Assalamualaikum........
Salam luar biasa tuk diri aku yang selalu lalai ni.. Cam besala sebagai peringatan tuk diri ni yang kadang2 terpesong and hanyut dalam hidup ni.. Malam ni aku tiba2 terfikir something. Adakah aku puas ngan apa yang aku ada lani?? Jawapan aku tak sebab sebagai manusia aku tak pernah puas ngan apa yang aku ada. Kalau orang lain pakai baju lawa, aku nak lagi lawa, style dari orang lain. Kalau orang lain nek moto EX5, aku nek LC. Orang lain nek keta MYVi, aku nak nek BMW.. Hahahaha.. Agak kurang aja sebab semuanya aku nak lebih..
Tapi sebenarnya tak salahkan kalau aku nak lebih dari orang lain?? Yang penting aku usaha nak dapatkan benda yang aku nak tu. Dah memang Allah suruh kita kaut semua harta khazanah yang ada kat atas muka bumi ni. Tapi yang jadi persoalan adakah aku ingat balik kat Sang Pemberi tu setiap kali Dia bagi apa yang aku nak kat atas dunia ni?? Jawapan aku tak.. Aku jarang ingat kat Dia. Aku jadi lupa diri, bangga diri ngan apa yang aku ada. Ramai manusia kat sekeliling aku ni cam aku gak, tak payah nak kelentong.. Hahaha..
Sebagai contoh aku dapat beli rumah 3tingkat, besar punyer, siap ada swimming pool.. Bila orang tanya aku " ang dapat duit mana wei boleh beli rumah camni?". Aku jawap " besala contract masyuk, duit pun masyuk la". Hehehe.. Kan jawapan aku tu dah menampakkan yang aku ni tak ingat kat Tuhan yang bagi rezeki tu kat aku. Apa salahnya aku jawap " Alhamdulillah.. Ada rezeki lebih sket, bolehla setakat nak bagi selesa anak bini aku ni. Dulu aku hidup susah, dok kat rumah sempit, lani dah senang sket baru boleh nak merasa nikmat senang cam orang lain ". Sekurang2nye jawapan ni nampak sket yang aku ni bersyukur ngan pemberian Dia.
Saudara aku kat Palestin tu hari2 kurang makan, kurang kasih sayang, hidup merempat tapi depa masih boleh ingat kat Tuhan. Setiap kali depa nak berjuang depa akan mintak kat Tuhan supaya depa menang, boleh hidup senang, aman. Depa selalu ingat kat Tuhan dalam kehiduan seharian depa. Aku yang hari2 boleh makan 1hari 5 kali, boleh tido lena, men fb tanpa gangguan, boleh lepak2 tak pernah pun nak bersyukur..So apa kata bermula ngan saat ni, aku cuba tuk bersyukur ngan apa yang aku ada atas dunia ni.. Kalau aku ada rezeki lebih sket tak salah pun kan nak hulur2 kat orang yang memerlukan. Lagi elok camtu sebab tu pun salah satu cara tuk aku bersyukur.. Ni aku dah tulis panjang2 ni takkan tak reti2 nak praktikkan apa yang aku tulis!! Semoga aku terus berubah menjadi insan yang bersyukur, berfikir, mentafsir realiti kehidupan yang penuh ngan pancaroba ni.. cewah ayat poyo nak mampuih tapi aku betul2 nak jadi camtu..
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer
18 June 2011 at 23:51
Assalamualaikum w.b.t..
terima kasih sudi ziarah dan komen
selamat datang kedunia bloggers..;)
tanggungjawab berat menanti, semoga dapat berkongsi artikel yang bermanfaat even hanya picisan kehidupan..unutk pedoman bersama..
insyaAllah..may Allah bless us..ameen..;)
1st follower..