Sambung Entry 1st...

Assalamualaikum...

Aku nak sambung cita dari entry lepas sebab cita tu tak habis lagi walaupun aku ngan ex aku tu dah putus.. Aku direct terus malas nak intro2.. Time cuti sem bulan 5 haritu, aku balik pantai timur sebab parent aku dok kerja kat sana.. Aku balik naik bas malam tu.. Nak dijadikan cita malam tu ada orang sms aku suruh cabut paku kat belakang rumah aku. Aku ingat orang salah sent jadi aku buat bodo jela. Lagipun aku tak minat nak layan orang yang aku tak kenal.. Tak lama pastu dia hantar sms lagi suruh aku cabut paku kat belakang rumah tu ngan segera. Aku yang rasa terganggu terus kol nombor yang sms aku tu tapi orang tu tak angkat kol aku.. Aku sms dia kata dia ni salah nombor kot. Pastu dia reply siap sebut nama aku cakap dia kenal aku, tau aku tinggal katna, belajar katna.. Dia suruh aku buat ape yang dia bagitau tadi tu time tu gak. Aku cakap kat dia aku atas bas, mana ada paku nak cabut atas bas ni.. Pastu aku cakap lagi rumah aku ada banyak, rumah mana satu yang nak kena cabut paku.. Aku saja cakap camtu sebab nak saiko orang tu. Orang tu cakap rumah yang aku nak pi tu. Dia cakap bila aku sampai ja rumah, terus pi cabut paku tu sebab kalau tak cabut aku akan kena musibah teruk..

Aku cuak gak bila dengar benda ni.. Dalam pala aku, aku rasa macam ada orang nak pedajal aku ja.. Aku terus halo2 sorang kawan aku yang reti merawat orang ni. Aku mintak dia cross line, detect sapa orang yang dok suruh aku cabut paku ni. Kawan aku tu kata tengah malam nanti dia gitau. Aku pun ok ja sambil layan orang misteri tu. Dalam perbualan sms kami tu, aku tanya dia sapa, camna dia tau suma pasal aku, ada orang nak dajal aku ke??? Dia cakap nama dia tak penting, camna dia tau pasal aku pun tak penting dan tak de sape pun nak pedajal aku. Dia cakap aku kena cabut paku tu untuk selamatkan seseorang sebab aku sorang je yang boleh tolong budak yang sakit tu.. Aku dah start pening pala, serabut sebab aku benci ngan benda2 pelik ni. Aku tanye dia balik aku kenal ke budak tu dan nape aku kena tolong plak.. Pastu aku cakap kalau dia kesian sangat kat budak tu, dia tolongla sendiri buat ape sibuk kacau aku. Dia cakap aku kenal budak tu pastu dia cakap dia tak mampu tapi aku sorang je yang mampu.. Lagi tambah sakit pala aku baca ayat dia. Dah macam dalam drama plak aku rasa time tu.

Lebih kurang pukul 1 pagi camtu kawan yang aku mintak tolong tadi tu kol aku bagitau aku tak de sape pun nak dajal aku. Cuma dia cakap aku kena tolong selamatkan orang yang tengah sakit. Dia tanye aku ade berlaku benda pelik ke? Aku cakap nanti aku kol cita suma ni. Sekarang ni aku nak bagi setel dulu benda ni. Dia pun tak kata ape..

Pagi tu bila aku sampai rumah, aku tak leh tido. Aku tunggu subuh, bila dah masuk waktu aku solat.. Aku doa supaya Allah tak uji aku ngan benda yang aku tak mampu nak buat. Aku mintak gak supaya Allah lindungi aku dari kejahatan manusia, kejahatan makhluk2 yang tak nampak ni.. Bila dah cerah sket suasana kat luar rumah tu, aku terus keluar pi belakang rumah nak cari paku. Time tu mami aku baru nak sidai baju, dia tanye aku cari ape, nape tak tido? Aku cakap aku tak leh tido, saja nak ambik angin belakang rumah. Mami aku usha aku tak caye tapi aku buat bodo je. Aku sms balik orang misteri tu tanye paku yang mana satu?? Rumah aku ni banyak paku. Dia reply kata nak cari paku tu kena guna mata hati yang paling dalam baru jumpa paku tu.. Pergh.. Aku bila baca sms dia tu terus angin. Aku cakap kat dia aku dah pening pala, aku malas nak cari paku ni..Aku suruh dia cari sendiri. Dia tanye aku betul ke aku tak nak tolong budak tu? aku bagitau aku tak nak, ape nak jadi, jadi la..

Bila aku cakap camtu orang tu kata aku ni lemah, tak kuat, cepat ngaku kalah. Aku cakap memang aku tak kuat pun. Pastu dia tanye ape pegangan hidup aku? Tak takut ke sesuatu buruk jadi kat diri aku sebab aku dah terlibat ngan masalah ni.. Aku jawab aku tak takut pun sebab aku cuma bergantung kat Allah. Dengan penuh konfiden plus yakin aku cakap hidup mati aku kerana Allah.. Dia reply kata kalau tu pegangan aku, dia suruh aku jangan berubah.. Bersedia tuk terima ujian yang akan datang.. Aku cuma reply pic senyum kat dia..

Sebenarnye cita ni ada kaitan ngan ex awek aku tu. Budak yang orang tu maksudkan adalah ex aku. Aku malas nak pikir banyak dah sebab aku penat ngan suma benda2 pelik yang berlaku dalam hidup aku.. Aku tertanya2 nape benda ni jadi kat aku?? Aku ni tak warak pun, ngaji quran pun tak lancar lagi tapi dah merasa pengalaman yang memerlukan kekuatan iman, jiwa. Aku ni ibarat budak tadika yang memerlukan bimbingan cikgu untuk mengenal ABC,123.. Tapi aku tau suma ni ada hikmah supaya aku jadi manusia yang lebih baik.. Hahahaha... Hanya Allah yang tau percaturan hidup aku ni..



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

13 comments:

  1. peh!!!

    seram..

    btw

    ko kuat bro..)

  1. ada sambungan lagi rupanya citer ni, habis jumpa tak paku tu, eh eh mati kat situ je citer

  1. takkan ex ko kena rasuk lagi pastu sent sms kt ko..dasyat benor jin tu....kena kuat semangat jgn takut..bnyk kan membaca ayat kursi pas solat...kuatkan amalan seharian kita..amal kan hizib (pedinding diri guna ayat quran)..bnyk hizib leh kita kita blajar mcm hizib al autad, al iktifaq..hizib qadir al jailani..ni semua pendinding mengikut cara islam..cuba g cari kt kedai buku islam..kitab2 lama ada ajar

  1. @naim
    hahaha..aku tak kuat bro tapi aku ada keyakinan..ustaz aku cakap kita jangan takut ngan jin ni sebab dia tak leh buat pape kalau hati kita selalu ada Allah..hat ni yang aku pegang dan buat aku jadi berani..hehe

    @yatie awang
    tak jumpe kak sebab banyak sangat syarat dia sampai kena guna mata hati paling dalam..saya tak tau benda ape mata hati paling dalam tu..huhu

    @kumbang jingga
    yang sms aku tu bukan awek aku dah tapi orang misteri yang aku tak tau sape,laki ke perempuan..aku tak pandai cari kitab2 lama ni..hehe

  1. hmmm.
    "Allah telah berfirman dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya."
    that's mean kau ni mmg kuat. Allah nak tambah lagi darjat keimanan barangkali :D
    may God bless u.









    /

  1. Hmmm suka baca...

  1. buat sitiqarah yak minta petunjuk Allah cari paku tuu?? uisssh, dsyat lah cter ni, eh amani tak tahu lah, cabut ke tak paku tu?? cter ni lame mane dah?? ade anythng happen tk kat ex tu ??? perghh, banyak pulak soalan amani ek, sila jawab.. heee

  1. eja pun salah..

    *istiqarah tak

  1. @sesegar
    aku tak kuat amoy..kalau aku kuat mesti aku dah tolong.hehe..may Allah bless u gak..amin

    @wuming
    ang suka baca tapi aku tak sanggup nak berdepan keadaan camni dah..hehehe

    @azwa amani
    tak buat istiqarah pun amani.tak terpikir ape2 dah pala ni time tu.cite ni jadi time bulan mei 2011..tak taula ade jadi ape2 atau tak kat ex tu sebab tak tanye dia pun..paku tu tak tercabut lagi kot selagi tak de sape yang tolong cabut..huhu..amani cam berminat je nak rasa pengalaman ni??hehe..janganla..mintak jauh suma tu

  1. wahhhhh
    moga segala2 nya kembali baik selepas ini

  1. hurmmm.. pengalaman yang tak semua orang akan dapat kan.. semoga anda terus kuat ya aniki..

  1. @hans
    hehehe..

    @muslimah optimis
    amin...huhu

  1. untungla ada pengalaman mcm ni Allah bagi.
    ingatkan kena cabut paku kat tengkuk org td, uishh..

Post a Comment