jalan.. Besala jalan gelap tak da lampu pastu langit gelap sebab hujan, lembu2 tu plak sumanya gelap2. Aku rasa adala dalam 15ekor kot lembu2 tu. Kazen aku yang ke3 ni pun perasan ada lembu bila kereta belakang dia bagi highlight bila nampak motor aku dah melelong2 nak jatuh sebab mengelak lembu2 tu.

Moral yang aku dapat dari peristiwa ni, ang bawa motor ka, kereta ka, lori ka, bila ang tengah drive dalam cuaca yang tak baik, ang tak payah nak berlagak hero. Kalau cuaca cun pun tak payah dok galak2 sangat. Berhati2 di jalan raya sebab malang tu tak berbau. Aku ni pun sampai lani dok terbayang2 kejadian ni sebab agak ngeri la. Kalau aku langgar lembu2 tu, aku rasa  kalau nyawa aku panjang pun aku dah patah banyak tempat dah kat badan aku ni. Kalau nyawa tak panjang, sambut raya dalm kuboq ar cita dia.. hoho..Syukur Allah masih bagi aku can tuk bernyawa and sambut raya kali ni.. Aku pun dah serik plus benci tengok lembu lani.. Ampa yang baca entry ni, beringat sket bila drive. Jangan nak cuba2 jadi gila cam aku. Kalau rasa tak sayang nyawa sendiri pun, sayang la orang2 yang selalu sayang kat ampa.. Peace



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

SALAM SYAWAL.....

Assalamualaikum.....

Raya kalau jadi, lusa kita dah tak payah posa.. Kalau pi bandar, memang membosankan sebab jem.. Orang ramai sangat sampai serabut pala otak.. Aku tak suka tempat2 serabut ni..

Tapi nak buat camna kan sebab dah lumrah dekat raya. Manusia2 pun keluar nak cari kelengkapan raya.. Yang shoping tu, shoping la.. Yang cuci mata, cuci la puas2.. Hahaha..

Apa2 pun lantak korang la kan.. Hak korang. Aku cuma nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kat semua.. Aku mintak maaf kalau aku ni pengganggu blog korang sebab aku komen cam apa tah.. Blog sapa yang aku selalu komen tu, aku cuma nak gitau aku hepi, enjoy, baca blog korang.. Dapat gak banyak ilmu..(yang tulis berkaitan ngan ilmu la..)hahahaha.. Yang tak tulis benda ilmiah pun aku suka baca gak.. Jangan risau sebab aku fleksibel..

Aku harap kita raikan raya taun ni ngan penuh kesyukuran and keriangan.. Di samping kita syok2 raya, jangan lupa kat orang2 yang susah, tak berdaya.. Ok kawan, enjoy your raya.. Peace




Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

1 Hari Di Hari Rabu....

Assalamualaikum...

Aku tak leh tido plak malam ni..Padahal letih gila dah ni tapi tak leh lelap plak..Aku nak cita sket ar pasal ari semalam.. Semalam time aku tengah dok repair kuda itam aku kat bengkel tu, ada sorang pak cik ni selamber badak je isap rokok kat situ.. Aku tengok muka tak macam cina @ hindu pun.. Memang kompom la orang melayu pak cik tu..Tak kisah la ang posa ka tak ka tapi respect sket orang yang posa ni.. Aku ni dahla dalam kategori penghisap rokok, stim la aku yang posa ni.. Pastu boleh plak tengok aku macam nak cari gaduh siap buat muka lagi.. Adoii.. kurang pahala posa aku dok maki2 pak cik ni dalam ati.

Satu lagi yang tak senonoh pasal pak cik ni, time dok sibuk2 kat bengkel tu dia boleh selamber lagi masuk tangan dalam seluar garu punggung.. Ishk.. Aku rasa macam nak terajang orang je.. Dahla ada akak sorang tu dok tunggu moto dia kena repair, pak cik tu macam tak de perasaan malu langsung.. Yang akak tu plak sampai merah2 muka tahan malu sebab pak cik tu dok depan dia..

Sori to say la, aku ni bukan dalam kategori orang baik sebab tu aku nak cite benda ni kat sini. Bukan niat nak mengaibkan pak cik tu tapi aku rasa malu ar ngan pangai orang melayu yang langsung tak de perasaan malu @ sensitiviti ni.. Kalau ang taiko camna pun tak payahla tunjuk sangat yang ang tu taiko pak cik.. Aku sket pun tak goyang ngan pangai haram jadah camtu.. Emo plak tiba2 aku ni..huhuhu

 Dah tua tapi tak jadi contoh kat orang muda.. Nama laki tapi menjatuhkan martabat laki depan pompuan.. Pantang tul aku ngan jenis orang camni.. Apa2 pun, aku harap aku tak jadi camtu.. Biar nakal tapi jangan jadi sial...



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

i'm back.....

Assalamualikum.....

Dah lama aku tak tulis blog ni.. Besala kuliah dah start,macam2 benda aku kena buat.. Walaupun keinginan hati nak buka blog sambil round the world to blog orang lain, tapi aku terpaksa lupakan suma ni sebab ada misi penting yang aku kena setel.

Last entry aku dulu aku cite pasal aku dapat hidayah kot sebab jadi makmum sorang budak kecik.. Entry kali ni dah masuk bulan posa and nak abih dah pun.. Aku ada target posa taun ni.. Aku cadang nak semayang terawih full, khatam ngaji quran dalam bulan posa ni.. Tapi aku fail la..terawih pun kantoi je. Pastu ngaji plak merangkak2.. Adoiiiii..... Camne nak capai target ni.. Tapi setakat arini aku dah ngaji sampi juz5. Bangga kot sebab aku tak miss ngaji walaupun merangkak2.. Hahahahaha

Bulan posa ni aku dah belaja something. Bukan suma yang kita target boleh tercapai kalau takde usaha yang kuat.. Takpe2.. Taun ni aku kalah tapi taun depan aku nak menang.. Kawan2 yang ada kat luar sana, semoga korang enjoy posa taun ni.. Sama2 kita ambik kesempatan tuk buat amal dalam bulan yang mulia ni.. Tinggal bape ari je lagi nak abih bulan ramadhan ni.. Semoga suma amalan ikhlas kita di bulan mulia ni di terima oleh Allah... Amin ya Rabb



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

AKU VS BUDAK KECIK

Assalamualaikum...

Aku rasa ramai orang minat muzik.. Tak kisahla dari genre ape pun muzik tu tapi yang pasti setiap muzik mesti ada follower masing2.. Lumrah hidup manusia yang inginkan hiburan.. Ada yang jadikan muzik tu sebagai tempat luahan perasaan, ada plak jadikan muzik sebagai pengisi masa lapang, macam2 lagi la yang orang boleh buat ngan muzik ni..

Aku pun dulu sorang yang minat ngan muzik. Besala kan, orang yang jiwa keras cam aku ni, mana layan muzik lembik yang takde  perasaan ni.. Mesti layan muzik/lagu yang keras2,ganas, baru ada soul beb.. Tu la aku dulu yang terlampau taksub ngan benda ni sampai aku tak sedar yang aku ni dah jauh sesat.. Malas nak cite kesesatan aku dulu. Aku tak suka nak ingat balik..

Nak jadi cite, bulan pose 2taun lepas aku try la rajinkan diri pi semayang terawih kat masjid kampung aku ni. Malam tu ada sorang budak tu jadi imam semayang terawih. Dalam ati aku ni cakap biar betul budak ni.. Berani giler dok depan jadi imam. Aku yang tua dari dia ni pun tak berani nak try2 jadi imam. Memang aku tak yakinla ngan budak kecik ni siap kutuk dia lagi dalam ati..hahaha..jahat gile..

Tapi kutukan aku stop bila budak tu start baca surah fatihah.. Giler punyer aku terkejut sebab suara budak tu sedap beb!! Alunan bacaan dia memang buat ati aku yang keras ni jadi cair. Selama ni aku bangga sangat ngan penyanyi2 pujaan aku yang suare sedap tapi feeling dia tak sama macam aku dengar suare budak ni.

Pas dia baca fatihah, dia baca plak ayat Quran yang aku pun tak tau surah ape tapi memang aku dah start feeling nak semayang terawih malam tu. Malam tu aku dah pecah rekod hidup aku sebab aku semayang terawih 20 rakaat. Besala masjid kampung ni 8 rakaat first je full pastu kurang dah. Habis 20 rakaat tu, aku pun buat rekod baru gak sebab aku semayang kat saf depan sekali..hahaha..

Time makan more malam tu, aku pi jumpe imam kecik tu. Aku salam ngan dia pastu aku cakap kat dia "adik punyer suare sedapla.. Abang tabik monoshock ar ngan adik. Adik umo berape ni? Belaja katne?".. Budak kecik tu jawab "ishk..tak la bang.suare saye tak sedap pun, besa2 je. Umo saye 13taun. Saye belaja kat maahad tahfiz". Aku yang bodo ni tanye lagi "maahad tahfiz tu ape dik??" (soalan orang jahil). Budak tu jawab "maahad tahfiz tu sekolah hafal Quran. Kat situ kami bukan hafal Quran je tapi kami belaja macam2 ilmu agama". Aku pun angguk jela sambil dalam ati pikir budak ni memang terbaik. Kecik2 dah hafal Quran, boleh jadi imam, pandai agama tapi aku ni belaja agama dari kecik tapi tak praktik pun. Aku rasa malu giler ngan budak tu..

Balik rumah malam tu, aku pikir yang aku ni dah jadi loser. Aku kalah ngan sorang budak umo 13taun. Memang aku rase hebat sangat ngan kepandaian aku dalam muzik tapi muzik aku tak jadikan aku sebagai sorang yang baik berbanding ngan budak kecik yang dah hafal Quran 30juz, boleh jadi imam, tau ilmu agama lagi banyak dari aku dalam usia muda. Apa la yang hebat sangat ngan muzik aku yang melalaikan aku and aku just dapat kepuasan sendiri je berbanding ngan budak kecik tu yang dapat banyak pahala dari ilmu yang dia belaja..

Alhamdulillah, sejak malam tu aku nekad nak berubah jadi sorang manusia yang baik.. Aku stop men muzik ngan band aku.. Kalau main pun setakat hilangkan bosan tapi main dalam bilik aku jela. Takder dah nak gila2.. Aku start semayang 5waktu walaupun kadang2 aku kantoi subuh tapi qada balik ar.. Aku pi belaja agama, baca buku2 agama, belaja Quran. Malu beb dah tua tapi baca Quran tak pass lagi tapi kalau asyik nak ikut je malu tu, sampai bila2 aku tak reti baca kan! Lantak la aku sorang je yang tua yang lain suma budak, janji niat aku nak belaja tu betul..

Fuh, panjang plak aku cita ni. Bukan tujuan aku cita suma ni sebab aku sekarang dah baik tapi aku cita suma ni sebagai iktibar tuk diri aku. Aku syukur sangat sebab di pertemukan ngan budak kecik tu. Mungkin ni la hidayah yang Allah bagi kat aku supaya aku tak terus hanyut.. Kepada budak kecik tu, abang nak ucapkan terima kasih sebab adik dah sedarkan abang walaupun secara tak sengaja. Abang doakan semoga adik jadi anak yang soleh, manusia yang berguna tuk masyarakat. Semoga kita jumpe lagi kalau ada kesempatan.. Adik memang TERBAIK..



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Awek Tudung Youtube........

Assalamualaikum........

Hahahaha... mati aku kena hentam ngan awek2 youtube kalau diorang baca entry aku ni.. entry ni bukanla nak hentam sapa2 tapi aku tulis sebagai peringatan tuk diri aku gak.. adik2,akak2 yang cantik2, cun2 suma.. aku nak mintak tolong sket korang tak payahla upload video korang nyanyi2 ke, men gitar sambil nyanyi ke kat youtube tu.. bukan aku tak bagi ke, aku marah ke tapi Allah yang tak bagi tau!!! kadang2 aku tengok kegedikan korang tu dah sampai tahap yang tak leh di cerna oleh akal aku ni...

Aku tak jeles sket pun korang pandai nyanyi ke, pandai men gitar sambil nyanyi ke sebab aku memang tak ambik pot langsung pasal tu.. aku pun nyanyi gak, boleh gak men gitar, ada band sendiri lagi woo time zaman gile aku dulu, siap ada lagu sendiri lagi tapi aku tak la poyo nak upload video2 aku tu.. apa kata kepandaian korang dalam muzik tu korang simpan je. kalau gian sangat korang main sorang2 dalam bilik tuk bagi syok hati sendiri, jangan pertontonkan kat orang lain..


Aku ni ilmu agama tak de pun, baru nak merangkak2. tapi fakta ni aku rasa korang suma tau yang suare perempuan adalah aurat!! tubuh badan perempuan sumanye aurat kecuali tapak tangan ngan muka.. walaupun korang bertudung tapi tudung korang tu tak tutup pun dada korang tu..1 lagi baju yang korang pakai tu pun masih menampakkan susuk body korang.. tak pasal2 korang dapat POINT kan kat situ!!  orang yang tengok pun dapat  POINT gak..hahaha

Sori banyak2la sebab aku tulis pasal suma ni.. kesian sangat aku tengok awek2 yang nak mencari populariti ngan cara ni... aku rasa nyampah bila korang upload video2 camtu dalam keadaan korang bawa imej agama tapi korang tak sedar yang korang ni macam dah persendakan agama.. aku nak cakap banyak pun tak reti kan sebab aku pun jahil lagi.. korang yang banyak belaja agama ni sendiri boleh pikirla kan mana baik mana buruk.. semoga kita suma dapat hidayah dari Allah.. amin..



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

entry lepas geram!!!!!!!!

Assalamualaikum...

Kepada lelaki2 atau perempuan2 yang baru putus cinta ngan boypren atau girlpren, apa kata korang bersikap terbuka dari melayan sedih..aku tau la korang tengah sedih, frust tapi control sket emosi tu.. kadang2 pangai korang yang over tu nyusahkan orang lain.. macamla korang nak mati sangat dah bila putus cinta tu.. tolong respect sket ngan orang lain, jangan pentingkan diri sangat. orang lain pun ada masalah gak.....

Aku cukup nyampah ngan orang camni.. nasib baikla sabar aku ni ada spare lagi, kalau dah tak da memang abih makhluk2 ni aku rebus buat sup....



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Malaysia ( 2) vs ( 1 ) Taiwan

Assalamualaikum....

Lama sangat dah rasa tak menulis blog ni..boring takdak idea..congrate Malaysia sebab menang 2-1 lawan Taiwan tadi..sepatutnya boleh buh 3,4 biji gol lagi tapi tarak nasib..hahaha..ok ar tu menang gak..janji main kat Taiwan nanti,buh banyak2 sket..hehehe....



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Kelemahan sorang laki??

Assalamualaikum....

Aku ni sorang lelaki.. Off course la lelaki ni orangnya kuat daripada orang perempuan. Lelaki lagi berani dari perempuan. Lelaki gak berfikiran lebih jauh ke depan berbanding perempuan ( dalam sesetengah perkara perempuan lebih ke depan ) dan banyak lagi perkara yang lelaki menang kalau nak di bandingkan ngan perempuan.. Bila aku berfikir and cari betul2 benda apa yang spoil kat orang lelaki ni, aku jumpak 1 benda ni ja. Tak taula kalau ada lagi tapi yang ada dalam pala aku sekarang cuma benda ni ja " Ramai Lelaki Penakut Bila Kena Suruh Jadi Imam Solat ".

Percaya atau tak ni la realiti bagi lelaki2 zaman sekarang. Selalunya lelaki kalau nak solat jemaah ngan kawan2 mesti main tolak2 punyala.. Skrip yang selalu depa pakai " Ang la jadi imam sebab ang pakai kopiah, aku tak pakai ". Tak pun " Aku pakai seluaq ja ni, ang pakai kain, ang la jadi imam ". Hahaha.. Pandai dok gelak kat orang. Aku pun sama ja cam depa tu.. Tu baru ngan kawan2 serumah, belum lagi ngan family, surau kampung, masjid ka..

Disebabkan aku ni lelaki, tanpa segan silu aku nak tulis kat sini lelaki2 yang ada kat luar sana tu termasuk aku, kita tak payahla nak bajet hebat sangat kalau setakat nak jadi imam solat pun dah takut.. Ni baru jadi imam solat, belum lagi kira tanggungjawab lain yang kita nak kena pikul nanti. Apa2 pun kita kena belajaq dan bersedia sebab sampai satu masa nanti, kita kena pikul gak tanggungjawab ni. Tak jadi imam masjid, surau pun, kita nak kena jadi imam anak bini bila dah kawin nanti.. Malu woo kalau bini ajak solat jemaah tapi kita lari.. Hahahahaaha.. Kaum adam yang boleh mengatasi kelemahan ni ampa memang TERBAIK. Tapi jangan benda ni ja terbaik tapi benda lain hampeh.. Sekian trimas... Peace!!!



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Assalamualaikum.....

Dah lama tak tulis sebab tak dak idea.. Aku syok baca orang lain tulis dari aku tulis sebab orang lain reti nak tulis kat blog ni.. Aku ni cincai ja..hahaha.. Aku dok pikir2 dari tadi pasai pa aku ni malas nak ngaji quran.. Nak kata tak reti, ayah aku dah ajaq dari kecik lagi.. Nak kata reti pun tak gak sebab aku ni pemalas nak ngaji.. Camna nak tau aku reti ka tak sebab aku pun jarang ngaji kan!! Masalah sungguh camni... Jadi cara nak tau aku reti ka tak baca quran ni, apa kata aku start ngaji quran balik.. Biaqla merangkak pun janji ada usaha kan..

Tapi kan aku boleh gerenti yang ramai orang tak kira tua muda yang tak reti ngaji quran ni.. Maksud aku ngaji quran yang ikut suma hukum2 tajwid yang ada dalam quran tu.. Hukum2 yang termaktub dalam quran tu apatah lagi kan!! Huhuhu... Termasukla diri aku ni sendiri.. Awatla aku dok tulis cam aku ni ustaz plak.. Haha.. Mungkin masa banyak mengubah pemikiran aku yang dah banyak hanyut ni..

Kesimpulan dia camnila.. Aku merumuskan yang ramai orang tak leh ngaji quran ngan baik ni sebab 2 benda ja..

1) Dah tak reti ngaji tapi malas nak belajaq
2) Reti nak ngaji tapi malas nak baca and praktikkan apa yang kita reti tu...

Kepada diri aku ni, sila buka hati and minda supaya tak dok kat takuk yang lama.. Peace!!!!



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Adakah Aku Seorang Hamba Yang Bersyukur???

Assalamualaikum........

Salam luar biasa tuk diri aku yang selalu lalai ni.. Cam besala sebagai peringatan tuk diri ni yang kadang2 terpesong and hanyut dalam hidup ni.. Malam ni aku tiba2 terfikir something. Adakah aku puas ngan apa yang aku ada lani?? Jawapan aku tak sebab sebagai manusia aku tak pernah puas ngan apa yang aku ada. Kalau orang lain pakai baju lawa, aku nak lagi lawa, style dari orang lain. Kalau orang lain nek moto EX5, aku nek LC. Orang lain nek keta MYVi, aku nak nek BMW.. Hahahaha.. Agak kurang aja sebab semuanya aku nak lebih..

Tapi sebenarnya tak salahkan kalau aku nak lebih dari orang lain?? Yang penting aku usaha nak dapatkan benda yang aku nak tu. Dah memang Allah suruh kita kaut semua harta khazanah yang ada kat atas muka bumi ni. Tapi yang jadi persoalan adakah aku ingat balik kat Sang Pemberi tu setiap kali Dia bagi apa yang aku nak kat atas dunia ni?? Jawapan aku tak.. Aku jarang ingat kat Dia. Aku jadi lupa diri, bangga diri ngan apa yang aku ada. Ramai manusia kat sekeliling aku ni cam aku gak, tak payah nak kelentong.. Hahaha..

Sebagai contoh aku dapat beli rumah 3tingkat, besar punyer, siap ada swimming pool.. Bila orang tanya aku " ang dapat duit mana wei boleh beli rumah camni?". Aku jawap " besala contract masyuk, duit pun masyuk la". Hehehe.. Kan jawapan aku tu dah menampakkan yang aku ni tak ingat kat Tuhan yang bagi rezeki tu kat aku. Apa salahnya aku jawap " Alhamdulillah.. Ada rezeki lebih sket, bolehla setakat nak bagi selesa anak bini aku ni. Dulu aku hidup susah, dok kat rumah sempit, lani dah senang sket baru boleh nak merasa nikmat senang cam orang lain ". Sekurang2nye jawapan ni nampak sket yang aku ni bersyukur ngan pemberian Dia.

Saudara aku kat Palestin tu hari2 kurang makan, kurang kasih sayang, hidup merempat tapi depa masih boleh ingat kat Tuhan. Setiap kali depa nak berjuang depa akan mintak kat Tuhan supaya depa menang, boleh hidup senang, aman. Depa selalu ingat kat Tuhan dalam kehiduan seharian depa. Aku yang hari2 boleh makan 1hari 5 kali, boleh tido lena, men fb tanpa gangguan, boleh lepak2 tak pernah pun nak bersyukur..So apa kata bermula ngan saat ni, aku cuba tuk bersyukur ngan apa yang aku ada atas dunia ni.. Kalau aku ada rezeki lebih sket tak salah pun kan nak hulur2 kat orang yang memerlukan. Lagi elok camtu sebab tu pun salah satu cara tuk aku bersyukur.. Ni aku dah tulis panjang2 ni takkan tak reti2 nak praktikkan apa yang aku tulis!! Semoga aku terus berubah menjadi insan yang bersyukur, berfikir, mentafsir realiti kehidupan yang penuh ngan pancaroba ni.. cewah ayat poyo nak mampuih tapi aku betul2 nak jadi camtu..  



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

11 Cara Nak Tambah Rezeki....

Assalamualaikum.....

Dah lama aku tak tulis entry.. Bukan malas nak tulis tapi sebab berokben ni asyik buat hal je.. Banyak idea2 aku terbengkalai camtu je. Nak tulis balik rasa macam dah tak perlu nak tulis benda2 camtu sebab dah ketinggalan zaman.. hahaha..

Arini sebab boring sangat so aku try baca buku motivasi karangan Dr Tuah Iskandar.. Saja nak refresh balik diri aku yang dah lama berkarat ni.. Baca punya baca, aku tertarik ngan 1 tajuk ni ( 11 Cara Nak Tambah Rezeki ). Sebagai ingatan tuk aku yang selalu lalai, aku nak tulis kat blog aku ni supaya ada gak pengisian dalam blog ni..

1) Tingkatkan Iman Dan Taqwa
2) Banyakkan Berdoa
3) Banyakkan sedekah
4) Buat Baik Pada Ibu Bapa Atau Orang2 Tua
5) Banyakkan Istighfar
6) Solat Dhuha
7) Baca Surah Al Waqiah
8) Bagi Makan Kat Haiwan
9) Jangan Seksa Binatang
10) Eratkan Silaturahim
11) Bayar zakat

Simple ja benda ni tapi ramai orang tak leh buat termasuk diri aku. Benda ni adalah amalan Dr Tuah sendiri. Aku memang tabik spring kat Dr Tuah sebab dia berjaya praktikkan benda ni and berkongsi ngan orang lain. Zaman sekarang ni orang ramai mengeluh sebab harga barang naik,minyak naik tapi usaha untuk meningkatkan pendapatan tarak.. So sebagai manusia yang ada akal fikiran, kita tak reti2 ka nak berfikir?? Binatang kat hutan yang tak da akal tu pun boleh fikir camna nak hidup tapi kita yang ada akal?? Semoga aku terus berfikir tuk mencari kejayaan and kebahagiaan dunia dan akhirat.. Amin
   



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

HUJAN!!!

Assalamualaikum....

Aduii...hujan2 camni menambahkan lagi kebosanan aku kat umah ni.. bila la nak buka sem ni, aku dah bosan gila ni.. petang yg hujan ni tengah syok2 layan bosan aku teringat kat kawan2 aku yg marah bila hujan turun.. sebab dia tak leh keluaq p jumpak awek.. tapi time ada kuliah dok berdoa sangat mintak hujan..alasan tak mau p kelas ar tu..hahaha..walaupun aku ni lebih kurang depa ja tapi aku tak pernah mengeluh sebab hujan.. nak buat camna kan dah hujan nak turun, mana boleh kita nak halang.. ni suma urusan TUAN PUNYA HUJAN.. adatla dah kita dok kat bawah, bila hujan turun memangla kita kena..lainla kita dok kat atas, kompom tak kena hujan..hahaha.. peringatan tuk diri aku yang lemah ni, aku kena bersyukur sebab hujan turun. hujan ni kan rezki yg Allah bagi, so pasaipa aku kena mengeluh atau marah??tak dak alasan langsung.. 1lagi bila hujan turun lebat, lagi baik aku mintak doa banyak2 sebab antara waktu yang di makbulkan doa adalah time hujan.. jadi tak reti2 nak beringat lagi!!!!



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

1st Step....

Assalamualaikum.....


Sentuhan 1st aku dlm penulisan blog. Aku dh byk usha,bca blog org. Mcm2 jns penulisan aku bca, mcm2 pangai aku nmpak.. Setiap org ada kreativiti sendiri dlm penulisan msg2.. Yg mn yg bgus, aku tabik spring ar kt ampa.. Yg jns mngutuk, mengeji  org ln 2, aku rasa depa ada sbb atau alasan sndiri tuk buat cm2.. Mcm kbanyakan blogger2 tls " Ni blog aku, aku pnya suka la nk buatpa pn.. Ampa x ska, ampa blh blah.." hahaha... Apa2 pn tu suma ampa pnya psl la kn.. Yg mn bek aku akn ambik buat panduan, yg mn x elok 2 aku ambik buat pringatan.. Nobody perfect!!!! Tapi ada la beberapa blog yg aku rasa menarik pnulisan dia n aku ari2 akn bka bca blog2 tu.. Ampa tuan blog tu mmg sempoi..hehehe.. Dh ckup tuk rini.. Next time tulis blk.. Peace!!



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer