Assalamualaikum..
Aku rasa rajin nak menulis malam ni sebab aku dah rasa lega, merdeka.. Aku dah habis test, esemen dah setel semua.. Hahaha.. Barula aku rasa lega pala otak, boleh skip kelas minggu ni.. Yes, ang memang best student..huhu.. Malam ni aku ada cita lagi tapi cita ni agak tragik ar bagi aku.. Meh nak cita sket..
Lebih kurang kul1230 am tadi aku ngan kawan aku pi lepak kat kedai beger kat depan rumah aku ni sebab perut mintak isi. Besala tengah malam memang lapar je. Disebabkan aku dah merdeka malam ni boleh la enjoy sket.. Nak jadi cita, time syok2 makan beger sambil layan movie kat kedai tu tiba2 aku nampak sorang budak kecik ni. Aku bajet umo dia lebih kurang 3,4taun camtula. Aku tengok dia jalan sorang2 pi kat bro yang jual beger tu sambil order beger. Pastu dia dok atas kerusi sambil tunggu beger dia. Aku cakap sorang2 dalam hati berani gile budak ni keluar sorang2. Dahla tengah malam plak tu. Tapi yang aku rasa lagi pelik sebab budak tu sindrom.. Aku pikir dalam hati takkan parent budak ni bagi budak ni keluar malam sorang2 pi beli beger dalam keadaan dia yang sindrom tu?? Aku biarkan persoalan ni tanpa pikirkan jawapan dia..
Tiba2 kawan aku ni cakap kat aku yang dia kesian tengok budak tu.. Aku ingatkan dia tak perasan rupa2nya kawan aku ni pun perasan gak. Kami cuma boleh kesian je kat budak tu. Tak lama pastu beger budak tu siap. Bro yang jual beger tu bagi beger kat budak tu pastu budak ni bagi duit RM2 je.. Harga beger besa RM2.50 bermakna duit budak tu tak cukup. Nasib baik bro beger ni pun bagus kira sedekah je kat budak tu. Aku ngan kawan aku terus usha budak tu jalan balik. Tiba2 aku nampak budak tu masuk dalam kereta yang parking kat tempat gelap agak jauh sket ngan kedai beger tu. Aku nampak dalam kereta tu ada mak, bapak, abang, akak budak tu. Serta merta darah aku menyirap.. Weh.. Aku ingatkan dalam drama je ada babak ni tapi rupanya dalam real live ada sungguh babak ni. Sampainye hati parent budak tu suruh budak tu beli beger sorang2. Dahla budak tu sindrom beb. Kalau ye pun ape salahnye mak bapak budak tu suruh abang dia ke, akak dia ke yang beli beger tu.. Kalau malas sangat, bapak budak tu parking la kereta dekat ngan kedai beger tu. Ni suruh budak sindrom tu jalan sorang2.. Adoi yai.. Akal aku tak dapat mencerna perangai manusia camni..
Aku ngan kawan aku siap maki2 lagi family budak tu.. Adakah sebab budak tu sindrom pastu dia di buli oleh family sendiri? Takkan tak de perasaan kesian kat anak yang lapar beger pastu suruh dia pi beli sorang2?? Kalau mak atau bapak dia temankan ke ok gak. Tak pun abang atau akak budak tu ke yang temankan budak tu beli beger? Aku ni anak sulung beb. Kalau adik2 aku lapar tengah malam, aku sanggup keluar pi beli makanan walaupun sebelum aku keluar aku marah2 dulu adik2 aku tu. Alasan aku ialah sebab aku sayang adik2 aku and aku takkan bagi adik2 aku terdedah ngan bahaya. Jahat2 aku, aku tetap ada perasaan kasih sayang. Tapi ape yang jadi kat parent budak sindrom tu? Aku yang tengok ni pun rasa kesian tengok muka suci budak tu..
Kesimpulan yang aku boleh buat ialah sindrom budak tu adalah punca budak tu di perlakukan camtu. Aku cuba bersangka baik tapi realiti depan mata aku menafikan sangkaan baik aku tu.. Budak tu tak mintak pun di lahirkan camtu. Nape tak leh terima ketentuan Allah? Nape tak leh bagi kasih sayang yang lebih kat budak sindrom tu? Paling penting nape tak bersyukur ngan ape yang Allah bagi? Budak tu memang sindrom tapi setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing2. Mana tau budak tu kelemahan dia sindrom tapi kelebihan dia lagi power dari kelemahan dia tu.. Manusia zaman sekarang macam2 perangai.. Satu pengajaran yang berguna untuk aku yang sempurna sifat ni.. Andai kata aku dah kawin nanti pastu Allah bagi aku anak istimewa camni, InsyaAllah aku akan jaga, didik anak istimewa aku ni betul2. Aku akan sokong dia sampai dia berjaya. Ni azam aku sebab aku tak nak anak istimewa aku hilang moral, hilang pedoman.. Kalau korang ada adik beradik ke, sedara mara camni, sayangla diorang elok2.. Bagi sokongan moral kaw2 kat diorang ni.. Ada sorang blogger yang aku jadi reader dia hari2, dia ada adik yang istimewa camni dan dia jadi contoh yang baik sebab jaga adik dia ni betul2. Aku salute dia sangat2. Hehehe... Korang pun aku salute gak, jangan risaula sebab aku ni fair and square.. Hahaha.. Harapan aku semoga kita selalu jadi yang terbaik.. Peace!!
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer
10 October 2011 at 08:09
Ya Allah, itulahkan realiti kehidupan, tapi memang salah cara begitu, bagaimana pun sifat anak, kita kena terima seadanya, kerana itu pemberian dari Tuhan, mungkin untuk menguji sejauh mana kita bersyukur