Maaf Semua...

Assalamualaikum...

Selamat malam aku ucapkan kepada semua kawan2 yang baca blog aku walaupun korang baca time siang, aku tetap tulis selamat malam.. Hahaha.. Syukur Alhamdulillah kerana kita masih di panjangkan umur untuk kita terus menikmati nikmat iman yang Allah bagi kat kita. Syukur gak kerana kita masih di beri peluang untuk memperbaiki diri kita dari keburukan kepada kebaikan. Syukur sekali lagi kerana kita masih berpeluang meningkatkan amalan kita untuk kita jadikan modal dan bekal untuk kita lepak kat dunia hakiki nanti.. Hahaha.. Macam ceramah plak aku intro..

Sebenarnye malam ni aku nak mintak maaf sangat2 kepada pembaca blog aku ni sekiranya kehadiran aku membaca dan mengomen blog korang menyebabkan korang rasa tak selesa ataupun terganggu ataupun tak suka.. Dan sekiranya apa yang aku tulis dalam blog aku ni menyebabkan korang rasa tak puas hati ngan aku, aku mintak maaf sangat2..

Korang tak payah nak rasa pelik nape aku mintak maaf. Aku saja nak mintak maaf takkan tak boleh?? Hahaha.. Tak la, sebenarnya isnin ni aku akan turun ke battle field selepas 5 bulan aku struggle kat training field. Aku tak nak rasa ketidakpuasan hati korang kat aku menyebabkan Allah menutup pintu hati aku time aku fight nanti. Aku nak hati aku tenang, suci murni sebab aku punye matlamat amat tinggi kali ni. Sekiranya tak mencapai target, aku takla fail lagi tapi aku akan frust sket ar.. Huhu.. Aku dah rasa berdebar giler2 sekarang ni padahal aku bukan tak besa pi perang..

Dah cukup, tak payah merapu.. Aku akan round the world korang punye kawasan pas aku merdeka nanti. Dengan penuh rasa rendah diri aku susun 10 jari aku ni sekali lagi aku mintak maaf sangat2 dari hujung rambut sampai hujung jari kaki aku ni kat korang semua.. Kalau korang rajin, doakan kejayaan aku.. Hah, sebelum aku lupa SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kat korang.. Waa.. Aku tak puas hati aku raya dalam exam.. Huk2.. Keep the faith guys, cheers!!!!!!

p/s Nak share doa tenang hati sket " ILAHI ANTA MAQSUDI WA RIDHAKA MATLUBI A'TINI MAHABBATAKA WA MA'RIFATAKA"



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Fighting Tokkk....

Assalamualaikum...

PANTANG PENDEKAR MENYERAH KALAH,
SEKALI MELANGKAH PASTI DI AKHIRI,
ALANG-ALANG MENYELUK PEKASAM,
BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN...


Tension study, aku merapu kat sini.. Chill doe, chill... 6 paper ja pastu ang merdeka.. Pedulikan setan2 yang menjatuhkan semangat.. Cakap nak dapat dean list, so ang kena semangat.. Cheers!!!



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Malang Tak Berbau..

Assalamualaikum..

Maha suci Allah yang sentiasa memberi ujian kepada hambaNya untuk di nilai samada hambaNya itu sabar atau tak dalam menghadapi ujian.. Aku tuju kat diri aku ayat ni sebenarnya.. Malam ni kerana sekor ular, aku excident masuk dalam kolam kat rumah pak cik aku.. Aku sedih sangat sebab dua awek aku tengah sakit sekarang akibat excident tadi.. Aku sedih campur serabut sekarang ni sebab aku terpaksa mengeluarkan kos rawatan diorang... Tapi aku kena sabar dan bertenang. Aku kena cool sebab aku tau Allah nak uji iman aku..

Cita ni camni.. Pas maghrib tadi aku nak pi rumah pakcik aku. Sekeliling rumah pakcik aku tu ada bendang. Depan rumah pakcik aku tu ada kolam yang boleh tahan luas dan dalam dia.. Nak di jadikan cita time aku nak sampai dekat pintu pagar rumah pakcik aku tu, tiba2 ada sekor ular badan dia belang2 kuning hitam melintas jalan. Aku terus terang ar aku ni penakut ngan ular. Time ular tu melintas, aku stop bagi laluan kat dia. Sebenarnya aku tak berani nak langgar dia takut dia patuk aku.. Bila aku tengok dia dah selamat cross the road, aku pun pecutla sebab aku takut dia patah balik kejar aku. Elok2 aku lalu sebelah kolam tu tiba2 tayar motor aku tergelincir sebab tanah licin petang tadi hujan lebat. Aku pun apa lagi alang2 dah tak leh control, aku terjun dalam kolam tu..

Serius aku cita beb, aku memang betul2 takut plus trauma ngan ular ni. Time aku tenggelam dalam kolam tu aku terbayang2 ada ular dalam kolam tu. Aku pun cepat2 berenang pi tebing and lari naik atas. Time lari tu baru aku teringat dalam seluar aku ada henset yang aku sayang giler.. Cepat2 aku keluarkan dia dari poket sambil cek takut dia rosak. Nasib baik dia hidup lagi tapi aku tau dia dah masuk air sebab aku memang jatuh kat tempat paling dalam kat kolam tu. Lepas aku mintak tolong pakcik dan sepupu aku selamatkan motor aku, baru aku perasan motor aku cedera parah.. Pas mandi, aku terus buka motor aku untuk selamatkan dia dari terus jem. Nasib baik semuanya selamat termasuk henset kesayangan aku tu..

Rupa2nye dalam aku dok kalut ambik berat kat dua awek aku tu, aku lupa yang aku ni pun cedera parah.. Nampak sangat aku ni sayang harta dari diri sendiri. Camna aku boleh tak perasan plus sakit betis aku luka agak dalam sampai kain pelekat yang aku pakai tu dah penuh ngan kaler merah.. Pergh.. Memang aku tak caye aku tak sakit.. Tak kisahla yang penting Alhamdulillah aku selamat dan awek2 aku tu pun selamat..

Ni adalah kali kedua aku excident sebab ular.. Kawan2 aku selalu cakap kalau ular lintas tengah jalan, langgar je jangan peduli tapi aku tak boleh beb. Dalam pala aku mesti terbayang bila aku langgar dia, dia akan patuk kaki aku.. Aku pun tak paham nape aku rasa takut ngan ular. Bukan setakat ular je tapi kalau aku nak pegang ayam pastu ayam tu cam menggelupur mesti aku lepas sebab takut dia patuk. Boleh kata aku ni tak berani nak pegang binatang termasuk kucing yang lembik tu.. Mungkin ni adalah satu nikmat yang Allah tarik dari aku sebab aku tak sayang binatang. Aku tak tau camne nak cari penawar supaya aku dah tak takut ngan binatang2 ni..

Ujian yang aku terima malam ni mungkin untuk menguji kesabaran aku. Aku ni hot temper, pantang kalau benda yang aku sayang rosak sket mesti aku marah2.. Malam ni aku boleh gelak sebab dapat buat rekod baru. Hahaha.. Walaupun esok aku terpaksa keluarkan kos yang agak besar untuk repair motor aku tu tapi aku tak marah pun. Mungkin ni la hikmah dia bila aku selalu pikir ape yang berlaku adalah pemberian dari Allah. Baik atau buruk mesti ada hikmah di sebalik kejadian yang Dia bagi kat kita.. Terima kasih ya Allah sebab bagi aku ketenangan setiap kali aku kena uji.. Terima kasih gak kat korang yang banyak tolong aku bagi kesedaran dan semangat untuk jadi yang terbaik.. Ilmu baru yang aku dapat malam ni, selalu senyum time senang atau susah sebab senyuman adalah satu terapi menenangkan diri.. Semoga Allah ampunkan dosa2 aku dan korang semua.. Amin..



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Air Mata..

Assalamualaikum..

Aku mulakan intro ngan salam dan berharap semoga apa yang aku tulis ni menjadi satu yang bermanfaat untuk diri aku dan juga orang lain.. Pergh,aku dah pandai bersastera sekarang ni.. Hahaha.. Sekarang ni aku agak sibuk sebab aku nak exam hujung bulan ni. Tak sabar nak exam sebab pas exam boleh cuti..Haha.. Dah cukup aku merapu.. Satgi panjang cita plak..


" Menangislah Bila Harus Menangis Kerna Kita Semua Manusia.. Manusia Bisa Terluka Manusia Pasti Menangis Dan Manusia Pun Bisa Mengambil Hikmah ". Ni adalah salah satu rangkap lirik dari lagu Air Mata kumpulan Dewa. Sapa yang pernah dengar full lagu ni mesti akan jadikan lagu ni sebagai lagu tido sebab terlampau slow. Hahaha.. Aku bukan nak cita pasal lagu malam ni tapi nak cita pasal air mata. Aku ada sorang kawan. Muka agak ganas la sebab dulu kami sama2 memperjuangkan lagu dan muzik kami yang agak keras. Dah nama main muzik keras, takkan muka nak jiwang plak kan?? Jatuhla standard. Tapi rupa2nya dalam diam kawan aku ni minat kat sorang awek. Awek ni plak salah sorang peminat kami yang hardcore sebab setiap kali kami main kat gigs, mesti muka awek ni ada kat depan2 stage. Nak di jadikan cita satu hari time kami training untuk satu gigs, kawan aku ni tak fokus, selalu silap. Dia drummer band aku. Pastu aku tanyala dia apa masalah dia ni sebab gigs dah dekat  pastu nak main lagu baru plak. Jangan ada mistake time show sebab nanti malu la. Dahla crowd tengah ramai.. Tiba2 kawan aku ni nangis depan kami semua..

Kami yang dok situ terkejut ar sebab dia ni antara manusia yang keras hati tiba2 boleh nangis plak. Korang tau apa jawapan dia?? Dia kena reject ngan awek yang selalu ada time kami gigs tu. Pergh..dasyat giler kuasa cinta sampai boleh menangiskan orang yang rock. Haha.. Ni salah satu kenangan aku dulu2.. Sekarang ni pun ramai yang perangai cam kawan aku ni kan?? Tambah2 orang perempuan. Memang kuat nangis kalau berkaitan ngan cinta. Apala yang hebat sangat dengan lelaki ni sampai perempuan suka menangis bila ada masalah ngan pakwe diorang. Sampai sekarang aku tak paham.. Lelaki pun sama gak. Ada gak yang menangis bila putus ngan awek. Aku jarang dengar orang nangis sebab rindu ngan mak ayah. Ada tu ada tapi sangat sikit kalau nak compare ngan orang nangis sebab cinta manusia. Macam lirik lagu dewa tadi " Manusia Bisa Terluka Manusia Pasti Menangis "..

Tapi apa yang aku nak tulis kat sini, berapa ramai orang yang menangis bila ingat kat Allah, bila ingat dosa2 yang pernah kita buat sampai kita rasa takut  nak menghadapi mati?? Aku tak cakap kosong derr.. Aku ngaku aku takut mati sebab aku tau aku banyak dosa, aku tak banyak amalan untuk aku jumpa ngan Allah. Aku takut bila aku mati, aku jumpa Allah dalam keadaan kosong pastu aku kena seksa.. Waa.. Serius aku takut beb.. Aku tak cakap aku dah baik sekarang cuma aku nak korang sama2 pikir dan rasa apa yang aku rasa. Aku bila dengar ada berita kematian, automatik hati aku jadi tak sedap. Aku cakap ngan diri aku, masa orang tu dah sampai, aku bila?? Aku dah ready ke? Ni adalah satu perasaan yang aku rasa bila aku dengar ada orang mati..

Jadi apa kata kita gunakan air mata kita ni sebagai satu medium untuk kita menghayati kehidupan duniawi yang sementara ni dan kita guna gak air mata ni untuk kita hayati adakah kita bahagia di akhirat nanti ataupun sengsara yang akan kita rasai.. Aku tiba2 teringin nak berpantun cam kak yatie awang.. Akak, saya jual pantun ni.. Kalau berani beli la.. Hahaha

Goreng gitar sampai tak cukup jari,
Ketuk dram sampai pala pusing sana sini,
Tak payahla nak menangis sebab dunia yang sementara ni,
Kan baguih kalau menangis sebab takut Ilahi

Aku akhiri kalam ngan selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.. Mudah-mudahan kita jadi hamba yang soleh dan solehah dalam mencari kebahgiaan yang hakiki.. Amin



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Bangun!!!!!

Assalamualaikum..

Aku pernah rasa kehilangan hidup aku sebab aku pernah hidup dalam kegelapan. Walaupun dulu kehidupan gelap tu aku rasa paling best tapi sekarang hidup yang gelap tu adalah neraka bagi aku. Sekarang time aku baru nak merasa kemanisan hidup, aku nak belajar tentang hidup di landasan yang lurus, kenapa ada pembimbing yang cepat give up bila di landa ujian yang cokia?? Aku memang belajar dari banyak sumber dan tak kisah kalau setakat 3, 4 orang ni tak der tapi aku dah terbiasa ngan cara penyampaian diorang yang mudah aku paham..

Come on la kawan, jangan mudah putus asa. Setakat kena kutuk, kena kondem ngan orang lain, tu perkara biasa derr.. Selagi kita buat benda baik, persetankan manusia2 yang bertopengkan setan tu sebab diorang tu tak pandai. Aku sedih bila ada kawan2 aku yang nampak kuat tapi lemah emosi dan moral. Kita kalau nak bercakap bab perjuangan tapi kalau kita lemah, baik jangan cakap sebab nanti orang akan drop kita sebab orang nampak kita lemah. Kita memang tak sempurna dan ada banyak kelemahan. Hakikat ni memang aku tak nafikan tapi kita boleh cover kelemahan kita tu dengan kelebihan yang kita ada tul tak??

Aku tak nak cakap benda ni guna dalil2 Quran dan hadis sebab aku tak pandai semua tu. Korang yang lebih pandai dari aku mesti lagi tau dan paham ape yang aku nak sampaikan ni. Dedi aku selalu cakap kat aku sebagai motivasi untuk aku. Orang yang cerdik pandai bukanla orang yang bijak ilmu je tapi dia mestila seorang yang bijak emosi gak. Kalau setakat bijak ilmu tapi tak bijak emosi, dia takkan dapat gunakan ilmu dia tu untuk kebaikan dia dan orang lain. Kalau bijak emosi tapi tak der ilmu lagi la tak guna sebab camne dia nak jadi contoh, bagi manfaat kat orang lain kalau dia sendiri tak pandai, tak berkepimpinan.. Seorang yang hebat adalah orang yang bijak ilmu dan bijak emosi kerana dengan ilmu dia boleh menjadi contoh dan menjadikan diri dia dan orang lain terbaik. Bila bijak emosi, dia takkan mudah melatah, jatuh, tersasul bila ujian melanda.

Kawan, kalau ko baca entry ni aku harap ko boleh gunakan akal fikiran ko yang hebat tu untuk ko bangun semula. Aku suka dengan ilmu yang ko sampaikan kepada umum tapi aku tak suka kalau ko cepat surrender sebab ko hebat kawan. Jangan sia2kan kehebatan ko tu sebab ada orang lemah yang nak jadi hebat macam ko termasuk aku. Cukupla aku dah hilang sorang kawan yang hebat, jangan ko plak menghilang. Kawan2 lain, korang pun hebat gak dan aku pun nak jadi hebat cam korang.. Tolong terus sebarkan ilmu sebab masih ramai yang dahagakan ilmu macam aku...

Entry ni macam aku tujukan untuk seseorang dan yes memang aku tujukan untuk DIA.. Tapi aku tujukan kat yang lain2 gak sebab aku tak nak korang merasa ' Kehidupan Gelap ' yang pernah aku rasa.. Aku harap korang bersemangat dan kuat dalam membuat kebaikan. Pedulikan kata2 bodo dari orang2 yang bodo sebab kita tak buat benda bodo.. Keep the faith guys.. Cheers!!



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Anak Buah aku Best..Hahaha

Assalamualaikum...

Malam ni ringkas2 je. Aku ni sebenarnye cepat teruja ngan sesuatu yang aku jarang tengok, dengar. Biasala aku ni kan baru nak tengok dunia yang cerah, terang benderang ni. Sebelum ni aku hidup dalam dunia gelap je.. Hahaha.. Camni sebenar dia. Aku ada ramai anak buah kat kampung ni. Semuanya kecik2 lagi.. Budak2 kecik ni panggil aku paklong. Bila aku balik hujung minggu camni ( kat kedah hujung minggu jumaat sabtu,bukan sabtu ahad ) aku excited bila budak2 ni menjerit " Yeye..paklong balik, paklong balik ". Hahaha.. Aku rasa cam dah tua sangat plak bila budak2 ni panggil aku camtu. Tapi korang jangan tak caye aku ni dah ade cucu woo.. Cucu tu kena panggil aku tok wan. Lagi la aku rasa aku tua. Hahaha.. Dok kat kampung, ni la antara pangkat yang aku dapat..

Tapi bukan pangkat yang aku teruja sangat sampai aku nak cite kat sini. Tadi tu intro je. Aku nak cite pasal 2 orang anak buah aku ni. Diorang ni adik beradik, yang sulung laki, kedua perempuan. Diorang ni nakal nak mampuih sampai kadang2 aku rasa cam nak bagi penyepak je. Orang kedah cakap ketegaq. Dahla ketegaq, kahaq plak pastu loklaq pun ada gak. Memang dasyat ar diorang ni. Aku ni memang garang ngan anak2 buah aku ni tapi garang sebab nak mendidik la. Sebenarnye aku sayang ngan diorang sebab buas2 diorang ni pun, diorang dengar cakap aku.. Huhu.. Sambung balik pasal 2 orang anak buah aku tadi ni. Diorang ni tak de mak dah sebab abang sepupu aku dah bercerai ngan mak diorang. Aku pun tak tau sebab ape. Sekarang ni diorang tinggal ngan ayah diorang dan ayah diorang ni la yang jaga diorang betul2, bagi pendidikan yang sempurna. Dulu diorang tinggal ngan mak diorang tapi mak diorang ni tak jaga diorang sangat. Budak2 ni cite masa diorang tinggal ngan mak diorang tu, diorang asyik kena marah, kena pukul je. Kesian diorang. Aku rasa sebab ni kot abang sepupu aku ambik budak2 ni tinggal ngan dia.

Abang sepupu aku ni pun bukanla sorang yang baik sangat pun time muda2 dulu. Dia ni kira legend ar time zaman rempit dia dulu. Moto dia memang tip top habis. Penang, kedah, perlis memang moto dia ada nama ar. Tapi tu dulu zaman sebelum kawin. Bila dah kawin, dia dah slow sket. Tapi dia betul2 berubah lepas dia bercerai ngan bini dia. Dari situ la dia dah start solat 5 waktu, reti bertanggungjawab, kira jadi baik ar. Satu benda yang aku nampak kat dia walaupun dia ni takla reti sangat pasal agama tapi dia bersungguh2 aja agama kat anak dia yang 2 orang tadi ni sebab dia tak nak anak2 dia terbiar walaupun budak2 tu tak de mak. Paling penting dia tak nak anak2 dia jadi cam dia time muda2 dulu. Aku tengok dia memang sayang gile ar kat anak2 dia tu walaupun dia garang.

Satu benda yang aku betul2 rasa insaf, kadang2 nak keluar gak airmata ni time budak 2 orang ni nak tido. Sebelum diorang tido, diorang akan baca doa tido, mengucap, baca ayat kursi, ayat seribu dinar dan 3 Qul. Serius beb aku tacing gila bila dengar budak2 ni baca semua tu. Yang sulung tu umo 4taun, yang 2nd umo 3taun. Walaupun baca pun pelat tapi ok ar budak2 lagi tu. Ni la namanya melentur buluh biar dari rebung. Jarangla aku tengok budak2 yang seangkatan ngan diorang ni boleh baca semua tu dengan lancar walaupun pelat. Lainla yang jenis memang masuk sekolah khas yang bayar bulan2 beratus2.. Abang sepupu aku ni kerja kampung je, tak de duit nak hantar anak2 belaja kat sekolah mahal camtu. Dia cuma hantar kat tadika kampung je..

Bila aku bandingkan diri aku ngan budak2 ni, aku dulu lagi teruk woo.. Tak payah tengok dulu, sekarang pun lebih kurang je. Aku tau ayat seribu dinar tapi serius aku tak ingat ayat tu beb. Ayat kursi aku ingatla.. Aku tak salahkan parent aku sebab diorang dah aja aku macam2 cuma aku je lalai sekejap. Sekarang ni ramai kawan2 yang seangkatan umo ngan aku yang dah kawin dan bakal berkawin. Bila korang dah dapat anak atau dah ada anak, aja anak2 korang betul2. Kalau cikgu tibai sket2 sebab nak aja anak kita, tak payahla kita nak marah2. Dah kita yang bagi cikgu tu aja anak kita pastu bila cikgu tu nak aja, kita plak marah2.. Ape kes?? Cuba kita bandingkan zaman dulu ngan zaman sekarang, golongan zaman mana yang ramai jadi orang?? Aku cakap zaman dulu. Zaman sekarang ramai yang jadi binatang tul tak? Realiti depan mata so buka mata luas2.. Sendiri mau ingat la kan.. Hehehe.. Sama2 kita muhasabah diri supaya kita jadi yang terbaik.. Peace



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Siapa Rabiatul Adawiyah??

Assalamualaikum....

Aku jarang nak tulis entry time petang2 camni.. Tiba2 rasa rajin harini. Hehehe.. Sebenarnya aku nak cite pasal sorang perempuan yang aku respect gile ni.. Dia antara perempuan yang aku paling teruja lepas aku baca kisah2 dia.. Nama dia Rabiatul Adawiyah. Sorang yang paling dasyat cinta dia kat Allah.. Zaman sekarang ni tobat lahum tak de dah perempuan camni. Aku tak nak cite pasal kehidupan dia sebab aku tau ramai antara korang ni tau sejarah hidup dia. Aku cuma nak cite nape aku suka kat dia? Ape kelebihan yang ade kat dia sampai aku boleh taip entry ni?

Meh aku start ngan nape aku suka kat dia?? Antara kisah kehebatan dia ni adalah time dia budak2 lagi dia tak macam budak2 yang sebaya ngan dia. Kalau budak2 lain cuma tau nak main je tapi dia tak. Dia cuma reti belaja agama pastu dah tunjukkan yang diri dia tu bakal menjadi sorang yang tinggi darjat dia di sisi Allah. Dalam usia yang masih muda ni, dia dah tunjukkan kematangan dia dalam memahami hakikat kehidupan dunia dan akhirat. Aku time budak2 dulu cuma reti main basikal ngan bola je weh... Dedi aku suruh pi ngaji aku pi tapi tak sampai pun rumah ustaz tu. Aku lepak ngan kawan2 aku sambil tunggu nak main bola.. Hahaha..Pergh, jauh beza ngan Rabiatul Adawiyah.

Setiap orang takkan terlepas dari ujian hidup kat dunia ni.. Hebat camne pun kita, kita mesti di uji oleh Allah. Nabi2, Rasul2 kita pun kena uji, ni plak kita sebagai hamba biasa. Tak terkecuali gak Rabiatul Adawiyah ni my greatest woman. Hehehe..Ujian pertama yang dia lalui adalah kematian ayah dia yang tercinta yang banyak ajar dia ilmu agama, yang banyak support dia dalam segala hal. Tak lama pas ayah dia meninggal, mak dia plak meninggal. Kakak2 dia semua sedih bagai nak rak tapi Rabiatul Adawiyah tak.. Dia maintain steady and slumber sampai kakak2 dia agak bengang ngan dia sampai akak2 dia cakap dia ni tak sayang mak ayah dia, tak kenang jasa orang tua. Tapi nak tau ape ayat Rabiatul Adawiyah bila kakak2 dia marah dia?? Ayat dia lebih kurang camni " Kakak2 ku yang tercinta, aku sebenarnya sangat sayang kat mak ayah kita cuma sayang aku kat Allah melebihi segala2nya. Aku yakin bila cinta aku hanya untuk Allah, kita dan orang sekeliling kita akan terselamat dari api neraka  akhirat nanti ". Korang nampak tak power tak powernye ayat dia sedangkan dia time tu kecik lagi. Sendiri pikir la kan!! Aku tak pernah lagi rasa kehilangan orang tua tapi aku harap kalau aku rasa benda ni nanti aku boleh kuat jiwa. Zaman sekarang ni ramai orang yang cuma putus cinta tapi sedih mengalahkan sedih orang mati. Siap buat benda2 bodo lagi.. Dasyat sungguh manusia2 sekarang ni. Jauh beza ngan Rabiatul Adawiyah.. Huhuhu.. Sedeyyy...

Banyak lagi yang aku suka pasal dia ni tapi cukupla sket2. Nak cite semua baik aku buat buku kan? Haha.. Jom kita tengok kelebihan dia plak. Banyak kelebihan dia yang aku suka. Semestinya dia cantik, ayu, lawa, cun dan aku sebagai lelaki mesti tengok kriteria ni. Tapi bukan kelebihan ni yang aku nak cite. Yang ni sebagai iklan je. Hehehe.. Kelebihan dia yang aku betul2 tabik adalah ketinggian ilmu yang dia ada. Korang bayangla zaman dia ni ada berapa ramai alim ulama, ahli sufi ( korang boleh terangkan tak ape ni ahli sufi??aku betul2 tak paham ) dikalangan lelaki dan di antara diorang tu adalah tuk guru dia tapi ape yang berlaku adalah ulama2 dan ahli sufi tu menuntut ilmu ngan dia balik. Hebat gile kan perempuan nama Rabiatul Adawiyah ni?? Sape kata perempuan tak hebat? Dia ni dah menjadi contoh bahawa perempuan boleh bersaing ngan lelaki dan sepatutnye perempuan2 zaman sekarang jadikan sejarah dia ni sebagai role model. Tapi role model perempuan zaman sekarang adalah penyanyi, model fesyen, macam2la. Malas nak tulis banyak2. Satgi kena marah plak. Huhu..

Paling utama adalah Rabiatul Adawiyah ni tegas dengan pendirian dan falsafah hidup dia. Hinggakan orang yang nak berdebat ngan dia boleh checkmate ngan satu ayat dia je. Ada plak kisah yang mana ramai orang nak melamar dia, nak jadikan dia sebagai isteri tapi kena reject. Yang melamar tu plak bukan orang cokia tokkk tapi orang hebat2, kaya termasukla sorang tu wali Allah. Rabiatul Adawiyah dengan slumber je reject lamaran diorang tu ngan alasan cinta manusia hebat camne pun tetap tak leh lawan cinta dia kat Allah..Pergh, dasyat weh.. Memang dia ni antara perempuan2 agung yang wujud kat dunia ni. Jadi perempuan2 zaman sekarang kena jadi cam dia ni. Yang teguh pendirian, tegas dalam keputusan. Ni tak, kena ayat sket dah cair. Kena jek sket dah bagi segala2 kat lelaki.. Hehehe

Dah cukup. Aku dah rasa malas nak menulis ni.. Bagi aku kisah Rabiatul Adwiyah ni patut di baca oleh setiap lapisan manusia tak kira lelaki perempuan sebagai panduan dan motivasi diri. Sebenarnye banyak lagi kisah2 perempuan hebat yang aku baca cam Aisyah isteri nabi, Fatimah anak nabi, Ainul Mardhiah bidadari syurga dan banyak lagi. Bagi aku dalam zaman yang banyak sesat ni lagi baik kita kembali baca sejarah sebab dengan sejarah la kita boleh membina kehidupan yang hebat. Sejarah hidup aku kalau dulu aku rasa hebat tapi sekarang aku rasa haram tak hebat. Memalukan.. Jadi ape kata kalau kita mula cipta satu sejarah yang hebat untuk diri kita. Sekurang2nye nanti anak cucu kita akan cite pasal kehebatan kita dan diorang akan jadikan kita sebagai mentor. Tak payah berangan nak masuk dalam buku sejarah sekolah sebab amat2 mustahil tapi sebagai  ingatan mulut generasi kita akan datang insyaAllah tak mustahil..Peace



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Anak Istimewa...

Assalamualaikum..

Aku rasa rajin nak menulis malam ni sebab aku dah rasa lega, merdeka.. Aku dah habis test, esemen dah setel semua.. Hahaha.. Barula aku rasa lega pala otak, boleh skip kelas minggu ni.. Yes, ang memang best student..huhu.. Malam ni aku ada cita lagi tapi cita ni agak tragik ar bagi aku.. Meh nak cita sket..

Lebih kurang kul1230 am tadi aku ngan kawan aku pi lepak kat kedai beger kat depan rumah aku ni sebab perut mintak isi. Besala tengah malam memang lapar je. Disebabkan aku dah merdeka malam ni boleh la enjoy sket.. Nak jadi cita, time syok2 makan beger sambil layan movie kat kedai tu tiba2 aku nampak sorang budak kecik ni. Aku bajet umo dia lebih kurang 3,4taun camtula. Aku tengok dia jalan sorang2 pi kat bro yang jual beger tu sambil order beger. Pastu dia dok atas kerusi sambil tunggu beger dia. Aku cakap sorang2 dalam hati berani gile budak ni keluar sorang2. Dahla tengah malam plak tu. Tapi yang aku rasa lagi pelik sebab budak tu sindrom.. Aku pikir dalam hati takkan parent budak ni bagi budak ni keluar malam sorang2 pi beli beger dalam keadaan dia yang sindrom tu?? Aku biarkan persoalan ni tanpa pikirkan jawapan dia..

Tiba2 kawan aku ni cakap kat aku yang dia kesian tengok budak tu.. Aku ingatkan dia tak perasan rupa2nya kawan aku ni pun perasan gak. Kami cuma boleh kesian je kat budak tu. Tak lama pastu beger budak tu siap. Bro yang jual beger tu bagi beger kat budak tu pastu budak ni bagi duit RM2 je.. Harga beger besa RM2.50 bermakna duit budak tu tak cukup. Nasib baik bro beger ni pun bagus kira sedekah je kat budak tu.  Aku ngan kawan aku terus usha budak tu jalan balik. Tiba2 aku nampak budak tu masuk dalam kereta yang parking kat tempat gelap agak jauh sket ngan kedai beger tu. Aku nampak dalam kereta tu ada mak, bapak, abang, akak budak tu. Serta merta darah aku menyirap.. Weh.. Aku ingatkan dalam drama je ada babak ni tapi rupanya dalam real live ada sungguh babak ni. Sampainye hati parent budak tu suruh budak tu beli beger sorang2. Dahla budak tu sindrom beb. Kalau ye pun ape salahnye mak bapak budak tu suruh abang dia ke, akak dia ke yang beli beger tu.. Kalau malas sangat, bapak budak tu parking la kereta dekat ngan kedai beger tu. Ni suruh budak sindrom tu jalan sorang2.. Adoi yai.. Akal aku tak dapat mencerna perangai manusia camni..

Aku ngan kawan aku siap maki2 lagi family budak tu.. Adakah sebab budak tu sindrom pastu dia di buli oleh family sendiri? Takkan tak de perasaan kesian kat anak yang lapar beger pastu suruh dia pi beli sorang2?? Kalau mak atau bapak dia temankan ke ok gak. Tak pun abang atau akak budak tu ke yang temankan budak tu beli beger? Aku ni anak sulung beb. Kalau adik2 aku lapar tengah malam, aku sanggup keluar pi beli makanan walaupun sebelum aku keluar aku marah2 dulu adik2 aku tu. Alasan aku ialah sebab aku sayang adik2 aku and aku takkan bagi adik2 aku terdedah ngan bahaya. Jahat2 aku, aku tetap ada perasaan kasih sayang. Tapi ape yang jadi kat parent budak sindrom tu? Aku yang tengok ni pun rasa kesian tengok muka suci budak tu..

Kesimpulan yang aku boleh buat ialah sindrom budak tu adalah punca budak tu di perlakukan camtu. Aku cuba bersangka baik tapi realiti depan mata aku menafikan sangkaan baik aku tu.. Budak tu tak mintak pun di lahirkan camtu. Nape tak leh terima ketentuan Allah? Nape tak leh bagi kasih sayang yang lebih kat budak sindrom tu? Paling penting nape tak bersyukur ngan ape yang Allah bagi? Budak tu memang sindrom tapi setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing2. Mana tau budak tu kelemahan dia sindrom tapi kelebihan dia lagi power dari kelemahan dia tu.. Manusia zaman sekarang macam2 perangai.. Satu pengajaran yang berguna untuk aku yang sempurna sifat ni.. Andai kata aku dah kawin nanti pastu Allah bagi aku anak istimewa camni, InsyaAllah aku akan jaga, didik anak istimewa aku ni betul2. Aku akan sokong dia sampai dia berjaya. Ni azam aku sebab aku tak nak anak istimewa aku hilang moral, hilang pedoman.. Kalau korang ada adik beradik ke, sedara mara camni, sayangla diorang elok2.. Bagi sokongan moral kaw2 kat diorang ni.. Ada sorang blogger yang aku jadi reader dia hari2, dia ada adik yang istimewa camni dan dia jadi contoh yang baik sebab jaga adik dia ni betul2. Aku salute dia sangat2. Hehehe... Korang pun aku salute gak, jangan risaula sebab aku ni fair and square.. Hahaha.. Harapan aku semoga kita selalu jadi yang terbaik.. Peace!!



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Stop Smoking!!!!!!!!

Assalamualaikum...

Sebelum aku nak sembang pasal tajuk kat atas, aku nak cita sket. Tadi time syok2 dok baca blog orang, aku terbaca satu blog ni yang cita pasal dia dapat nota dari lecturer dalam tulisan jawi.. Aku gelak gila2 sebab blogger tu siap buh gambar nota tu lagi. Tapi aku stop gelak bila aku kantoi tak leh baca nota jawi tu.. Malu gila weh tak leh baca jawi..huhu.. Banyak benda lagi aku kena belaja ni..

Ok sambung ngan tajuk kat atas.. Sebenarnya aku dah pasang niat nak stop smoking. Alhamdulillah 3hari  ni aku dah tak hisap rokok lagi. Aku harap aku dapat bertahan sampai aku dah hilang gian.. Mesti korang cakap ape ke biul budak ni nak berenti merokok pun nak kecoh!! Mestila aku kecoh wei sebab aku ni perokok yang hardcore. Hidup tanpa rokok adalah tak bermakna dan gila berbanding hidup tak de awek.. Hahaha.. Ni falsafah kawan2 aku, aku copy je..

Tak de la, cite dia camni. Dalam 2 minggu ni aku terlampau sibuk ngan kerja2 sekolah aku sampai makan pun tak jaga, tidur pun tak menentu sebab nak dapat markah power. Korang taula student laki punye perangai memang camni suka buat kerja last minit. Tapi aku walaupun buat kerja last minit, aku amat mementingkan kesempurnaan kerja demi markah yang sempurna.. Hahaha.. Akibat tak jaga makan tido dengan baik maka aku dapat 'faedah' dari habit ni.. Korang pernah rasa sakit pala yang bila korang tunduk pala, pala korang berdenyut kaw2 dan mata korang cam nak terkeluar tak?? Ni la faedah yang aku dapat.. Seksa gile woo.. Nak buat ape pun tak leh. Time solat plak rasa terseksa bila rukuk dan sujud..

Bila aku dok relax layan sakit ni tiba2 aku perasan satu benda.. Time aku dok sibuk buat kerja2 aku tu baru aku perasan  aku jarang hisap rokok. Patutla aku pelik je sebab rokok aku tak habis2 dalam masa 2minggu ni.. Time sakit ni langsung aku tak hisap sebab tekak aku perit campur batuk2.. Tapi yang paling aku bangga, aku tak rasa gian sangat nak hisap. Ada gak ar sket2 rasa nak hisap tapi aku tak mau hisap.. Bila aku hisap walaupun sket bermakna aku dah memulakan 1st step aku ke arah hisap rokok balik. Jadi lebih baik aku tak payah hisap kan!! hahahaha...

Aku rasa tak salah kalau dulu aku berhijrah dari hampir2 kekufuran kepada keimanan pastu kejahilan kepada keilmuwan walaupun merangkak2. Sekarang aku nak berhijrah dari kerugian kepada keuntungan dan kesakitan kepada kesihatan..hehehe.. Aku harap aku kuat tuk berenti merokok.. Tindakan aku selanjutnye ialah aku dah warning housemate aku kalau dia nak hisap rokok, pi hisap kat luar rumah sebab aku tak nak bau rokok dalam rumah. Kalau hisap time aku tak de tak pe tapi time aku ada dia hisap gak, aku suruh dia hisap satu kotak tu depan aku time tu gak..hahaha..Aku kan kapten rumah, aku boleh guna kuasa yang aku ada..

Akhir kata saya benci rokok dan nak hidup bebas tanpa rokok.. Saya sayang diri saya.. Hehehe.. ( macam budak skema je ayat aku.. Nyampah.. )



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Sambung Entry 1st...

Assalamualaikum...

Aku nak sambung cita dari entry lepas sebab cita tu tak habis lagi walaupun aku ngan ex aku tu dah putus.. Aku direct terus malas nak intro2.. Time cuti sem bulan 5 haritu, aku balik pantai timur sebab parent aku dok kerja kat sana.. Aku balik naik bas malam tu.. Nak dijadikan cita malam tu ada orang sms aku suruh cabut paku kat belakang rumah aku. Aku ingat orang salah sent jadi aku buat bodo jela. Lagipun aku tak minat nak layan orang yang aku tak kenal.. Tak lama pastu dia hantar sms lagi suruh aku cabut paku kat belakang rumah tu ngan segera. Aku yang rasa terganggu terus kol nombor yang sms aku tu tapi orang tu tak angkat kol aku.. Aku sms dia kata dia ni salah nombor kot. Pastu dia reply siap sebut nama aku cakap dia kenal aku, tau aku tinggal katna, belajar katna.. Dia suruh aku buat ape yang dia bagitau tadi tu time tu gak. Aku cakap kat dia aku atas bas, mana ada paku nak cabut atas bas ni.. Pastu aku cakap lagi rumah aku ada banyak, rumah mana satu yang nak kena cabut paku.. Aku saja cakap camtu sebab nak saiko orang tu. Orang tu cakap rumah yang aku nak pi tu. Dia cakap bila aku sampai ja rumah, terus pi cabut paku tu sebab kalau tak cabut aku akan kena musibah teruk..

Aku cuak gak bila dengar benda ni.. Dalam pala aku, aku rasa macam ada orang nak pedajal aku ja.. Aku terus halo2 sorang kawan aku yang reti merawat orang ni. Aku mintak dia cross line, detect sapa orang yang dok suruh aku cabut paku ni. Kawan aku tu kata tengah malam nanti dia gitau. Aku pun ok ja sambil layan orang misteri tu. Dalam perbualan sms kami tu, aku tanya dia sapa, camna dia tau suma pasal aku, ada orang nak dajal aku ke??? Dia cakap nama dia tak penting, camna dia tau pasal aku pun tak penting dan tak de sape pun nak pedajal aku. Dia cakap aku kena cabut paku tu untuk selamatkan seseorang sebab aku sorang je yang boleh tolong budak yang sakit tu.. Aku dah start pening pala, serabut sebab aku benci ngan benda2 pelik ni. Aku tanye dia balik aku kenal ke budak tu dan nape aku kena tolong plak.. Pastu aku cakap kalau dia kesian sangat kat budak tu, dia tolongla sendiri buat ape sibuk kacau aku. Dia cakap aku kenal budak tu pastu dia cakap dia tak mampu tapi aku sorang je yang mampu.. Lagi tambah sakit pala aku baca ayat dia. Dah macam dalam drama plak aku rasa time tu.

Lebih kurang pukul 1 pagi camtu kawan yang aku mintak tolong tadi tu kol aku bagitau aku tak de sape pun nak dajal aku. Cuma dia cakap aku kena tolong selamatkan orang yang tengah sakit. Dia tanye aku ade berlaku benda pelik ke? Aku cakap nanti aku kol cita suma ni. Sekarang ni aku nak bagi setel dulu benda ni. Dia pun tak kata ape..

Pagi tu bila aku sampai rumah, aku tak leh tido. Aku tunggu subuh, bila dah masuk waktu aku solat.. Aku doa supaya Allah tak uji aku ngan benda yang aku tak mampu nak buat. Aku mintak gak supaya Allah lindungi aku dari kejahatan manusia, kejahatan makhluk2 yang tak nampak ni.. Bila dah cerah sket suasana kat luar rumah tu, aku terus keluar pi belakang rumah nak cari paku. Time tu mami aku baru nak sidai baju, dia tanye aku cari ape, nape tak tido? Aku cakap aku tak leh tido, saja nak ambik angin belakang rumah. Mami aku usha aku tak caye tapi aku buat bodo je. Aku sms balik orang misteri tu tanye paku yang mana satu?? Rumah aku ni banyak paku. Dia reply kata nak cari paku tu kena guna mata hati yang paling dalam baru jumpa paku tu.. Pergh.. Aku bila baca sms dia tu terus angin. Aku cakap kat dia aku dah pening pala, aku malas nak cari paku ni..Aku suruh dia cari sendiri. Dia tanye aku betul ke aku tak nak tolong budak tu? aku bagitau aku tak nak, ape nak jadi, jadi la..

Bila aku cakap camtu orang tu kata aku ni lemah, tak kuat, cepat ngaku kalah. Aku cakap memang aku tak kuat pun. Pastu dia tanye ape pegangan hidup aku? Tak takut ke sesuatu buruk jadi kat diri aku sebab aku dah terlibat ngan masalah ni.. Aku jawab aku tak takut pun sebab aku cuma bergantung kat Allah. Dengan penuh konfiden plus yakin aku cakap hidup mati aku kerana Allah.. Dia reply kata kalau tu pegangan aku, dia suruh aku jangan berubah.. Bersedia tuk terima ujian yang akan datang.. Aku cuma reply pic senyum kat dia..

Sebenarnye cita ni ada kaitan ngan ex awek aku tu. Budak yang orang tu maksudkan adalah ex aku. Aku malas nak pikir banyak dah sebab aku penat ngan suma benda2 pelik yang berlaku dalam hidup aku.. Aku tertanya2 nape benda ni jadi kat aku?? Aku ni tak warak pun, ngaji quran pun tak lancar lagi tapi dah merasa pengalaman yang memerlukan kekuatan iman, jiwa. Aku ni ibarat budak tadika yang memerlukan bimbingan cikgu untuk mengenal ABC,123.. Tapi aku tau suma ni ada hikmah supaya aku jadi manusia yang lebih baik.. Hahahaha... Hanya Allah yang tau percaturan hidup aku ni..



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Jin Dan Aku............

Assalamualaikum...

Tadi aku baca blog member ni, dia cita pasai pocong.. Hahaha.. Lucu kot gambaq pocong yang dia tunjuk tu..  Pastu aku baca plak blog sorang ustaz ni.. Ada satu entry ni dia cita camna dia rawat sorang pesakit yang kena kacau ngan jin pastu halangan2 yang dia terpaksa terima time nak rawat pesakit ni.. Salah satunya jin tu sms ustaz tu guna henpon pesakit yang dia rawat tu.. Jin tu bagitau dia supaya jangan nak pandai2 rawat pesakit tu.. Lebih kurang camtu la kot cita dia tapi yang aku nak cita kat sini adalah pengalaman aku yang lebih kurang cam ustaz tu..

Cita dia camni, dulu aku ada sorang awek. Awek ni ada masalah gangguan jin. Jin ni sebenarnya suka kat awek tu jadi jin ni akan kacau bila awek aku ni ada hubungan ngan laki lain.. Aku rasa jin ni jeles kot.. Hahaha.. Mengikut cita ayah awek aku ni, dah macam2 usaha yang dia dah buat tuk rawat anak dia ni. Kebanyakan ustaz2 yang dia jumpe mesti akan cakap tingkatkan amalan harian. Nak buang jin ni bukan senang sebab dia dah macam sebati atau dah lama sangat berkenan kat awek aku ni.. Satu lagi masalah jin ni bukan setakat kacau awek ni ja tapi dia akan kacau laki yang suka kat awek tu..

Ex awek aku ni dulu sebenarnye dah bertunang sebelum kapel ngan aku. Tapi putus tunang tanpa penjelasan dari pihak laki.. Tapi ikut cakap ustaz yang rawat awek ni, dia putus tunang mungkin sebab jin ni yang buat. Wallahu A'lam aku pun tak taula bab tu..

Bila awek ni kapel ngan aku, jin tu makin kerap plak kacau awek tu sampai aku pun jadi pening pala tak tau nak buat ape.. Besa ar sayang awek punya pasal, aku pun serabut otak pikir nak tolong dia supaya dia sihat cam besa. Aku kesian kat dia sebab dia student lagi. Kalau asyik kena kacau je, camne awek tu nak study tul tak?? Di sebabkan aku ni tak tau benda2 ghaib ni, aku mintak tolong kat ustaz2 yang aku kenal.. Yang syoknya ada satu malam ni awek aku ni kol aku. Aku pun angkat, jawab cam besa.. Tapi aku perasan cara awek ni bercakap tak lembut cam besa.. Cam marah kat aku je.. Aku dah perasan ni bukan habit dia jadi aku try baca fatihah slow2 tak bagi dia dengar.. Tiba2 awek aku tu ngamuk sakan kat aku siap bagi bonus maki2 aku lagi..

Aku bila dah dengar dia marah2, maki2 camtu, aku tak marah balik sebab aku tau tu bukan awek aku.. Maknanya jin tu dah control awek aku, guna body awek tu sebagai perantaraan tuk berhubung ngan aku.. Aku tanya dia " Ang nak apa dari aku?? Pasaipa ang dok kacau dia ni?? ". Jin tu jawab " Aku nak ang blah, jangan dok kapel ngan dia ni sebab dia aku punya.. Aku dah lama tunggu dia and aku nak bawa dia pi tempat aku ".. Aku malas nak tulis dialog yang kami sembang sebab aku banyak sembang ngarut bagi jin tu panas.. Satu benda yang aku kompius camna jin tu boleh tau aku mintak tolong kat ustaz2 yang aku kenal tu?? Aku tak dapat merungkai benda ni.. Tapi jin tu ada ugut aku kalau aku tak putus ngan awek ni, dia nak kacau aku, nak takut2kan aku, macam2 la dia nak buat kat aku.. Paling tak leh blah bila jin tu kata dia hebat, dia tak takut Allah.. Aku tak heran pun ngan statement jin tu sebab aku tau dia tu laknat sebab tu berlagak cakap besar..

Lepas jin tu dok ugut2 aku, aku cabar jin tu kalau dia hebat sangat, aku suruh dia datang tempat aku pastu kita setel cara jantan..Hahaha.. Aku boleh jadi berani woo tak tau nape.. Jin tu cuma cakap kat aku supaya aku hati2 sebab dia boleh kacau aku bila2 je.. Bila habis sesi bergayut tu, aku malas nak pikir banyak terus aku baring atas tilam aku nak tido.. Tapi jin tu memang laknat, dia kacau aku betul2. Aku ingatkan dia melawak je ngan aku..hoho.. Dahla aku sorang je yang tido dalam bilik time tu.. Korang bayangla sekejap dia main ketuk2 tingkap bilik aku, pastu syiling bilik aku tu macam nak roboh sebab macam ada orang main lari2 kat atas tu. Paling aku tak leh tahan bila kain selimut aku macam ada orang tarik pastu main pegang2 kaki aku. Aku tak takut kena kacau camtu tapi aku marah.. Aku siap sound kuat2 lagi kat jin tu " Kalau setakat nak mengusik, aku tak takut.. Kalau betul2 nak main, tunjuk bentuk ang, bersemuka ngan aku betul2 ". Pastu aku on laptop aku buka ngaji quran.. Aku bacala ape2 yang patut pastu tido..

Pagi esok pas bangun tido aku kol awek aku tu tanya semalam ingat ape2 tak?? Dia cakap tak ingat ape2 sebab pas isyak dia tertido. Sedar2 orang dah azan subuh.. Aku terkejut ar sebab sebelum aku bergayut ngan jin laknat tu, aku main sms ngan awek aku tu.. Kalau betul awek aku ni tido pas isyak maknanya sebelum jin tu kol aku, aku dah berjiwang ngan jin tu la dalam sms.. Pergh, banyak tul aku dapat bonus malam tu..

Sekarang aku dah putus ngan awek tu sebab aku kesian kat dia.. Semenjak kejadian tu dia makin teruk, makin sakit kena ngan jin tu. Bukan bermaksud aku ngaku kalah ngan jin tu tapi jin tu main jahat.. Kalau dia kacau aku sorang tak pe tapi yang teruk tanggung sakit awek aku tu.. Atas nasihat ustaz2 yang aku mintak tolong tu, aku lepaskan dia. Aku kol ayah dia mintak maaf sebab terpaksa lepaskan dia dan ayah dia paham. Tapi awek ni yang tak paham2. Aku mintak putus cara baik, dia taknak. Pastu aku terpaksa jadi kejam, aku buat benda yang dia tak suka, aku marah2 dia supaya dia benci aku.. Bila dah agak lama kami putus, aku kol ayah dia tanye keadaan dia. Ayah dia cakap Alhamdulillah dia dah makin sihat..

Ape yang aku cita ni adalah benda sebenar yang pernah berlaku dalam kehidupan aku. Sikit pun aku tak reka cipta dan terserah kepada ampa suma samada percaya atau tak.. Hahaha..Dari pengalaman ni aku belajar banyak benda terutama sekali benda2 yang kita tak nampak ni.. Paling penting kita kena sedar dalam dunia ni bukan kita manusia je yang menumpang tapi banyak lagi makhluk yang kita tak tau kewujudan diorang.. Aku tak tau ayat ni dari ulama ataupun orang2 tua " Sebaik2 jin adalah sejahat2 manusia " tapi ayat ni aku rasa boleh kita jadikan ingatan supaya sedar dan berpijak pada bumi yang nyata yang dunia ni bukan milik kita.. Mintakla perlindungan dari Yang Maha Pencipta supaya kita dilindungi dari kejahatan yang kita tak nampak.. Amin...



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer