Kelemahan sorang laki??

Assalamualaikum....

Aku ni sorang lelaki.. Off course la lelaki ni orangnya kuat daripada orang perempuan. Lelaki lagi berani dari perempuan. Lelaki gak berfikiran lebih jauh ke depan berbanding perempuan ( dalam sesetengah perkara perempuan lebih ke depan ) dan banyak lagi perkara yang lelaki menang kalau nak di bandingkan ngan perempuan.. Bila aku berfikir and cari betul2 benda apa yang spoil kat orang lelaki ni, aku jumpak 1 benda ni ja. Tak taula kalau ada lagi tapi yang ada dalam pala aku sekarang cuma benda ni ja " Ramai Lelaki Penakut Bila Kena Suruh Jadi Imam Solat ".

Percaya atau tak ni la realiti bagi lelaki2 zaman sekarang. Selalunya lelaki kalau nak solat jemaah ngan kawan2 mesti main tolak2 punyala.. Skrip yang selalu depa pakai " Ang la jadi imam sebab ang pakai kopiah, aku tak pakai ". Tak pun " Aku pakai seluaq ja ni, ang pakai kain, ang la jadi imam ". Hahaha.. Pandai dok gelak kat orang. Aku pun sama ja cam depa tu.. Tu baru ngan kawan2 serumah, belum lagi ngan family, surau kampung, masjid ka..

Disebabkan aku ni lelaki, tanpa segan silu aku nak tulis kat sini lelaki2 yang ada kat luar sana tu termasuk aku, kita tak payahla nak bajet hebat sangat kalau setakat nak jadi imam solat pun dah takut.. Ni baru jadi imam solat, belum lagi kira tanggungjawab lain yang kita nak kena pikul nanti. Apa2 pun kita kena belajaq dan bersedia sebab sampai satu masa nanti, kita kena pikul gak tanggungjawab ni. Tak jadi imam masjid, surau pun, kita nak kena jadi imam anak bini bila dah kawin nanti.. Malu woo kalau bini ajak solat jemaah tapi kita lari.. Hahahahaaha.. Kaum adam yang boleh mengatasi kelemahan ni ampa memang TERBAIK. Tapi jangan benda ni ja terbaik tapi benda lain hampeh.. Sekian trimas... Peace!!!



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

1 comments:

  1. amani pun nak suami yg boleh pimpin solat....kalau balik kg tu, nak dia imamkan mak ayah mertua, kan seronok... :) smga aniki dapat jadi lelaki yg baik pada keluarga, pada isteri, anak2 dan plg pntg pada agama..aminn..

    kim salam kat mak yerr :) huhu

Post a Comment