Dilema Palaestin????


Assalamalaikum...

Kepada Naim, ni lagu yang aku buat.. Ang tak payah peduli ngan kesumbangan nyanyian aku.. Hahaha.. Aku cuma nak sampaikan mesej yang ada dalam lagu ni.. Lagu ni aku bukan setakat nak tuju kat sedara kita kat Palestin ja tapi kat suma sedara kita kat atas bumi ni yang hidup dalam tekanan, seksaan  hari2.. Kita hidup kat negara yang tak dak perang, boleh kata makan kenyang setiap hari, hidup bebas nak buatpa pun tapi kita tak ambik peduli pun ngan susah payah sedara2 kita kat luar sana.. Aku boleh bet berapa orang ja kat negara kita ni yang bersyukur ngan keamanan yang ada dalam negara kita ni.. Aku pun berani bet berapa orang ja yang muhasabah diri setiap hari, pikir dosa pahala yang kita buat sepanjang hari.. Aku tak kata kat sapa2, aku pun dua kali lima ja.. Hehehe..


Jadi aku nak ajak ampa suma pikir cam aku pikir.. Adakah nikmat yang kita ada lani akan kekal?? Adakah kita nak negara kita yang kita sayang ni jadi haru biru cam negara sedara2 kita kat luaq sana tu?? Jawapan ada dalam diri masing2.. Semoga Allah tak turunkan bala camtu kat kita.. Amin...



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

20 comments:

  1. Melody macam best jer... Tapi suara kurang jelas laaa Bro... Letak laa lirik skali Bro...


    Terbaekk......

  1. Terima Kasih bro.. nanti aku upload kat utube aku..^_^

    bah lirik cikit.. :))

  1. @wuming
    tak jelas ke suara aku??sorila bro..aku dah lama cuci tangan buat lagu ni..hahaha..ni lirik dia..

    kemusnahan berlaku di sana sini,
    hidup aman tidak dapat dinikmati,
    ketakutan menyelubungi diri,
    kebahagiaan hanya tinggal mimpi,
    airmata..mengiringi..keperitan hidup ditangisi..
    c/o rintihan mereka tiada siapa peduli,
    sengsaranya mereka..
    di manakah letaknya nilai kemanusiaan,
    makhluk yang bernama insan..
    dunia hanya menjadi boneka,
    janji2 semuanya tipu saja,
    demi menjaga kentingan diri,
    yang lemah terus ditindas...
    airmata..mengiringi..keperitan hidup ditangisi,
    dengarlah oh wahai semua teman,
    rintihan suara saudara kita di sana,
    marilah kita semua bersatu,
    membuat mereka tersenyum selalu (gembira)

  1. @naim
    aku dah letak lirik dalam komen ni..

  1. wahh ada bakat lah!!

  1. @fa-in
    bakat??tak der bakat pun.saje hentam2 nak test power..hoho

  1. wow... sedap2... kaki goyang2 sambil nyanyi..huhuhu

  1. Terima kasih bro.. :-)

  1. @azwa amani
    kaki goyang sebab reflek ikut tiun..hahaha

    @naim
    welcome..tadak hal la..hehe

  1. bagi kat naim je, mana aci...
    kakak suka lirik dia
    tapi awat nampak kaki je yang bergoyang, mulut tak nampak hahahah

  1. @yatie awang
    kaki tu menyampaikan luahan mulut..hohoho

  1. sama2 lah kt berdoa agar saudara kt di Palestine mendapat kemerdekaan dan bebas dari cengkaman rejim zionis..

    ~kt mmg kne selalu muhasabah diri dan bersyukur ats segala nikmat kurian dari Nya setiap hari..

  1. @terbang bersamaku
    sokong...

  1. terima kasih kerana membuat lagu seumpama ini, teruskan berkarya :)

  1. ades.terkilan tenet slow tak dapat dengar aniki nyanyi..mesti best kan..^^

  1. nice2... but kalo suare lg jelas msti best..

  1. @asniza aziz
    ni sampingan je,bukan serius pun..huhu

    @pengemis cinta
    xbest pon...baik jangan dengar..haha

    @soly solicious
    kamera handset memang x jelas..hoho

  1. Terbaeekkk...TQ

  1. ist dengaq macam meremang bulu roma.. bagus.. teruskan usaha aniki.. btw semua entry dalam blog ni dah baca.. dan tertanya2 aniki?? aniki memang nama dalam ic ke??

  1. @muslimah optimis
    ANIKI adalah nama tipu ja..nama dalam ic lain..hehe

Post a Comment