Bangun!!!!!

Assalamualaikum..

Aku pernah rasa kehilangan hidup aku sebab aku pernah hidup dalam kegelapan. Walaupun dulu kehidupan gelap tu aku rasa paling best tapi sekarang hidup yang gelap tu adalah neraka bagi aku. Sekarang time aku baru nak merasa kemanisan hidup, aku nak belajar tentang hidup di landasan yang lurus, kenapa ada pembimbing yang cepat give up bila di landa ujian yang cokia?? Aku memang belajar dari banyak sumber dan tak kisah kalau setakat 3, 4 orang ni tak der tapi aku dah terbiasa ngan cara penyampaian diorang yang mudah aku paham..

Come on la kawan, jangan mudah putus asa. Setakat kena kutuk, kena kondem ngan orang lain, tu perkara biasa derr.. Selagi kita buat benda baik, persetankan manusia2 yang bertopengkan setan tu sebab diorang tu tak pandai. Aku sedih bila ada kawan2 aku yang nampak kuat tapi lemah emosi dan moral. Kita kalau nak bercakap bab perjuangan tapi kalau kita lemah, baik jangan cakap sebab nanti orang akan drop kita sebab orang nampak kita lemah. Kita memang tak sempurna dan ada banyak kelemahan. Hakikat ni memang aku tak nafikan tapi kita boleh cover kelemahan kita tu dengan kelebihan yang kita ada tul tak??

Aku tak nak cakap benda ni guna dalil2 Quran dan hadis sebab aku tak pandai semua tu. Korang yang lebih pandai dari aku mesti lagi tau dan paham ape yang aku nak sampaikan ni. Dedi aku selalu cakap kat aku sebagai motivasi untuk aku. Orang yang cerdik pandai bukanla orang yang bijak ilmu je tapi dia mestila seorang yang bijak emosi gak. Kalau setakat bijak ilmu tapi tak bijak emosi, dia takkan dapat gunakan ilmu dia tu untuk kebaikan dia dan orang lain. Kalau bijak emosi tapi tak der ilmu lagi la tak guna sebab camne dia nak jadi contoh, bagi manfaat kat orang lain kalau dia sendiri tak pandai, tak berkepimpinan.. Seorang yang hebat adalah orang yang bijak ilmu dan bijak emosi kerana dengan ilmu dia boleh menjadi contoh dan menjadikan diri dia dan orang lain terbaik. Bila bijak emosi, dia takkan mudah melatah, jatuh, tersasul bila ujian melanda.

Kawan, kalau ko baca entry ni aku harap ko boleh gunakan akal fikiran ko yang hebat tu untuk ko bangun semula. Aku suka dengan ilmu yang ko sampaikan kepada umum tapi aku tak suka kalau ko cepat surrender sebab ko hebat kawan. Jangan sia2kan kehebatan ko tu sebab ada orang lemah yang nak jadi hebat macam ko termasuk aku. Cukupla aku dah hilang sorang kawan yang hebat, jangan ko plak menghilang. Kawan2 lain, korang pun hebat gak dan aku pun nak jadi hebat cam korang.. Tolong terus sebarkan ilmu sebab masih ramai yang dahagakan ilmu macam aku...

Entry ni macam aku tujukan untuk seseorang dan yes memang aku tujukan untuk DIA.. Tapi aku tujukan kat yang lain2 gak sebab aku tak nak korang merasa ' Kehidupan Gelap ' yang pernah aku rasa.. Aku harap korang bersemangat dan kuat dalam membuat kebaikan. Pedulikan kata2 bodo dari orang2 yang bodo sebab kita tak buat benda bodo.. Keep the faith guys.. Cheers!!



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

19 comments:

  1. waha. betul2 niki. IQ (intelligence quotient) dan EQ (Emotional Quotient) mesti seimbang. insyallah hebat. sebenarnya kau yang kuat mengikut naluri perubahan dan tergolong dari golongan yang sedikit(menuju cinta Allah) ini juga adalah sangat hebat!
    istiqomah,doakan gua juga istiqomah.hee :)

  1. dalam diri buka ilmu saja yg diperlukan, tapi motivasi diri, kalau kita punya motivasi yg kuat, pasti kita tak akan cepat melatah kalau sesuatu dugaan yang datang

  1. jgn biarkan emosi membelenggu diri anda :)

  1. Layan lagu ACAB... :)

    Tq bro.. entry semangat!!

    u my fren.~

  1. amani terasa...tq.. :) rasa nak nagis pulak bace entry yg bersemangat waja ni...cumanyakan aniki, terkdg tu, kita bila dah ditimpa terllau banyak ujian, terkdang rasa tak tertanggung, time tu lah emosi mula down, tapi syukurlah ada kawan2 mcm awk ni...baik, best, bersemnagt, dan bijak...tq tauu..amani dah bangunnnnnnn... nak bangunnnn lagi..huhu

  1. ya! aku pun pernah melalui zaman kegelapan..

    dan aku xnk org lain pun turut tersasar mcm aku..

    yg sudah u sudah la..

    dont judge me by my past..

  1. @sesegar
    aku selalu doakan kawan2 aku jadi yang terbaik...amin

    @yatie awang
    kita satu kepala kak..haha

    @soly solicious
    hahaha..

  1. @naim
    aku cuma nak tolong kawan2 bro sebab aku tengok ramai kawan2 aku down..aku pun tak tau apa aku tulis..hahaha

    @azwa amani
    memang kadang2 bila ujian tu terlalu banyak sampai kita tak tahan dan kita rasa down.time kita down tu ape kata kita relax,jangan buat muka masam,ambik masa 5minit je untuk cas diri kita..kita senyum, cakap kat diri Allah ada ngan aku dan berserah segalanya kat Dia.selagi mana kita percaya Dia,selagi tu kita kuat..tryla ek..hehehe

    @solihin zubir
    aku sokong ape ko tulis bro.sekarang pun ramai orang yang kondem aku tapi aku bila orang buat aku camtu,aku lagi suka.aku suka guna kaedah reverse saikologi.tak payah cakap ape2,tak payah pukul2 tapi diorang automatik akan rasa cam kena belasah..hahaha

  1. wa setuju dgn lu bro...toche2... huhu

  1. @azwa amani
    pergh..sejak bila amani jadi ranggi ni??woohoo..tak sesuai la amani ranggi2..hahaha

  1. ^_^

    Bro.. jom layan ACAB

    ^^

    Minat tak ACAB?

  1. xdela...saja je..tau dah x sesuai... :P

  1. @naim
    bro,acab adalah salah satu band yang aku minat.lagu2 dia memang power.ang pandai main dram tak??aku nak ajak jamming.saja lepas tensen..kita boleh main lagu acab..hahaha

    @azwa amani
    sekali sekala ok gak kalau amani ranggi..haha

  1. Betul tuu... orang bijak pandai bukan berilmu dan berpengetahuan sahaja..


    Juga kena pandai kawal Emosi...

  1. @wuming
    hahaha......

  1. lama menyepi...sibuk ke???

  1. @azwa amani
    minggu lusa final dah..tu yang menyepi.tapi saya still bw blog2 yang lain..hehehe

  1. best! thanks aniki. the best entri ever.hehe. pc SUKA. LIKE! Teruskan berkarya. dan selamat maju jaya dalam exam . da dekat kan...;)

  1. @pengemis cinta
    toce2 PC...

Post a Comment