Al Kisah......

Assalamualaikum...

Peringatan tuk korang. Entry ni panjang jadi sapa yang tak suka baca entry panjang, bek jangan baca. Nanti nyesal plak baca entry ni.. Aku nak tulis 1 cita pasal ikan. Maybe ada yang dah tau cita ni tapi aku baru tau je cita ni. Nak share cita ni buat renungan diri aku yang hina ni..

Pada 1 hari, sekor ibu ikan telah memanggil anak2 dia sebab ibu ikan ni nak sampaikan 1 wasiat penting tuk anak2 dia.. Dialog antara ibu ikan and anak2 dia lebih kurang camni..Ibu ikan " Wahai anak2 ku, arini mama nak story 1 benda kat korang. Mama harap anak2 mama yang mama sayang ni ingat betul2 apa yang mama nak cita ni". Anak2 ikan tu berkata " Ape dia mama? Cam suspen je mama ni?". Ibu ikan " Ape yang mama nak cita ni benda serius so listen carefully. Kita sebagai ikan yang hidup dalam dunia  ".. Sambil tarik nafas kejap..

Ibu ikan sambung balik " Bila kamu suma keluar cari makanan, mama nak kamu suma berhati2. Bila kamu ternampak cacing yang berbentuk U, jangan kamu makan cacing tu sebab dalam badan cacing tu, ada 1 besi yang di namakan mata kail. Mata kail ni tajam tau tak. Mata kail ni di ikat ngan tali yang kita tak nampak kewujudan dia. Tali ni plak di ikat ngan 1 kayu yang di namakan batang kail dan batang kail ni di kawal oleh sekor makhluk nama dia manusia. Kalau kamu makan cacing U tadi, kamu akan di sentap kuat2 oleh makhluk manusia tadi sehingga mata kail yang tajam tu menembusi mulut kamu. Sakit dia hanya Allah yang tau. Pastu kamu akan di tarik keluar dari dunia air ni. Bila kamu keluar dari dunia ni, kamu akan berjumpa ngan dunia lain ".

"Di dunia baru ni, kamu akan ternampak kehidupan lain yang tak sama ngan dunia kita wahai anak2 ku. Bila manusia tadi dah dapat tangkap kamu, dia akan cabut mata kail ni ngan ganas dan kamu akan di campakkan ke dalam 1 bekas yang di namakan baldi. Pastu kamu akan di bawa balik ke rumah manusia tu dan penderitaan kamu akan bertambah power, kaw2 lagi. Manusia tu akan siang kamu ngan 1 alat yang di namakan pisau. Pisau ni tajam sangat2 anak2 ku. Dengan pisau ni la perut kamu akan di belah dan suma isi perut kamu akan di buang.. Pastu badan kamu akan di hiris2, di kelar2. Ya Allah, azabnya teramatla pedih dan sakit ".

Dengan linangan airmata ibu ikan tu sambung cita " Penderitaan kamu tak habis setakat tu je wahai anak2 ku. Dengan kesakitan akibat penangan pisau tadi, sakit kamu akan bertambah power bila manusia tadi letak garam kunyit atas seluruh badan kamu yang telah di kelar2 tadi tu. Pastu kamu akan berjumpa ngan alat seksaan lain yang di namakan kuali dan minyak masak. Minyak masak ni akan di panaskan dengan menggunakan api. Selepas itu, kamu akan di masukkan ke dalam kuali tersebut dan seluruh tubuh kamu akan di goreng.. Bila isi daging kamu dah masak, seluruh tubuh kamu akan di jadikan makanan untuk manusia yang menangkap kamu tadi tu. Tamatla kisah kamu sebagai sekor ikan.. Wahai anak2 ku yang tercinta, cita ni adala cita turun temurun dari zaman tok moyang kita lagi. Oleh itu ambikla iktibar dari cita ni.."

Fuh.. Penat gile nak tulis cita ni.. Agak2 korang, anak2 ikan ni caye tak ngan cita ibu ikan ni?? Mungkin ada yang caye and ada yang tak caye. Tapi aku yakin kalau anak2 ikan ni ada 10 ekor, yang caye cita ibu dia ni cuma 2 ekor je. Yang 8 lagi akan cakap ibu diorang ni buat cita dongeng cam cita cinderella tu.. Hahahaha.. Memang bangsat punya anak.. Dahla bangsat pastu sial plak tu sebab menganjing2 ngan nasihat mak dia..

Tapi korang tau tak yang kita sebagai manusia lagi bangsat plus lahanat.. Kasar kan bahasa aku?? Aku tengah semangat ni, bek baca dulu bagi habis.. Nape aku cakap kita ni manusia yang bangsat lagi lahanat?? Jawapan dia sebab kita sama cam anak2 ikan yang tak caye and menganjing nasihat ibu ikan tadi tu. Ikan mana ada akal tapi kita ada akal. Nabi Muhammad SAW dulu dah ajar kita camne nak jadi manusia bek. Allah dah bagi Al Quran seketul kat kita untuk kita guna sebagai panduan hidup dan taat ngan suma perintah Dia. Dia dah gitau dalam Quran suma nikmat, kebaikan, pahala, ganjaran yang Dia nak bagi kat kita bila kita jadi hamba yang taat,bek. Dalam Quran gak Dia dah larang kita jangan buat benda yang Dia tak suka. Kalau kita buat gak, Dia dah janji ngan azab, seksa, sakit yang tak dapat kita bayangkan. Nabi Muhammad SAW gak dah banyak bagi ingatan kat kita dalam hadis2 dia tapi apasal kita tak ikut?? Kadang2 benda yang Allah and Nabi Muhammad SAW larang, yang tu gak kita nak buat. Jenis ni bodo sket tapi jenis yang ni lagi bodo banyak. Dahla buat benda yang di larang pastu siap boleh main2 lagi ngan benda2 camni.. Pergh.. Tak paham aku.. Nak sembang banyak2 pasal agama ni pun aku bodo lagi. Korang gunalah akal yang ada tu tuk kaitkan cita ikan ni ngan kehidupan KITA MANUSIA sekarang ni..

Sori banyak2 sebab aku tengah marah ngan diri aku ni.. Sedih woo bila ingat balik kebodohan serta kebangangan jahiliah aku dulu. Korang yang pernah ada zaman jahiliah cam aku, ambik iktibar dari cita ikan ni.. InsyaAllah kalau aku ada mud, aku nak cita sket pasal kebangangan aku dulu untuk iktibar suma. Aku tak janji la.. Fuh, lega aku dapat meluah kat sini.. Semoga kita suma selalu mendapat hidayat dan rahmat Allah.. Aminn... Biar nakal, jangan jadi sial...



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

12 comments:

  1. panjang... tapi amani baca dari awal sampai habis... errmmm, setuju tuu, amani pun pernah ada sejarah hitam dengan ibu (makcik) amani.. tapi syukur alhamdullilah, tiada yg paling indah selain daripada terima hidayah daripaNya... dengarlah nasihat ibu bapa dan org tua

  1. itulah masalahnya sekarang, anak2 sekarang susah nak dengar nasihat, kalau kita beri nasihat, kita balik yg kena, dia orang tak takut sekarang ngan orang2 tua, malah orang2 tua pulak yang sebaliknya dan sebagai manusia juga andai kita insaf dengan apa yang telah kita lakukan dulu, Alhamdulillah kerana kita masih diberi hidayah oleh-Nya

  1. namun begitu, cerita ibu ikan tidaklah sama dengan Al-Quran.. kisah dongeng org dulu-dulu sy pun kurang percaya... tp Al-Quran itu kalam Allah yg semestinya benar, maka ia berbeza dengan cerita org2 dulu (nenek moyang kita suka menambah tokok cerita kot, haha)

    Btw, pendek kot entri ni berbanding entri yg biasa aku buat.. ahaha :)

  1. @azwa amani
    betul.. Hidayah dari Allah adalah nikmat paling syok..

    @yatie awang
    sokong akak..

    @mr iq
    standard org cam aku bila tulis entry ni dah rasa panjang woo...haha

  1. @wanita2u
    wa lelaki maaa..seram weh tiba2 ajak join benda2 pompuan ni..

  1. Terbaik

    anak-anak iu bersih

    ^^

  1. lapa pulak sebut2 ikan.
    nak tunggu nampak azab kat dpn mata bru tersentap kut diorang ni -,-
    ok,tak sbr nak tunggu cite zmn dulu kamu tuuu

  1. @naim
    yup..aku setuju..

    @fa-in
    cite zaman dulu???insyaAllah kalau rajin..huhu

  1. anak2 skrg ni ramai yg dah tak berapa nak hormat ibu sendiri..apa yg ibu tegur selalu je dibantah dan dibentak..semoga kite semua terhindar dari menjadi anak yg derhaka terhadap ibu..

  1. anak2 degil tak nak percaya. citerla banyak mana sekalipun diorang buat dono(tak tahu) je..hurm.kritikal tahap icu dah diorang neh.hehe.

    citer zaman dulu aniki?xsaited nak baca ni..^^

  1. @cik sha
    amin ya rabb...

    @pengemis cinta
    lama menghilang pc?? InsyaAllah kalau ada masa..hehe

  1. okey..ini lah entry yg mula2 amani kenal aniki..wahahhaha.. :)..okey stop bace, sebab entry2 newer sume dah baca.. tq bro.. :)

Post a Comment