Assalamualaikum

Dua arini kecoh pasai flight MH370 hilang.. Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat. Jangan putua asa berdoa semoga sumanya selamat.. Tapi yang tak syoknya ramai plak manusia kat malaysia ni yang reti mengkaji, mencipta teori. Aku syak depa ni suma ngaji pasai geografi bumi and pasai kapal terbang sebab tu lagi pandai dari orang2 yang ahli dalam bidang kapal terbang ni.. hahaha. Yang takleh blah plak ramai yang post maksud surah yasin tu.. adoiyaii.. kalau ampa tak ngaji bab tafsir quran ampa tak payahla nak pulun post benda tu. Cerita dalam surah yasin tu cerita pasai lain.. kemungkinan peristiwa yang di ceritakan dalam surah yasin tu mungkin berulang dan tak mustahil bagi Allah nak jadikan peristiwa tu cuma kalau sampai nak wat teori guna ayat quran tanpa disiplin dalam ilmu tafsir aku rasa tak patut. Tapi nak wat camna kan. Rakyat Malaysia cuma pandai copy paste ja. Apa2 pun aku doakan semoga sumanya selamat. Amek iktibar kuasa Allah takdak sapa boleh lawan. Lu taiko atas dunia tapi lu tetap hamba Yang Esa.. #pray4MH370#


TAK LEH TIDOQQQ



Assalamualaikum...


Motivasi tengah malam sebelum paksa tidoq.. Ketagih hisap rokok ibarat sama dengan ketagih buat benda ikut nafsu tanpa pikiq baik buruk.. Apa aku merapu ni??? Damn !!! Tidoq lagi baguih..



COMING BACK!!!!!!!!!!


Assalamualaikum wbt...

2 tahun aku tak jengok blog aku ni.. Ingatkan dah mati rupanya ade lagi. Alhamdulillah arini aku dapat tulis sket. Hahaha.. Dulu aku budak sekolah sekarang aku dah kerja.. Takder ape yang best pun aku rasa bila dah kerja ni tapi okla aku dah pandai pikir pasai tanggungjawab.. Nanti ar aku post balik benda ape aku nak tulis.. Macam best je kan merapu kat sini.. bye


Assalamualaikum..

Lamanya dah aku tak tulis kat blog aku ni.. Budak sekolah cam aku ni besala esemen lebih penting dari benda lain. Nak online FB pun tak dan, ni lagi nak tulis entry. hahaha.. Aku cuma nak tulis sikit ja ni.. Selamat menyambut ramadhan al mubarak kat suma member2.. Semoga kita jadikan ramadhan tahun ni sebagai titik mula untuk kita terus jadi hamba Allah yang terbaik di dunia dan akhirat. InsyaAllah ada masa aku update balik blog aku ni.. Hahahaha.. Adios


DAULAT TUANKU!!!!

Assalamualaikum..

Selamat pulang ke negeri Terengganu Darul Iman Tuanku Sultan Zainal Abidin... Tuanku manyak syok woo.. Selamat gak kepada Tuanku Sultan Abdul Halim... Tuanku pun manyak syok.. Hahaha

p/s aku bangga jadi rakyat ganu ngan kedah.. Daulat Tuanku!!!


Assalamualaikum..

Semalam aku tengok cita ' Penunggu Istana '.. Sebenarnye aku dah lama nak tengok cita ni tapi tak dak masa. Time filem ni keluaq wayang, aku tak dan nak pi tengok. Semalam baru aku dapat tengok cita ni. Hahaha.. Ketinggalan zaman aku ni.. Tapi aku bukan nak cita pasal cita tu sangat cuma ada beberapa perkara yang aku teringin nak share..

Filem penunggu istana ni adalah cita real yang mana beberapa orang student buat kajian pasal aktiviti paranormal.. Sebelum filem ni main, dia ada tulis yang filem ni di hasilkan berdasarkan rakaman sebenar time kajian student2 ni di jalankan. Tapi ape yang aku nak cita kat entry ni adalah attitude student2 yang buat kajian ni.. Aku bukan orang yang pandai ngan benda2 ghaib ni tapi berdasarkan apa yang aku study, pengalaman aku sendiri main ngan  benda2 ni, aku agak tak setuju ngan perangai2 student yang buat kajian makhluk2 ghaib ni.. Aku tak komen student2 yang dalam filem tu ja tapi aku komen secara umum.. Zaman lani khususnya budak2 remaja, ramai yang tak percaya ngan benda2 ghaib. Sebab tu depa boleh buat main2, boleh melawak ngan benda2 camni.

Dalam Al Quran sendiri Allah dah cita benda ni yang mana dalam surah al Baqarah ayat dua Allah telah menerangkan yang mana Al Quran adalah kitab yang tak dak keraguan dan menjadi petunjuk bagi orang2 bertaqwa. Orang bertaqwa ni plak adalah orang yang percaya ngan perkara ghaib dan mendirikan solat.. Perkara ghaib yang di maksudkan kat sini ialah percaya ngan hari kiamat, syurga neraka, malaikat, jin, arasy Allah, titian sirat dan banyak lagi. Sebagai sorang muslim kita wajib percaya ngan kekuasaan Allah dan jangan ada keraguan dalam hati kita ngan apa yang Allah jadikan di dunia ni.

Kembali kepada point yang aku nak tulis ni, jika kita tak bersedia dari segi fizikal mental, jangan sekali2 cuba untuk bermain ngan benda2 ghaib ni sebab jika tersalah langkah boleh mengakibatkan syirik atau musibah terhadap diri sendiri. Aku tak suruh ampa takut ngan makhluk2 yang kita tak nampak ni tapi apa yang aku nak tekankan kat sini ialah kekuatan iman kita kepada Allah. Sebagai hamba yang lemah, hina dina,kita kena sentiasa tingkatkan keimanan kita walaupun iman kita ni pasang surut. Sentiasa yakin, percaya ngan Allah. Paling penting buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang. Camna kita nak upgrade iman kalau solat pun tak, posa pun culas. Apa lagi nak bertafakur berzikir ingat Allah betul tak??

Time aku sekolah menengah dulu, aku dok asrama. Satu malam tu dan ada 4orang budak form 2 ni dok main spirit. Tiba2 nak jadi cita depa ni macam kena rasuk. Ada yang panjat loker, ada yang terbalikkan katil sampai suasana kecoh ar. Bila ustaz datang tolong pulihkan depa baru depa ok. Aku time tu boleh di katakan budak nakal atau taiko ar kat asrama terus pi luku pala depa tu. Aku tanya depa pasaipa dok buat kerja bodo ni?? Depa cakap depa nak tengok hantu, nak rasa suasana macam mana kena rasuk syok ka tak syok.. Aku cuma cakap jangan dok buat benda bodo ni dah sebab nyusahkan orang ja bila jadi camni. Satu lagi kes kat asrama aku ni yang mana student2 bodo yang ngaku kononnya depa ni pengikut black metal yang hardcore buat satu spiritual worship. Alasan depa buat camtu sebab depa nak rasa sendiri semangat black metal yang kononnya boleh buat depa jadi hebat.. Suma tu bodo!! Depa tak sedar bila depa dok puja setan tu setan tu jadi syok.. Aku pun dulu sorang musician and aku layan suma muzik keras tapi tak dak la sampai taksub camtu. Music is music and jangan campurkan muzik ngan kepercayaan sebab boleh jatuh syirik.

Ni la realiti remaja yang yang tak percaya ngan benda2 ghaib ni sampai depa buat macam2 tuk buktikan kewujudan benda2 ni.. Tak salah kita nak mengkaji tapi macam aku cakap tadi persediaan dari segi fizikal mental kena kuat. Nak mengkaji biarla ngan cara yang betul, jangan guna cara salah. Satu lagi kalau nak mengkaji sangat benda2 ni, jaga adab dan jangan melampaui batas.. Aku cita suma ni berdasarkan pengalaman aku. Banyak lagi pengalaman2 aku yang lagi thrill tapi aku cita sket2 dah ar.. Hahaha.. Nak tulis panjang2 baik aku buat tesis pasal benda ni tak gitu!! Hahaha...

Lani jadi trend geng2 filem buat filem pasal hantu. Aku cukup nyampah ngan filem2 yang berunsur camni. Memang motif depa buat filem ni untuk ingatkan masyarakat bahawa benda2 ghaib ni wujud, amalan atau adat orang2 melayu yang berkaitan ngan benda2 ghaib ni tapi tak payahla nak berlumba2 sangat buat filem camni. Berapa orang yang ambik iktibar ngan filem2 camni? Menakutkan orang lagi ada ar terutama ibu2 yang menakutkan anak2 dia. Contoh sorang mak ni tak bagi anak dia main time senja pastu boleh plak buat ayat " ali masuk rumah cepat hari dah nak malam ni. Nanti hantu mak limah datang ambik ali baru tau ".. Secara saikologinya budak kecik cam Ali ni dah di ajar jangan main luar rumah time senja nanti hantu mak limah datang.. Hahahahaha.. Kesian kat Ali.. Apa salahnya geng2 filem ni berlumba2 buat filem yang meningkatkan keimanan kepada Allah. Sekurang2nya nanti mak Ali akan aja Ali camni.. " Ali masuk rumah cepat hari dah nak malam. Pi mandi2 ready tuk solat jemaah ngan ayah. Nanti kalau tak solat Allah marah. Ayah ngan mak pun marah ".. So boleh nampak tak perbezaan ajaran agama kepada Ali??

Pergh.. Penat dah aku tulis. Aku mintak maaf kalau aku ada salah tulis. Aku tolong betulkan aku kalau aku ada salah tulis.. Aku tak kondem sapa2 cuma aku nak meluahkan pendapat aku ni. Aku cuma tulis apa aku rasa nak tulis.. Sekali lagi aku mintak tolong bagi aku tunjuk ajar lagi dan tegur aku kalau aku silap.. Semoga kita terus jadi manusia terbaik tuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat.. Cheers!!!!


BLURRRRR.........

Assalamualaikum...

Setiap kejadian yang berlaku dalam hidup ni merupakan nikmat ataupun ujian.. Jangan sekali-kali menyalahkan Tuhan jika di timpa ujian dan jangan sekali-kali berasa bangga, takabbur jika memperolehi nikmat Tuhan.. Semua kurniaan Tuhan di dunia ni adalah bersifat sementara dan tidak akan kekal selama lamanya..

Argh... Aku tak de modal nak tulis entry. Ni la ujian yang aku tengah hadapi sekarang.. Tulis yang ni jela dulu, nanti aku ade idea baru aku tulis panjang2.. Tu la ang, cuti ni asyik tido ja.. Padan muka aku.. Jumpak lagi kawan.. Wassalam