Stop Smoking!!!!!!!!

Assalamualaikum...

Sebelum aku nak sembang pasal tajuk kat atas, aku nak cita sket. Tadi time syok2 dok baca blog orang, aku terbaca satu blog ni yang cita pasal dia dapat nota dari lecturer dalam tulisan jawi.. Aku gelak gila2 sebab blogger tu siap buh gambar nota tu lagi. Tapi aku stop gelak bila aku kantoi tak leh baca nota jawi tu.. Malu gila weh tak leh baca jawi..huhu.. Banyak benda lagi aku kena belaja ni..

Ok sambung ngan tajuk kat atas.. Sebenarnya aku dah pasang niat nak stop smoking. Alhamdulillah 3hari  ni aku dah tak hisap rokok lagi. Aku harap aku dapat bertahan sampai aku dah hilang gian.. Mesti korang cakap ape ke biul budak ni nak berenti merokok pun nak kecoh!! Mestila aku kecoh wei sebab aku ni perokok yang hardcore. Hidup tanpa rokok adalah tak bermakna dan gila berbanding hidup tak de awek.. Hahaha.. Ni falsafah kawan2 aku, aku copy je..

Tak de la, cite dia camni. Dalam 2 minggu ni aku terlampau sibuk ngan kerja2 sekolah aku sampai makan pun tak jaga, tidur pun tak menentu sebab nak dapat markah power. Korang taula student laki punye perangai memang camni suka buat kerja last minit. Tapi aku walaupun buat kerja last minit, aku amat mementingkan kesempurnaan kerja demi markah yang sempurna.. Hahaha.. Akibat tak jaga makan tido dengan baik maka aku dapat 'faedah' dari habit ni.. Korang pernah rasa sakit pala yang bila korang tunduk pala, pala korang berdenyut kaw2 dan mata korang cam nak terkeluar tak?? Ni la faedah yang aku dapat.. Seksa gile woo.. Nak buat ape pun tak leh. Time solat plak rasa terseksa bila rukuk dan sujud..

Bila aku dok relax layan sakit ni tiba2 aku perasan satu benda.. Time aku dok sibuk buat kerja2 aku tu baru aku perasan  aku jarang hisap rokok. Patutla aku pelik je sebab rokok aku tak habis2 dalam masa 2minggu ni.. Time sakit ni langsung aku tak hisap sebab tekak aku perit campur batuk2.. Tapi yang paling aku bangga, aku tak rasa gian sangat nak hisap. Ada gak ar sket2 rasa nak hisap tapi aku tak mau hisap.. Bila aku hisap walaupun sket bermakna aku dah memulakan 1st step aku ke arah hisap rokok balik. Jadi lebih baik aku tak payah hisap kan!! hahahaha...

Aku rasa tak salah kalau dulu aku berhijrah dari hampir2 kekufuran kepada keimanan pastu kejahilan kepada keilmuwan walaupun merangkak2. Sekarang aku nak berhijrah dari kerugian kepada keuntungan dan kesakitan kepada kesihatan..hehehe.. Aku harap aku kuat tuk berenti merokok.. Tindakan aku selanjutnye ialah aku dah warning housemate aku kalau dia nak hisap rokok, pi hisap kat luar rumah sebab aku tak nak bau rokok dalam rumah. Kalau hisap time aku tak de tak pe tapi time aku ada dia hisap gak, aku suruh dia hisap satu kotak tu depan aku time tu gak..hahaha..Aku kan kapten rumah, aku boleh guna kuasa yang aku ada..

Akhir kata saya benci rokok dan nak hidup bebas tanpa rokok.. Saya sayang diri saya.. Hehehe.. ( macam budak skema je ayat aku.. Nyampah.. )



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

13 comments:

  1. Bgus bro..

    ^_^

  1. @naim
    hehehe

  1. kuatkan lagi nekad tu, InsyaAllah boleh....
    simpan duit yg beli rokok tu untuk kawin hahahaha

  1. baguih2... cepat2 berhenti rokok..
    hisap rokok bukan kenyang pon... :D

  1. @yatie awang
    hahaha..tolong cari calon kak???hoho

    @solihin zubir
    memang tak kenyang.kalau duit rokok tu aku makan kfc hari2 lagi kenyang..hehe

  1. Good bro! Kentalkan semangat..

  1. merokok itu haram di sisi agama islam..ulamak2 di malaysia dan arab saudi dah pakat ckp rokok tu haram...cuma kenkadang org2 di malaysia tak mahu berpegang kpd hukum haram tapi dorang nak amik hukum makruh gak..hehe..ikut korang lah..ye lah aku tak merokok..nk benti rokok bukan senang kan.susah kan.aku pun paham...boleh rujuk entry rokok aku sblum ni hehe...

  1. @fa-in
    toce2 amoy..ahaks

    @kumbang jingga
    betul tu bro.aku tak caya ngan ubat2 untuk berenti merokok ni.yang penting kalau azam tu kuat,InsyaAllah semua no hal..

  1. as-salam aniki..

    firstly, amani baru tau lu budak sekolah... huhuhu...adik lah ni ek, takpe2, suka kawan ngn kamu.

    kedua, makan asap jer rokok tu, pastu membazir, kalau simpan dah boleh buat duit kawen tau.. huhuhu

  1. @azwa amani
    yeye..saya budak sekolah yang buat degree..hehe..saya malas pikir kawin lagi sebab saya nak study ke peringkat yang lebih tinggi..haha

  1. huhuh..okey.paham.. :)

  1. puyoo,kapten rumah.boleh tahan jugak gangster dia kapten rumah ni :P

  1. @sesegar
    gangster sket2 tak pe..hehe

Post a Comment