Awek Tudung Youtube........

Assalamualaikum........

Hahahaha... mati aku kena hentam ngan awek2 youtube kalau diorang baca entry aku ni.. entry ni bukanla nak hentam sapa2 tapi aku tulis sebagai peringatan tuk diri aku gak.. adik2,akak2 yang cantik2, cun2 suma.. aku nak mintak tolong sket korang tak payahla upload video korang nyanyi2 ke, men gitar sambil nyanyi ke kat youtube tu.. bukan aku tak bagi ke, aku marah ke tapi Allah yang tak bagi tau!!! kadang2 aku tengok kegedikan korang tu dah sampai tahap yang tak leh di cerna oleh akal aku ni...

Aku tak jeles sket pun korang pandai nyanyi ke, pandai men gitar sambil nyanyi ke sebab aku memang tak ambik pot langsung pasal tu.. aku pun nyanyi gak, boleh gak men gitar, ada band sendiri lagi woo time zaman gile aku dulu, siap ada lagu sendiri lagi tapi aku tak la poyo nak upload video2 aku tu.. apa kata kepandaian korang dalam muzik tu korang simpan je. kalau gian sangat korang main sorang2 dalam bilik tuk bagi syok hati sendiri, jangan pertontonkan kat orang lain..


Aku ni ilmu agama tak de pun, baru nak merangkak2. tapi fakta ni aku rasa korang suma tau yang suare perempuan adalah aurat!! tubuh badan perempuan sumanye aurat kecuali tapak tangan ngan muka.. walaupun korang bertudung tapi tudung korang tu tak tutup pun dada korang tu..1 lagi baju yang korang pakai tu pun masih menampakkan susuk body korang.. tak pasal2 korang dapat POINT kan kat situ!!  orang yang tengok pun dapat  POINT gak..hahaha

Sori banyak2la sebab aku tulis pasal suma ni.. kesian sangat aku tengok awek2 yang nak mencari populariti ngan cara ni... aku rasa nyampah bila korang upload video2 camtu dalam keadaan korang bawa imej agama tapi korang tak sedar yang korang ni macam dah persendakan agama.. aku nak cakap banyak pun tak reti kan sebab aku pun jahil lagi.. korang yang banyak belaja agama ni sendiri boleh pikirla kan mana baik mana buruk.. semoga kita suma dapat hidayah dari Allah.. amin..



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

entry lepas geram!!!!!!!!

Assalamualaikum...

Kepada lelaki2 atau perempuan2 yang baru putus cinta ngan boypren atau girlpren, apa kata korang bersikap terbuka dari melayan sedih..aku tau la korang tengah sedih, frust tapi control sket emosi tu.. kadang2 pangai korang yang over tu nyusahkan orang lain.. macamla korang nak mati sangat dah bila putus cinta tu.. tolong respect sket ngan orang lain, jangan pentingkan diri sangat. orang lain pun ada masalah gak.....

Aku cukup nyampah ngan orang camni.. nasib baikla sabar aku ni ada spare lagi, kalau dah tak da memang abih makhluk2 ni aku rebus buat sup....



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Malaysia ( 2) vs ( 1 ) Taiwan

Assalamualaikum....

Lama sangat dah rasa tak menulis blog ni..boring takdak idea..congrate Malaysia sebab menang 2-1 lawan Taiwan tadi..sepatutnya boleh buh 3,4 biji gol lagi tapi tarak nasib..hahaha..ok ar tu menang gak..janji main kat Taiwan nanti,buh banyak2 sket..hehehe....



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Kelemahan sorang laki??

Assalamualaikum....

Aku ni sorang lelaki.. Off course la lelaki ni orangnya kuat daripada orang perempuan. Lelaki lagi berani dari perempuan. Lelaki gak berfikiran lebih jauh ke depan berbanding perempuan ( dalam sesetengah perkara perempuan lebih ke depan ) dan banyak lagi perkara yang lelaki menang kalau nak di bandingkan ngan perempuan.. Bila aku berfikir and cari betul2 benda apa yang spoil kat orang lelaki ni, aku jumpak 1 benda ni ja. Tak taula kalau ada lagi tapi yang ada dalam pala aku sekarang cuma benda ni ja " Ramai Lelaki Penakut Bila Kena Suruh Jadi Imam Solat ".

Percaya atau tak ni la realiti bagi lelaki2 zaman sekarang. Selalunya lelaki kalau nak solat jemaah ngan kawan2 mesti main tolak2 punyala.. Skrip yang selalu depa pakai " Ang la jadi imam sebab ang pakai kopiah, aku tak pakai ". Tak pun " Aku pakai seluaq ja ni, ang pakai kain, ang la jadi imam ". Hahaha.. Pandai dok gelak kat orang. Aku pun sama ja cam depa tu.. Tu baru ngan kawan2 serumah, belum lagi ngan family, surau kampung, masjid ka..

Disebabkan aku ni lelaki, tanpa segan silu aku nak tulis kat sini lelaki2 yang ada kat luar sana tu termasuk aku, kita tak payahla nak bajet hebat sangat kalau setakat nak jadi imam solat pun dah takut.. Ni baru jadi imam solat, belum lagi kira tanggungjawab lain yang kita nak kena pikul nanti. Apa2 pun kita kena belajaq dan bersedia sebab sampai satu masa nanti, kita kena pikul gak tanggungjawab ni. Tak jadi imam masjid, surau pun, kita nak kena jadi imam anak bini bila dah kawin nanti.. Malu woo kalau bini ajak solat jemaah tapi kita lari.. Hahahahaaha.. Kaum adam yang boleh mengatasi kelemahan ni ampa memang TERBAIK. Tapi jangan benda ni ja terbaik tapi benda lain hampeh.. Sekian trimas... Peace!!!



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Assalamualaikum.....

Dah lama tak tulis sebab tak dak idea.. Aku syok baca orang lain tulis dari aku tulis sebab orang lain reti nak tulis kat blog ni.. Aku ni cincai ja..hahaha.. Aku dok pikir2 dari tadi pasai pa aku ni malas nak ngaji quran.. Nak kata tak reti, ayah aku dah ajaq dari kecik lagi.. Nak kata reti pun tak gak sebab aku ni pemalas nak ngaji.. Camna nak tau aku reti ka tak sebab aku pun jarang ngaji kan!! Masalah sungguh camni... Jadi cara nak tau aku reti ka tak baca quran ni, apa kata aku start ngaji quran balik.. Biaqla merangkak pun janji ada usaha kan..

Tapi kan aku boleh gerenti yang ramai orang tak kira tua muda yang tak reti ngaji quran ni.. Maksud aku ngaji quran yang ikut suma hukum2 tajwid yang ada dalam quran tu.. Hukum2 yang termaktub dalam quran tu apatah lagi kan!! Huhuhu... Termasukla diri aku ni sendiri.. Awatla aku dok tulis cam aku ni ustaz plak.. Haha.. Mungkin masa banyak mengubah pemikiran aku yang dah banyak hanyut ni..

Kesimpulan dia camnila.. Aku merumuskan yang ramai orang tak leh ngaji quran ngan baik ni sebab 2 benda ja..

1) Dah tak reti ngaji tapi malas nak belajaq
2) Reti nak ngaji tapi malas nak baca and praktikkan apa yang kita reti tu...

Kepada diri aku ni, sila buka hati and minda supaya tak dok kat takuk yang lama.. Peace!!!!



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Adakah Aku Seorang Hamba Yang Bersyukur???

Assalamualaikum........

Salam luar biasa tuk diri aku yang selalu lalai ni.. Cam besala sebagai peringatan tuk diri ni yang kadang2 terpesong and hanyut dalam hidup ni.. Malam ni aku tiba2 terfikir something. Adakah aku puas ngan apa yang aku ada lani?? Jawapan aku tak sebab sebagai manusia aku tak pernah puas ngan apa yang aku ada. Kalau orang lain pakai baju lawa, aku nak lagi lawa, style dari orang lain. Kalau orang lain nek moto EX5, aku nek LC. Orang lain nek keta MYVi, aku nak nek BMW.. Hahahaha.. Agak kurang aja sebab semuanya aku nak lebih..

Tapi sebenarnya tak salahkan kalau aku nak lebih dari orang lain?? Yang penting aku usaha nak dapatkan benda yang aku nak tu. Dah memang Allah suruh kita kaut semua harta khazanah yang ada kat atas muka bumi ni. Tapi yang jadi persoalan adakah aku ingat balik kat Sang Pemberi tu setiap kali Dia bagi apa yang aku nak kat atas dunia ni?? Jawapan aku tak.. Aku jarang ingat kat Dia. Aku jadi lupa diri, bangga diri ngan apa yang aku ada. Ramai manusia kat sekeliling aku ni cam aku gak, tak payah nak kelentong.. Hahaha..

Sebagai contoh aku dapat beli rumah 3tingkat, besar punyer, siap ada swimming pool.. Bila orang tanya aku " ang dapat duit mana wei boleh beli rumah camni?". Aku jawap " besala contract masyuk, duit pun masyuk la". Hehehe.. Kan jawapan aku tu dah menampakkan yang aku ni tak ingat kat Tuhan yang bagi rezeki tu kat aku. Apa salahnya aku jawap " Alhamdulillah.. Ada rezeki lebih sket, bolehla setakat nak bagi selesa anak bini aku ni. Dulu aku hidup susah, dok kat rumah sempit, lani dah senang sket baru boleh nak merasa nikmat senang cam orang lain ". Sekurang2nye jawapan ni nampak sket yang aku ni bersyukur ngan pemberian Dia.

Saudara aku kat Palestin tu hari2 kurang makan, kurang kasih sayang, hidup merempat tapi depa masih boleh ingat kat Tuhan. Setiap kali depa nak berjuang depa akan mintak kat Tuhan supaya depa menang, boleh hidup senang, aman. Depa selalu ingat kat Tuhan dalam kehiduan seharian depa. Aku yang hari2 boleh makan 1hari 5 kali, boleh tido lena, men fb tanpa gangguan, boleh lepak2 tak pernah pun nak bersyukur..So apa kata bermula ngan saat ni, aku cuba tuk bersyukur ngan apa yang aku ada atas dunia ni.. Kalau aku ada rezeki lebih sket tak salah pun kan nak hulur2 kat orang yang memerlukan. Lagi elok camtu sebab tu pun salah satu cara tuk aku bersyukur.. Ni aku dah tulis panjang2 ni takkan tak reti2 nak praktikkan apa yang aku tulis!! Semoga aku terus berubah menjadi insan yang bersyukur, berfikir, mentafsir realiti kehidupan yang penuh ngan pancaroba ni.. cewah ayat poyo nak mampuih tapi aku betul2 nak jadi camtu..  



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

11 Cara Nak Tambah Rezeki....

Assalamualaikum.....

Dah lama aku tak tulis entry.. Bukan malas nak tulis tapi sebab berokben ni asyik buat hal je.. Banyak idea2 aku terbengkalai camtu je. Nak tulis balik rasa macam dah tak perlu nak tulis benda2 camtu sebab dah ketinggalan zaman.. hahaha..

Arini sebab boring sangat so aku try baca buku motivasi karangan Dr Tuah Iskandar.. Saja nak refresh balik diri aku yang dah lama berkarat ni.. Baca punya baca, aku tertarik ngan 1 tajuk ni ( 11 Cara Nak Tambah Rezeki ). Sebagai ingatan tuk aku yang selalu lalai, aku nak tulis kat blog aku ni supaya ada gak pengisian dalam blog ni..

1) Tingkatkan Iman Dan Taqwa
2) Banyakkan Berdoa
3) Banyakkan sedekah
4) Buat Baik Pada Ibu Bapa Atau Orang2 Tua
5) Banyakkan Istighfar
6) Solat Dhuha
7) Baca Surah Al Waqiah
8) Bagi Makan Kat Haiwan
9) Jangan Seksa Binatang
10) Eratkan Silaturahim
11) Bayar zakat

Simple ja benda ni tapi ramai orang tak leh buat termasuk diri aku. Benda ni adalah amalan Dr Tuah sendiri. Aku memang tabik spring kat Dr Tuah sebab dia berjaya praktikkan benda ni and berkongsi ngan orang lain. Zaman sekarang ni orang ramai mengeluh sebab harga barang naik,minyak naik tapi usaha untuk meningkatkan pendapatan tarak.. So sebagai manusia yang ada akal fikiran, kita tak reti2 ka nak berfikir?? Binatang kat hutan yang tak da akal tu pun boleh fikir camna nak hidup tapi kita yang ada akal?? Semoga aku terus berfikir tuk mencari kejayaan and kebahagiaan dunia dan akhirat.. Amin
   



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

HUJAN!!!

Assalamualaikum....

Aduii...hujan2 camni menambahkan lagi kebosanan aku kat umah ni.. bila la nak buka sem ni, aku dah bosan gila ni.. petang yg hujan ni tengah syok2 layan bosan aku teringat kat kawan2 aku yg marah bila hujan turun.. sebab dia tak leh keluaq p jumpak awek.. tapi time ada kuliah dok berdoa sangat mintak hujan..alasan tak mau p kelas ar tu..hahaha..walaupun aku ni lebih kurang depa ja tapi aku tak pernah mengeluh sebab hujan.. nak buat camna kan dah hujan nak turun, mana boleh kita nak halang.. ni suma urusan TUAN PUNYA HUJAN.. adatla dah kita dok kat bawah, bila hujan turun memangla kita kena..lainla kita dok kat atas, kompom tak kena hujan..hahaha.. peringatan tuk diri aku yang lemah ni, aku kena bersyukur sebab hujan turun. hujan ni kan rezki yg Allah bagi, so pasaipa aku kena mengeluh atau marah??tak dak alasan langsung.. 1lagi bila hujan turun lebat, lagi baik aku mintak doa banyak2 sebab antara waktu yang di makbulkan doa adalah time hujan.. jadi tak reti2 nak beringat lagi!!!!



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

1st Step....

Assalamualaikum.....


Sentuhan 1st aku dlm penulisan blog. Aku dh byk usha,bca blog org. Mcm2 jns penulisan aku bca, mcm2 pangai aku nmpak.. Setiap org ada kreativiti sendiri dlm penulisan msg2.. Yg mn yg bgus, aku tabik spring ar kt ampa.. Yg jns mngutuk, mengeji  org ln 2, aku rasa depa ada sbb atau alasan sndiri tuk buat cm2.. Mcm kbanyakan blogger2 tls " Ni blog aku, aku pnya suka la nk buatpa pn.. Ampa x ska, ampa blh blah.." hahaha... Apa2 pn tu suma ampa pnya psl la kn.. Yg mn bek aku akn ambik buat panduan, yg mn x elok 2 aku ambik buat pringatan.. Nobody perfect!!!! Tapi ada la beberapa blog yg aku rasa menarik pnulisan dia n aku ari2 akn bka bca blog2 tu.. Ampa tuan blog tu mmg sempoi..hehehe.. Dh ckup tuk rini.. Next time tulis blk.. Peace!!



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer