Air Mata..

Assalamualaikum..

Aku mulakan intro ngan salam dan berharap semoga apa yang aku tulis ni menjadi satu yang bermanfaat untuk diri aku dan juga orang lain.. Pergh,aku dah pandai bersastera sekarang ni.. Hahaha.. Sekarang ni aku agak sibuk sebab aku nak exam hujung bulan ni. Tak sabar nak exam sebab pas exam boleh cuti..Haha.. Dah cukup aku merapu.. Satgi panjang cita plak..


" Menangislah Bila Harus Menangis Kerna Kita Semua Manusia.. Manusia Bisa Terluka Manusia Pasti Menangis Dan Manusia Pun Bisa Mengambil Hikmah ". Ni adalah salah satu rangkap lirik dari lagu Air Mata kumpulan Dewa. Sapa yang pernah dengar full lagu ni mesti akan jadikan lagu ni sebagai lagu tido sebab terlampau slow. Hahaha.. Aku bukan nak cita pasal lagu malam ni tapi nak cita pasal air mata. Aku ada sorang kawan. Muka agak ganas la sebab dulu kami sama2 memperjuangkan lagu dan muzik kami yang agak keras. Dah nama main muzik keras, takkan muka nak jiwang plak kan?? Jatuhla standard. Tapi rupa2nya dalam diam kawan aku ni minat kat sorang awek. Awek ni plak salah sorang peminat kami yang hardcore sebab setiap kali kami main kat gigs, mesti muka awek ni ada kat depan2 stage. Nak di jadikan cita satu hari time kami training untuk satu gigs, kawan aku ni tak fokus, selalu silap. Dia drummer band aku. Pastu aku tanyala dia apa masalah dia ni sebab gigs dah dekat  pastu nak main lagu baru plak. Jangan ada mistake time show sebab nanti malu la. Dahla crowd tengah ramai.. Tiba2 kawan aku ni nangis depan kami semua..

Kami yang dok situ terkejut ar sebab dia ni antara manusia yang keras hati tiba2 boleh nangis plak. Korang tau apa jawapan dia?? Dia kena reject ngan awek yang selalu ada time kami gigs tu. Pergh..dasyat giler kuasa cinta sampai boleh menangiskan orang yang rock. Haha.. Ni salah satu kenangan aku dulu2.. Sekarang ni pun ramai yang perangai cam kawan aku ni kan?? Tambah2 orang perempuan. Memang kuat nangis kalau berkaitan ngan cinta. Apala yang hebat sangat dengan lelaki ni sampai perempuan suka menangis bila ada masalah ngan pakwe diorang. Sampai sekarang aku tak paham.. Lelaki pun sama gak. Ada gak yang menangis bila putus ngan awek. Aku jarang dengar orang nangis sebab rindu ngan mak ayah. Ada tu ada tapi sangat sikit kalau nak compare ngan orang nangis sebab cinta manusia. Macam lirik lagu dewa tadi " Manusia Bisa Terluka Manusia Pasti Menangis "..

Tapi apa yang aku nak tulis kat sini, berapa ramai orang yang menangis bila ingat kat Allah, bila ingat dosa2 yang pernah kita buat sampai kita rasa takut  nak menghadapi mati?? Aku tak cakap kosong derr.. Aku ngaku aku takut mati sebab aku tau aku banyak dosa, aku tak banyak amalan untuk aku jumpa ngan Allah. Aku takut bila aku mati, aku jumpa Allah dalam keadaan kosong pastu aku kena seksa.. Waa.. Serius aku takut beb.. Aku tak cakap aku dah baik sekarang cuma aku nak korang sama2 pikir dan rasa apa yang aku rasa. Aku bila dengar ada berita kematian, automatik hati aku jadi tak sedap. Aku cakap ngan diri aku, masa orang tu dah sampai, aku bila?? Aku dah ready ke? Ni adalah satu perasaan yang aku rasa bila aku dengar ada orang mati..

Jadi apa kata kita gunakan air mata kita ni sebagai satu medium untuk kita menghayati kehidupan duniawi yang sementara ni dan kita guna gak air mata ni untuk kita hayati adakah kita bahagia di akhirat nanti ataupun sengsara yang akan kita rasai.. Aku tiba2 teringin nak berpantun cam kak yatie awang.. Akak, saya jual pantun ni.. Kalau berani beli la.. Hahaha

Goreng gitar sampai tak cukup jari,
Ketuk dram sampai pala pusing sana sini,
Tak payahla nak menangis sebab dunia yang sementara ni,
Kan baguih kalau menangis sebab takut Ilahi

Aku akhiri kalam ngan selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.. Mudah-mudahan kita jadi hamba yang soleh dan solehah dalam mencari kebahgiaan yang hakiki.. Amin



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

8 comments:

  1. entah apalah hebat sangat orang lelaki ni hehehe...

    akak pun cam niki juga, takut sangat dengan kematian kerana amalan belum cukup sempurna

    main pantun2 pulak

    main gitar sampai lupa diri,
    ketuk dram tak ingat ke hari,
    memang tak payah menangis tuk dunia ini,
    menangislah tuk akhirat nanti.

    dari kecik sentiasa didik,
    besaq kepala bila dewasa,
    memang payah menangis untuk ibubapa dik,
    kalau untuk kekasih sanggup berkorban nyawa.

  1. Masya Allah

    kekadang air mata terus menitis seharian
    terkenang sang tercinta
    sehingga terabaik kepada yang mencipta

    mencari abadi cinta
    terus mengharap cinta daripada sang manusia
    sehingga tersungkuq.

    ----------------
    bro. ang pernah teriak tak?

    Pandai ang berpantun. ang budak sastera kan..

    pantun ang terbaik la.. :)

  1. as-salam

    first, amani suka entry ni..like banyak banyak banyak banyakkkkk..
    second, amani like entry and ending entry ini... ..rasa tenang bila menulis dan berharap agar Allah berikan kesedaran pada kita dan org lain kan..saham tu.....
    third, mati itu pasti, Nabi yg mulia itu pun merasakan mati itu sakit, apatah lagi kita ayg banyak sangat dosa dalam sehari, bukan seumur hidup, dalam sehari dah banyak dosa...agaknya mcm mana lah mati kita...
    keempat, memang sukar untuk menangis kepada ibu bapa, tapi bila kita tahu yg ibu bapa kita tu dah takde didunia, pasti kita mudah menangis mengingati mereka, hargailah ibu bapa bapa..
    kelima, berkasih kepada berlawanan jantina itu fitrah, tapi dahulukan Allah dalam semua perkara dunia..insyaAllah, hidup pasti lebih bahagia...
    keenam, ambillah dunia dan akhrat, tapi dunia jgn diletakkan di hati, kerana org yg mencintai dunia tempatnya di neraka
    ketujuh , good luck exam bro....semoga Allah memberikan kejayaan kepada kamu...
    kelapan, nak nyanyi skit kat sini..lalalalalalalaalalalal!~~~

    okey bye...huhu

  1. Mudah-mudahan kita jadi hamba yang soleh dan solehah dalam mencari kebahgiaan yang hakiki.. Amin.

    nice sharing aniki.pc pun takut mati dulu sebab terlalu banyak dosa yang belum ditaubatkan.astaghfirullah. terlalu banyak airmata yang ditumpahkan sia2 selama ni. thanks aniki. sama2 muhasabah diri dan dalam masa yang sama cuba heret orang lain sama dalam mengejar kebaikan ek.insyaAllah.

    wah. dah pandai berpantun now.hebat!;)

  1. @yatie awang
    orang lelaki dan perempuan masing2 ada kehebatan sendiri..ala,dah tak dak modal nak berpantun.tak pa2 lain kali kita repeat noh..haha

    @naim
    aku ngaku bro aku pernah teriak..tapi aku teriak time aku rasa seram bila ingat balik dunia gelap aku dulu..hahaha..bro,aku bukan budak sastera dan aku tak pandai pantun2 ni..suma tu spontan.apa yang aku ngaji kat kolej lani tak sama ngan apa yang aku pandai.tapi yang baguih dia bila aku ngaji bidang yang aku tak pandai ni aku jadi pandai sket2 dan benda yang aku pandai tu aku jadi lagi pandai..hahaha..pening pala aku tulis ayat ni

  1. @azwa amani
    1st toce2 sebab like entry yang tak syok ni..
    2nd wa sentiasa inginkan perubahan yang baik dalam hidup wa
    3rd setuju ngan statement amani ni sebab wa sangat2 takut nak mati
    4th wa tak pernah rasa kehilangan parent lagi tapi kalau di takdirkan wa merasa,wa nak jadi kuat cam rabiatul adawiyah,wa nak jadi anak yang selalu doakan diorang sebab wa sayang diorang sangat2..
    5th wa setuju berkasih pada yang berlawanan jantina adalah fitrah sebab naluri manusia sentiasa ingin menyayangi dan di sayangi..
    6th bekerjala kamu seolah2 kamu hidup selama2nya dan beribadatla kamu seolah2 kamu akan mati esok..dunia dan akhirat perlu seiring.cam dalam doa yang kita selalu baca rabbana atina fid dunnia hasanah wa fil akhirati hasanah wa qina 'azabannar..
    7th toce2 amani.semoga Allah bagi kejayaan kat kita semua di dunia dan akhirat
    8th lagu amani tak de melodi pun??hahaha

    @pengemis cinta
    tak pandai pantun pun.hentam je tu.hoho..sama2 kita musabah diri dan berubah menjadi yang terbaik..lama PC hilang..

  1. aniki : alhamdullilah...

    biaq pi lah nyanyi xdak melodi pun..huhu

  1. @azwa amani
    alamak..malam ni baru dapat dengaq melodi lagu amani tu..manyak syok woo...hahaha

Post a Comment