Assalamualaikum..
Aku mulakan intro ngan salam dan berharap semoga apa yang aku tulis ni menjadi satu yang bermanfaat untuk diri aku dan juga orang lain.. Pergh,aku dah pandai bersastera sekarang ni.. Hahaha.. Sekarang ni aku agak sibuk sebab aku nak exam hujung bulan ni. Tak sabar nak exam sebab pas exam boleh cuti..Haha.. Dah cukup aku merapu.. Satgi panjang cita plak..
" Menangislah Bila Harus Menangis Kerna Kita Semua Manusia.. Manusia Bisa Terluka Manusia Pasti Menangis Dan Manusia Pun Bisa Mengambil Hikmah ". Ni adalah salah satu rangkap lirik dari lagu Air Mata kumpulan Dewa. Sapa yang pernah dengar full lagu ni mesti akan jadikan lagu ni sebagai lagu tido sebab terlampau slow. Hahaha.. Aku bukan nak cita pasal lagu malam ni tapi nak cita pasal air mata. Aku ada sorang kawan. Muka agak ganas la sebab dulu kami sama2 memperjuangkan lagu dan muzik kami yang agak keras. Dah nama main muzik keras, takkan muka nak jiwang plak kan?? Jatuhla standard. Tapi rupa2nya dalam diam kawan aku ni minat kat sorang awek. Awek ni plak salah sorang peminat kami yang hardcore sebab setiap kali kami main kat gigs, mesti muka awek ni ada kat depan2 stage. Nak di jadikan cita satu hari time kami training untuk satu gigs, kawan aku ni tak fokus, selalu silap. Dia drummer band aku. Pastu aku tanyala dia apa masalah dia ni sebab gigs dah dekat pastu nak main lagu baru plak. Jangan ada mistake time show sebab nanti malu la. Dahla crowd tengah ramai.. Tiba2 kawan aku ni nangis depan kami semua..
Kami yang dok situ terkejut ar sebab dia ni antara manusia yang keras hati tiba2 boleh nangis plak. Korang tau apa jawapan dia?? Dia kena reject ngan awek yang selalu ada time kami gigs tu. Pergh..dasyat giler kuasa cinta sampai boleh menangiskan orang yang rock. Haha.. Ni salah satu kenangan aku dulu2.. Sekarang ni pun ramai yang perangai cam kawan aku ni kan?? Tambah2 orang perempuan. Memang kuat nangis kalau berkaitan ngan cinta. Apala yang hebat sangat dengan lelaki ni sampai perempuan suka menangis bila ada masalah ngan pakwe diorang. Sampai sekarang aku tak paham.. Lelaki pun sama gak. Ada gak yang menangis bila putus ngan awek. Aku jarang dengar orang nangis sebab rindu ngan mak ayah. Ada tu ada tapi sangat sikit kalau nak compare ngan orang nangis sebab cinta manusia. Macam lirik lagu dewa tadi " Manusia Bisa Terluka Manusia Pasti Menangis "..
Tapi apa yang aku nak tulis kat sini, berapa ramai orang yang menangis bila ingat kat Allah, bila ingat dosa2 yang pernah kita buat sampai kita rasa takut nak menghadapi mati?? Aku tak cakap kosong derr.. Aku ngaku aku takut mati sebab aku tau aku banyak dosa, aku tak banyak amalan untuk aku jumpa ngan Allah. Aku takut bila aku mati, aku jumpa Allah dalam keadaan kosong pastu aku kena seksa.. Waa.. Serius aku takut beb.. Aku tak cakap aku dah baik sekarang cuma aku nak korang sama2 pikir dan rasa apa yang aku rasa. Aku bila dengar ada berita kematian, automatik hati aku jadi tak sedap. Aku cakap ngan diri aku, masa orang tu dah sampai, aku bila?? Aku dah ready ke? Ni adalah satu perasaan yang aku rasa bila aku dengar ada orang mati..
Jadi apa kata kita gunakan air mata kita ni sebagai satu medium untuk kita menghayati kehidupan duniawi yang sementara ni dan kita guna gak air mata ni untuk kita hayati adakah kita bahagia di akhirat nanti ataupun sengsara yang akan kita rasai.. Aku tiba2 teringin nak berpantun cam kak yatie awang.. Akak, saya jual pantun ni.. Kalau berani beli la.. Hahaha
Goreng gitar sampai tak cukup jari,
Ketuk dram sampai pala pusing sana sini,
Tak payahla nak menangis sebab dunia yang sementara ni,
Kan baguih kalau menangis sebab takut Ilahi
Aku akhiri kalam ngan selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.. Mudah-mudahan kita jadi hamba yang soleh dan solehah dalam mencari kebahgiaan yang hakiki.. Amin
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer
22 October 2011 at 04:17
entah apalah hebat sangat orang lelaki ni hehehe...
akak pun cam niki juga, takut sangat dengan kematian kerana amalan belum cukup sempurna
main pantun2 pulak
main gitar sampai lupa diri,
ketuk dram tak ingat ke hari,
memang tak payah menangis tuk dunia ini,
menangislah tuk akhirat nanti.
dari kecik sentiasa didik,
besaq kepala bila dewasa,
memang payah menangis untuk ibubapa dik,
kalau untuk kekasih sanggup berkorban nyawa.