3 Nasihat Hamba...

Assalamualaikum......

Dalam mood raya lagi ka?? Aku raya cam besa ja, tak enjoy mana pun.. Malam tadi aku kena ceramah sket ngan dedi aku.. Tapi syok gak sekali sekala kena brain wash ni.. Baru syok, baru ada fight.. Hahaha.. Malas nak merapu. Aku nak share sket benda ni sebab aku tacing woo kena ceramah tadi..

Dedi aku tadi buka cita sejarah jadi nama, tempat, serta apa2 yang berkaitan aku tak ingat sangat sebab aku ni jahil benda2 agama ni. Cita dia camni lebih kurang. Zaman dulu di satu negeri ada sorang raja yang kaya raya. Kiranya pakej lengkap ar ngan harta banyak pastu pangkat raja lagi pastu alim gak dalam agama. Raja ni ada banyak khadam tapi ada sorang khadam dia ni walaupun dia sorang khadam tapi dia ni sorang yang sangat taat ngan perintah Allah.(nama raja and khadam tu aku tak ingat,sori banyak2).. 1 lagi kehebatan khadam ni, setiap saat dalam kesibukan kerja dia tu, 1saat pun hati dia tak pernah stop berzikir,ingat kat Allah. Time malam plak dia habiskan masa ngan sujud,bertafakur kepada Allah..

1 hari raja ni panggil khadam ni sebab raja ni hairan plus takjub ngan kehebatan khadam dia ni.. Raja ni tanya " Wahai khadam, aku nak tanya sket. Camna ang boleh selalu berzikir,ingat kat Allah time ang dok busy buat kerja?? Time malam plak time orang lain berehat, ang masih boleh bertafakur kat Allah walaupun ang penat kerja 1 hari?? Apa rahsia ang?" Jawab khadam tadi " Wahai raja ku, aku ni tak dak rahsia apa pun. Cuma aku berpegang ngan 3 benda ni.. Pertama, kita sebagai hamba jangan terlampau tamak haloba dengan kesenangan dunia sebab nabi Adam dulu dikeluarkan dari syurga kerana sifat ni. Kedua, sebagai hamba kita jangan ada sifat riak, takabbur kerana Iblis dulu dilaknat Allah sebab sifat ni. Ketiga, sebagai hamba jugak kita jangan ada sifat dengki khianat sebab dengan sifat ni la terjadinya pembunuhan pertama dalam tamadun manusia"..

Ok stop pasai cita ni sebab panjang lagi kisah hamba ngan raja ni. Aku cuma nak ambik 3 point yang si hamba tu dok cita kat raja dia.. Bila aku fikir balik cita ni sambil flashback balik kisah nabi Adam ni, aku tabik monoshock ngan nasihat si hamba ni.. Nasihat pertama, dalam syurga suma benda yang kita nak, suma ada. Benda yang tak tercapai dek akal kita kat dunia ni pun ada kat syurga. Tapi pasaipa larangan Allah kat nabi Adam supaya jangan makan buah khuldi tu jugak yang nabi Adam buat?? Ini menunjukkan bahawa kita manusia memang ada sifat tamak haloba tambah2 kita yang iman turun naik ni..

Nasihat kedua, Iblis ni dulu sebelum nabi Adam diciptakan, dia ni pangkat lagi tinggi dari malaikat sebab kehebatan dia taat kepada Allah. Tapi bila dia riak and takabbur, dia sanggup ingkar arahan Allah untuk sujud kat nabi Adam yang dia anggap makhluk yang lagi hina dari dia sebab dia dari api, nabi Adam dari tanah.. Nasihat ketiga, Qabil dan Habil ni adik beradik. Bila sifat dengki khianat dah mula merasuk dalam jiwa Qabil, adik dia Habil pun sanggup dia bunuh.(ampa suma pun tau cita ni,malas nak tulis panjang2)

3 nasihat si hamba yang diceramahkan oleh dedi aku kat aku tadi ni buat aku terfikir sat.. Adatla,manusia kena banyak fikir baru boleh jadi insan cemerlang dan terbilang.. Hahaha.. Nasihat2 ni betul2 menusuk jiwa aku.. Aku harap aku boleh praktikkan apa yang aku dapat ni. Betul cakap orang berfalsafah, ILMU PELITA HIDUP.. Kalau aku tak kena ceramah tadi, tobat lahum aku tak ingat ngan benda2 yang boleh merosakkan jiwa ni. Ilmu agama yang aku baru nak merangkak balik ni pun takkan upgrade2..Toce2 dedi sebab ceramah aku tadi.. Dedi aku memang syok woo..Ampa yang baca apa yang aku tulis ni harap2 boleh join aku jadi insan cemerlang terbilang.. Peace!!



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

7 comments:

  1. Subbna Allah....

    ^^

  1. alhamdulilah, terima kasih kpd dedi anda sbb mahu berkongsi cerita :)

  1. @naim
    bro,kalau aku ada salah fakta ang jangan kedekut ilmu tegoq aku

    @asnizaziz
    kadang2 kita kena kembali kepada sejarah tuk baiki sahsiah diri kita kan..kalau ada cita syok,jangan lupa share n0o..

  1. good boy :D
    kau ni utara punya orang ke? berloghat bagai.

  1. 1st time dgr kisah pasal raja & khadam tu. siapa ye? tak pa la tak ingat, at least sy hadam lebih clear xplanation nya. :)

  1. @sesegar
    aku kacuk utara timur..tapi aku boleh paham suma loghat malaysia ni sebab aku hidup merantau..

    @fa-in
    sori sangat2 tak ingat nama raja & khadam tu

  1. terbaikla aniki.thanks.peringatan berguna buat pc..;)

Post a Comment