Dilema Palaestin????


Assalamalaikum...

Kepada Naim, ni lagu yang aku buat.. Ang tak payah peduli ngan kesumbangan nyanyian aku.. Hahaha.. Aku cuma nak sampaikan mesej yang ada dalam lagu ni.. Lagu ni aku bukan setakat nak tuju kat sedara kita kat Palestin ja tapi kat suma sedara kita kat atas bumi ni yang hidup dalam tekanan, seksaan  hari2.. Kita hidup kat negara yang tak dak perang, boleh kata makan kenyang setiap hari, hidup bebas nak buatpa pun tapi kita tak ambik peduli pun ngan susah payah sedara2 kita kat luar sana.. Aku boleh bet berapa orang ja kat negara kita ni yang bersyukur ngan keamanan yang ada dalam negara kita ni.. Aku pun berani bet berapa orang ja yang muhasabah diri setiap hari, pikir dosa pahala yang kita buat sepanjang hari.. Aku tak kata kat sapa2, aku pun dua kali lima ja.. Hehehe..


Jadi aku nak ajak ampa suma pikir cam aku pikir.. Adakah nikmat yang kita ada lani akan kekal?? Adakah kita nak negara kita yang kita sayang ni jadi haru biru cam negara sedara2 kita kat luaq sana tu?? Jawapan ada dalam diri masing2.. Semoga Allah tak turunkan bala camtu kat kita.. Amin...



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Demonstrasi : Jangan Halang Kami Sexy

Assalamualaikum...

Petang tadi aku baca surat khabar metro tarikh 19/9/2011 kat umah kawan aku..Syok2 aku baca, tiba2 aku terbaca satu tajuk berita lebih kurang cam tajuk entry aku kat atas..Aku pun baca la isi tajuk tu..Fuh...sentap jiwa aku baca berita tu..Meh aku nak cita sket pasal berita yang aku baca petang tadi tu.

Demonstrasi ni berlaku kat Jakarta Indonesia.Ramai awek2 berhimpun sambil pakai skirt pendek.Diorang bawa macam2 sepanduk sambil melaungkan jangan halang kami nak pakai skirt pendek, biarkan kami nak sexy..Lebih kurang camnila ayat2 maut diorang tu.Diorang buat demonstrasi ni sebab sorang pegawai ke menteri tah yang keluarkan statement bahawa punca berlakunya kes rogol kat indon tu sebab ramai awek2 indon pakai sexy.Antara skrip awek2 yang berdemo tu lebih kurang camni " jangan ingatkan kami pasal pakaian tapi ingatkan mereka (perogol) jangan ambik kesempatan kat kami ".." tubuh badan kami bukan untuk porno tapi pala otak mereka yang kuning "..Camnila antara skrip awek2 yang bagus tu..

Kalau orang tanya aku, ok ke awek2 ni berdemo untuk perjuangkan kesexyan diorang, aku jawab ok la tu..Diorang memang berani.Kat Malaysia ni ada minah2 sexy nak demo2??Tak da maaa..Hahaha...Memang lahanat sungguh golongan2 ini..Aku tak dapat nak berlawan ngan tangan, ngan lidah pun tak sampai kalau nak berdebat ngan diorang yang jauh kat Indon tu tapi sekurang2nya aku ada hati..Sedeyyyy aku bila baca benda ni tadi..Camnila awek2 sekalian, lelaki ni alim camne pun kalau main ngan aura perempuan, iman boleh tergugat wooo sebab laki ada nafsu maa..Kita manusia ni memang dah dijadikan Allah lengkap ngan segala2 termasuk nafsu..Tak kisahla nafsu tu kategori mana pun tapi nafsu syahwat atau keinginan sexual mesti ada kan!! Meh malam ni aku try jadi ustaz tengok..Kalau aku salah tolong betulkan aku sebab aku tak suka benda salah dibiarkan..Nanti sesat abih orang yang baca entry ni kalau iman lemah cam aku..

Dalam Quran ada sebut pasal aurat perempuan..Ala...fail jadi ustaz sebab tak tau surah ape, ayat mana..Tapi memang ada kan ayat dia.Aku pernah dengar ceramah ustaz kat masjid cite pasal ni..Korang lagi tau dari aku mesti korang tau punya ayat mana.Nabi kita pun pernah tegaskan pasal hukum aurat perempuan ni.Tapi point kat sini ialah aurat perempuan seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.Kalau pakai tutup suma tapi still nampak bentuk tubuh kira fail lagi.Laki plak aurat dia dari pusat sampai lutut..Korang laki jangan dok nak sengih2, sedap2 nak mengata pasal aurat perempuan kalau ko sendiri fail..

Ok sekarang dah jelas lagi bersuluh bila manusia dah mula ingkar suruhan Allah dan rasul, musibah akan menimpa kepada manusia tersebut..Sama gak cam kes perempuan sexy2 ni,dahla korang pi tayang body korang pastu korang kena rogol, kena kacau, kena usha, korang nak marah2 plak..tak ke bangang nama dia kalau piza hut free depan mata korang tengok je tak makan2..Camtula gak ngan lelaki2 yang ada nafsu ni tengok korang tayang body korang tu.Aku time dalam zaman kegelapan dulu memang tak usha je..Ape barang usha2 tapi dalam hati bergelora..Aku tackle bila dah dapat aku sapu maa..Mana boleh marah2 sebab ko sendiri yang bagi kan??Jadi sekarang ape motif korang mempertahankan kesexyan korang tu kalau kesexyan korang tu yang jadi punca utama menaikkan nafsu2 lelaki ni??Aku tak nampak pun kebenaran yang minah2 tadi berdemo tuk pertahankan sexy diorang tu..Satu perkara yang sia2..Tapi paling sedih ape yang pemimpin2 islam kat Indon tu boleh buat??Majlis ulama2 diorang boleh buat ape??Tak tau la plak kalau ada tindakan dari mana2 pihak kat sana sebab berita tu pun pendek je.Tapi kalau tak de tindakan memang layakla Allah bagi gempa bumi, tsunami, gunung berapi tu suma..

Kita yang dok kat Malaysia ni tak payahla nak berasa lega sangat sebab dua kali lima je kita ni..Hari2 macam2 benda berlaku kat dalam negara kita ni..Dengan masalah remaja, masalah masyarakat, masalah politik, macam2 la masalah..Bila agama diasingkan dalam urusan kehidupan manusia, camnila jadinya..Islam hanya pada yang solat, puasa, pi haji, bayar zakat je dah tu lupa plak pada rukun islam yang pertama.Bila dah ngucap dua kalimah syahadah, automatik yang lain ko wajib buat maa..Mengucap je pandai tapi tuntutan lain tak pandai..Jadi aku sebagai lelaki yang pernah tersilap langkah nak ingatkan sket khas untuk perempuan2 seagama aku.Tolongla jaga maruah korang.Jangan bagi laki2 jahanam ni menghancurkan kesucian korang..Sekarang ni boleh dikatakan ramai dah awek2 seagama aku yang hilang maruah.Aku tak fokus kat dara korang je tapi seluruh anggota tubuh korang.Maksud aku kalau pun korang tak pernah terlanjur tapi kalau korang pegang2 tangan, peluk sket2 tu pun dah kira menjatuhkan maruah korang, ape lagi kiss sket2 kan!!Jangan kelentong aku sebab aku tau suma tu.Aku tak kisah pun korang ada pakwe ke, skandal ke, kawan2 ke tapi jangan biarkan kulit korang bersentuh ngan laki yang bukan muhrim korang..Korang jangan tak caye satu sentuhan antara laki dan perempuan bukan muhrim akan menerbitkan satu perasaan halus dalam hati tambah2 kalau korang tengah loving2.Aku bercakap atas dasar pengalaman..Aku tau yang rajin baca, komen kat blog aku ni kebanyakan muda dari aku.Yang tua dari aku pun aku rasa tak sampai dua orang pun..hahaha

Jadi kawan2 sekalian yang terbaik, kalau sekarang kita dok kat atas track yang betul lagi lurus, pastikan kita maintain atas landasan tu walau camne pun dugaan dia.Kalau kita dalam track yang banyak lap pastu tak rata lagi, setting balik jiwa hati iman kita supaya last lap tu kita berjumpe ngan jalan yang lurus.Walaupun dulu kita adalah secelaka manusia tapi disisi Allah kalau ada cahaya keinsafan dan taubat, kita adalah semulia manusia..Mintak maaf kalau ada yang kurang senang ngan entry ni.Aku tulis tuk diri aku sendiri..Peace!!



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Story Pembesar & Sultan.....

Assalamualaikum.....

Sebelum tu aku nak say sori sebab aku takde mud lagi nak tulis sejarah hidup aku dulu.. Tunggu ar pala aku tak serabut ngan esemen and test baru aku story sejarah aku. Kali ni aku nak citer 1 kisah zaman dulu.. Cam besa ar, aku bab sejarah memang fail nak ingat nama, tempat, pape la yang sewaktu dengannya.. Aku cuma ingat jalan citer je. Kalau sape2 yang tau citer ni and citer aku ni salah, tolong tegur aku.. Jom start citer...

Pada zaman pemerintahan sorang sultan ni dulu, sorang pembesar raja ni pernah tanye kat sultan ni 1 soalan.. " Tuanku, aku ni confuse 1 benda. Dah lama aku pikir benda ni tapi tak dapat jawapan dia. Di sebabkan tuanku sorang yang alim antara kami, aku nak tanya benda ni kat tuanku.. Setan diciptakan dari api tapi balasan yang dia dapat pada hari kiamat nanti, dia kena bakar dalam api neraka gak.. Aku rasa cam tak logik ar sebab dia tu dicipta dari api pastu kena bakar ngan api plak.. Mesti setan tu tak rasa sakit tul tak tuanku?"

Sultan yang dengar soalan pembesar dia tadi tu pun cakap dep" Ishk, betul gak na apa ang cakap ni.. Aku pun terpikir gak bila ang tanya aku tadi. Camnila, aku ada jawapan dah. Ang tolong ambik pasu perhiasan kat depan tu sat.." Pembesar sultan yang tanya soalan tadi tu pun pi ambik pasu tu sambil cakap dalam hati " Apa kaitan pasu perhiasan ni ngan soalan aku tadi ni?? " Lepas dia bagi pasu perhiasan tu kat sultan, sultan tu terus hempuk pasu tu atas pala dia sampai pecah..

Pembesar sultan tu terkejut campur sakit terus berkata " Tuanku, aku cume tanya soalan je. Kalau tuanku tak tau janganla main hempuk2 camni. Sakit tau tak " Sultan tu pun berkata " Aku bukan saja2 nak hempuk tapi tu la jawapan dari soalan yang ang tanya aku tadi. Kita dijadikan dari tanah, pasu tadi pun dari tanah gak. Ang rasa sakit kan kena hempuk ngan pasu yang dibuat dari tanah camtula gak setan yang diciptakan dari api.." Pastu barula pembesar tu paham maksud sultan dia tu..

Aku suka giler baca kisah ni sebab tu aku tulis kat sini.. Tersangat abstrak maksud dia & makan dalam wooo.. Aku tak tau la korang yang baca entry ni dapat rasa ke tak ape yang aku rasa.. Harap2 dapatla ek..hehe.. Peace!!



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Al Kisah......

Assalamualaikum...

Peringatan tuk korang. Entry ni panjang jadi sapa yang tak suka baca entry panjang, bek jangan baca. Nanti nyesal plak baca entry ni.. Aku nak tulis 1 cita pasal ikan. Maybe ada yang dah tau cita ni tapi aku baru tau je cita ni. Nak share cita ni buat renungan diri aku yang hina ni..

Pada 1 hari, sekor ibu ikan telah memanggil anak2 dia sebab ibu ikan ni nak sampaikan 1 wasiat penting tuk anak2 dia.. Dialog antara ibu ikan and anak2 dia lebih kurang camni..Ibu ikan " Wahai anak2 ku, arini mama nak story 1 benda kat korang. Mama harap anak2 mama yang mama sayang ni ingat betul2 apa yang mama nak cita ni". Anak2 ikan tu berkata " Ape dia mama? Cam suspen je mama ni?". Ibu ikan " Ape yang mama nak cita ni benda serius so listen carefully. Kita sebagai ikan yang hidup dalam dunia  ".. Sambil tarik nafas kejap..

Ibu ikan sambung balik " Bila kamu suma keluar cari makanan, mama nak kamu suma berhati2. Bila kamu ternampak cacing yang berbentuk U, jangan kamu makan cacing tu sebab dalam badan cacing tu, ada 1 besi yang di namakan mata kail. Mata kail ni tajam tau tak. Mata kail ni di ikat ngan tali yang kita tak nampak kewujudan dia. Tali ni plak di ikat ngan 1 kayu yang di namakan batang kail dan batang kail ni di kawal oleh sekor makhluk nama dia manusia. Kalau kamu makan cacing U tadi, kamu akan di sentap kuat2 oleh makhluk manusia tadi sehingga mata kail yang tajam tu menembusi mulut kamu. Sakit dia hanya Allah yang tau. Pastu kamu akan di tarik keluar dari dunia air ni. Bila kamu keluar dari dunia ni, kamu akan berjumpa ngan dunia lain ".

"Di dunia baru ni, kamu akan ternampak kehidupan lain yang tak sama ngan dunia kita wahai anak2 ku. Bila manusia tadi dah dapat tangkap kamu, dia akan cabut mata kail ni ngan ganas dan kamu akan di campakkan ke dalam 1 bekas yang di namakan baldi. Pastu kamu akan di bawa balik ke rumah manusia tu dan penderitaan kamu akan bertambah power, kaw2 lagi. Manusia tu akan siang kamu ngan 1 alat yang di namakan pisau. Pisau ni tajam sangat2 anak2 ku. Dengan pisau ni la perut kamu akan di belah dan suma isi perut kamu akan di buang.. Pastu badan kamu akan di hiris2, di kelar2. Ya Allah, azabnya teramatla pedih dan sakit ".

Dengan linangan airmata ibu ikan tu sambung cita " Penderitaan kamu tak habis setakat tu je wahai anak2 ku. Dengan kesakitan akibat penangan pisau tadi, sakit kamu akan bertambah power bila manusia tadi letak garam kunyit atas seluruh badan kamu yang telah di kelar2 tadi tu. Pastu kamu akan berjumpa ngan alat seksaan lain yang di namakan kuali dan minyak masak. Minyak masak ni akan di panaskan dengan menggunakan api. Selepas itu, kamu akan di masukkan ke dalam kuali tersebut dan seluruh tubuh kamu akan di goreng.. Bila isi daging kamu dah masak, seluruh tubuh kamu akan di jadikan makanan untuk manusia yang menangkap kamu tadi tu. Tamatla kisah kamu sebagai sekor ikan.. Wahai anak2 ku yang tercinta, cita ni adala cita turun temurun dari zaman tok moyang kita lagi. Oleh itu ambikla iktibar dari cita ni.."

Fuh.. Penat gile nak tulis cita ni.. Agak2 korang, anak2 ikan ni caye tak ngan cita ibu ikan ni?? Mungkin ada yang caye and ada yang tak caye. Tapi aku yakin kalau anak2 ikan ni ada 10 ekor, yang caye cita ibu dia ni cuma 2 ekor je. Yang 8 lagi akan cakap ibu diorang ni buat cita dongeng cam cita cinderella tu.. Hahahaha.. Memang bangsat punya anak.. Dahla bangsat pastu sial plak tu sebab menganjing2 ngan nasihat mak dia..

Tapi korang tau tak yang kita sebagai manusia lagi bangsat plus lahanat.. Kasar kan bahasa aku?? Aku tengah semangat ni, bek baca dulu bagi habis.. Nape aku cakap kita ni manusia yang bangsat lagi lahanat?? Jawapan dia sebab kita sama cam anak2 ikan yang tak caye and menganjing nasihat ibu ikan tadi tu. Ikan mana ada akal tapi kita ada akal. Nabi Muhammad SAW dulu dah ajar kita camne nak jadi manusia bek. Allah dah bagi Al Quran seketul kat kita untuk kita guna sebagai panduan hidup dan taat ngan suma perintah Dia. Dia dah gitau dalam Quran suma nikmat, kebaikan, pahala, ganjaran yang Dia nak bagi kat kita bila kita jadi hamba yang taat,bek. Dalam Quran gak Dia dah larang kita jangan buat benda yang Dia tak suka. Kalau kita buat gak, Dia dah janji ngan azab, seksa, sakit yang tak dapat kita bayangkan. Nabi Muhammad SAW gak dah banyak bagi ingatan kat kita dalam hadis2 dia tapi apasal kita tak ikut?? Kadang2 benda yang Allah and Nabi Muhammad SAW larang, yang tu gak kita nak buat. Jenis ni bodo sket tapi jenis yang ni lagi bodo banyak. Dahla buat benda yang di larang pastu siap boleh main2 lagi ngan benda2 camni.. Pergh.. Tak paham aku.. Nak sembang banyak2 pasal agama ni pun aku bodo lagi. Korang gunalah akal yang ada tu tuk kaitkan cita ikan ni ngan kehidupan KITA MANUSIA sekarang ni..

Sori banyak2 sebab aku tengah marah ngan diri aku ni.. Sedih woo bila ingat balik kebodohan serta kebangangan jahiliah aku dulu. Korang yang pernah ada zaman jahiliah cam aku, ambik iktibar dari cita ikan ni.. InsyaAllah kalau aku ada mud, aku nak cita sket pasal kebangangan aku dulu untuk iktibar suma. Aku tak janji la.. Fuh, lega aku dapat meluah kat sini.. Semoga kita suma selalu mendapat hidayat dan rahmat Allah.. Aminn... Biar nakal, jangan jadi sial...



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

3 Nasihat Hamba...

Assalamualaikum......

Dalam mood raya lagi ka?? Aku raya cam besa ja, tak enjoy mana pun.. Malam tadi aku kena ceramah sket ngan dedi aku.. Tapi syok gak sekali sekala kena brain wash ni.. Baru syok, baru ada fight.. Hahaha.. Malas nak merapu. Aku nak share sket benda ni sebab aku tacing woo kena ceramah tadi..

Dedi aku tadi buka cita sejarah jadi nama, tempat, serta apa2 yang berkaitan aku tak ingat sangat sebab aku ni jahil benda2 agama ni. Cita dia camni lebih kurang. Zaman dulu di satu negeri ada sorang raja yang kaya raya. Kiranya pakej lengkap ar ngan harta banyak pastu pangkat raja lagi pastu alim gak dalam agama. Raja ni ada banyak khadam tapi ada sorang khadam dia ni walaupun dia sorang khadam tapi dia ni sorang yang sangat taat ngan perintah Allah.(nama raja and khadam tu aku tak ingat,sori banyak2).. 1 lagi kehebatan khadam ni, setiap saat dalam kesibukan kerja dia tu, 1saat pun hati dia tak pernah stop berzikir,ingat kat Allah. Time malam plak dia habiskan masa ngan sujud,bertafakur kepada Allah..

1 hari raja ni panggil khadam ni sebab raja ni hairan plus takjub ngan kehebatan khadam dia ni.. Raja ni tanya " Wahai khadam, aku nak tanya sket. Camna ang boleh selalu berzikir,ingat kat Allah time ang dok busy buat kerja?? Time malam plak time orang lain berehat, ang masih boleh bertafakur kat Allah walaupun ang penat kerja 1 hari?? Apa rahsia ang?" Jawab khadam tadi " Wahai raja ku, aku ni tak dak rahsia apa pun. Cuma aku berpegang ngan 3 benda ni.. Pertama, kita sebagai hamba jangan terlampau tamak haloba dengan kesenangan dunia sebab nabi Adam dulu dikeluarkan dari syurga kerana sifat ni. Kedua, sebagai hamba kita jangan ada sifat riak, takabbur kerana Iblis dulu dilaknat Allah sebab sifat ni. Ketiga, sebagai hamba jugak kita jangan ada sifat dengki khianat sebab dengan sifat ni la terjadinya pembunuhan pertama dalam tamadun manusia"..

Ok stop pasai cita ni sebab panjang lagi kisah hamba ngan raja ni. Aku cuma nak ambik 3 point yang si hamba tu dok cita kat raja dia.. Bila aku fikir balik cita ni sambil flashback balik kisah nabi Adam ni, aku tabik monoshock ngan nasihat si hamba ni.. Nasihat pertama, dalam syurga suma benda yang kita nak, suma ada. Benda yang tak tercapai dek akal kita kat dunia ni pun ada kat syurga. Tapi pasaipa larangan Allah kat nabi Adam supaya jangan makan buah khuldi tu jugak yang nabi Adam buat?? Ini menunjukkan bahawa kita manusia memang ada sifat tamak haloba tambah2 kita yang iman turun naik ni..

Nasihat kedua, Iblis ni dulu sebelum nabi Adam diciptakan, dia ni pangkat lagi tinggi dari malaikat sebab kehebatan dia taat kepada Allah. Tapi bila dia riak and takabbur, dia sanggup ingkar arahan Allah untuk sujud kat nabi Adam yang dia anggap makhluk yang lagi hina dari dia sebab dia dari api, nabi Adam dari tanah.. Nasihat ketiga, Qabil dan Habil ni adik beradik. Bila sifat dengki khianat dah mula merasuk dalam jiwa Qabil, adik dia Habil pun sanggup dia bunuh.(ampa suma pun tau cita ni,malas nak tulis panjang2)

3 nasihat si hamba yang diceramahkan oleh dedi aku kat aku tadi ni buat aku terfikir sat.. Adatla,manusia kena banyak fikir baru boleh jadi insan cemerlang dan terbilang.. Hahaha.. Nasihat2 ni betul2 menusuk jiwa aku.. Aku harap aku boleh praktikkan apa yang aku dapat ni. Betul cakap orang berfalsafah, ILMU PELITA HIDUP.. Kalau aku tak kena ceramah tadi, tobat lahum aku tak ingat ngan benda2 yang boleh merosakkan jiwa ni. Ilmu agama yang aku baru nak merangkak balik ni pun takkan upgrade2..Toce2 dedi sebab ceramah aku tadi.. Dedi aku memang syok woo..Ampa yang baca apa yang aku tulis ni harap2 boleh join aku jadi insan cemerlang terbilang.. Peace!!



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer